IQNA

Ilmu Pengetahuan Al-Quran / 2

Fungsi hati menurut Al-Quran

3:46 - November 15, 2022
Berita ID: 3101807
TEHRAN (IQNA) - Para saintis hari ini telah membuat kesimpulan bahawa hati berfikir, memerintah dan memahami, penemuan kesimpulan yang sesuai dengan ayat-ayat Al-Quran, sebagai mukjizat Nabi Islam (SAW).

Laporan IQNA; Nahi Abu Karishah, seorang doktor pakar dan profesor Jabatan Neurologi di Universiti Kaherah, telah menerbitkan nota bertajuk "«القلب لیس مجرد مضغة»" - Jantung - hati bukan satu-satunya organ mengepam darah, tetapi ciri-ciri hati berdasarkan ayat-ayat Al-Quran sebagai kajian para saintis hari ini yang telah menerangkan bahawa hati sebagai organ yang tidak hanya menjalankan fungsi peredaran darah di dada tetapi memperkenalkan hati sebagai pusat emosi, perasaan dan penaakulan, iaitu semua aktiviti kehendak manusia. Sebahagian nota ini boleh anda baca di bawah:

Allah berfirman dalam Al-Quran, ayat 2 Surah al-Anfaal:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah." (Qs, Al-Anfaal 8:2).

Dalam ayat yang mulia ini, menyebut kerja hati, walaupun tidak menyebut seperti yang dikatakan oleh saintis bahawa jantung - hati adalah organ pengepam darah dan tidak ada kaitan dengan emosi dan perasaan, tetapi satu perkara cabaran bagi para saintis untuk menerusi kajian yang membuktikan kebenaran pembentangan saintifik Al-Quran dan merupakan mukjizat yang membuka hati untuk beriman dan memperkuat keimanan bagi mereka yang berminat menempuh jalan hidayah Allah Al-Quran.

Dalam ayat lain Allah berfirman:

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Ar-Ra'd 13:28).

Allah juga berfirman dalam ayat 53 Surah al-Hajj:

لِيَجْعَلَ مَا يُلْقِي الشَّيْطَانُ فِتْنَةً لِلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَفِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ

“(Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran." (Qs, Al-Hajj 22:53).

Dalam ayat 54 Surah al-Hajj yang sama, Allah berfirman:

َلِيَعْلَمَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَيُؤْمِنُوا بِهِ فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آَمَنُوا إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيم

“Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus." (Qs, Al-Hajj 22:54).

Berdasarkan hal ini, Allah SWT telah menetapkan kerja-kerja hati seperti; berzikir, yang menjadikan hati itu sendiri tenang, hati boleh menjadi sakit, dan hati menjadi khusyuk, takut, hati menjadi keras membatu demikian juga hati boleh lembut penuh kasih. Allah berfirman dalam ayat 22 dan 23 Surah Zumar:

أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَى نُورٍ مِنْ رَبِّهِ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ أُولَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ؛ اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ

"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata ; Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya." (Qs,Az-Zumar 39: 22 - 23).

Ayat di atas juga menjadi bukti bahawa hati boleh menjadi lembut dan keras. Inilah ciri-ciri kebendaan hati yang akan kita bincangkan dengan lebih lanjut dan kita akan menceritakan kisah-kisah sebenar yang telah mendapat liputan media barat dan telah diterbitkan oleh jurnal ilmiah dan akhbar khusus di dunia.

captcha