IQNA

Watak orang dalam Al-Quran / 15

Nabi Luth (as); Dua puluh tahun bertahan menghadapi kaum berdosa

6:11 - November 16, 2022
Berita ID: 3101813
TEHRAN (IQNA) - Hazrat Luth (as) adalah salah seorang sahabat Nabi Ibrahim (as) dalam menyeru manusia kepada tauhid. Beliau ditugaskan untuk mengembara ke bandar lain untuk menyebarkan tauhid, tetapi beliau menghadapi banyak penganiayaan di jalan ini, kesabaran dan usahanya di jalan ini telah mendapat pujian Allah SWT.

Laporan IQNA; Luth ialah anak - هاران - Haran, cucu - تارخ - Tarkh. Hazrat Luth (as) disebut sebanyak 27 kali dalam Al-Quran dan menyebutnya sebagai salah seorang hamba yang soleh dan nabi yang berdiri di hadapan kaum yang derhaka sembah hawa nafsu. Beliau menyeru kaumnya kepada agama tauhid Nabi Ibrahim (as) tetapi mereka mengingkari seruannya.

Hazrat Luth (as) juga saudara kepada hazrat Ibrahim (as); Menurut beberapa hadis beliau adalah anak saudara atau anak kepada ibu saudara nabi Ibrahim (as), dan menurut beberapa riwayat lain, beliau adalah saudara kepada Sarah, isteri nabi Ibrahim (as).

Hazrat Luth (as) adalah orang pertama yang beriman kepada Nabi Ibrahim (as) dan menjadi salah seorang nabi Allah. Beliau beriman bersama-sama saudara perempuannya - Sarah di tanah Babylon,  kemudian menemani nabi Ibrahim (as) semasa penghijrahannya ke tanah Kanaan, Palestin.

Selepas itu, hazrat Luth ditugaskan oleh Allah untuk pergi ke pelbagai kota di Palestin, khususnya tanah Mu'tafikat - مُؤتَفِکات, dan mengajak penduduk negeri itu kepada tauhid.

Orang-orang Mu'tafikat pernah melakukan dosa seperti Liwat. Nama tanah ini dalam Al-Quran adalah antara negeri yang di dalamnya telah diturunkan azab.

Dalam Al-Quran dan teks sejarah, telah melaporkan imej negatif negeri ini dan kaum Luth. Menurut ayat Al-Quran dan teks sejarah, kaum Luth pernah melakukan dosa zina secara meluas (homoseksual), menyamun dan mengganggu tetamu.

Hazrat Luth (as) mengajak mereka kepada agama Nabi Ibrahim (as) dan meninggalkan dosa. Tetapi mereka tidak menerima dan sebaliknya mereka menganiaya Luth.

Luth mengajak untuk bertauhid kepada orang-orang di negeri ini selama lebih dari dua puluh tahun, tetapi setelah orang-orang itu tidak menerima ajakannya dan bahkan mereka terlibat dosa, Tuhan menghukum mereka.

Nabi Luth telah disebut sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran dan telah diperkenalkan sebagai hamba soleh Allah yang mempunyai kualiti dan kecemerlangan yang istimewa, termasuk kebijaksanaan dan pengetahuan. Dalam beberapa sumber, kemurahan hati dan keramahan telah disebut sebagai ciri-ciri utama nabi Allah Luth (as).

Adapun mengenai isteri hazrat Luth telah dilaporkan sebagai berimej negatif, kerana dia menyokong dosa yang dilakukan oleh kaum Luth dan juga membantu orang ramai menganiaya Luth. Menurut ayat-ayat Al-Quran dan laporan sejarah, isteri Luth telah diseksa azab Allah seperti kaum Luth.

Hazrat Luth juga mempunyai dua anak perempuan, salah seorang anak perempuan Luth ialah ibu kepada Nabi Ayub (as). Nabi Syuaib juga diperkenalkan sebagai menantu nabi Luth. Anak-anak perempuan nabi Luth (as) meninggalkan kota itu bersamanya agar tidak ditimpa oleh hukuman - azab ilahi.

Di dalam Taurat disebutkan kisah kehadiran malaikat di kota Sodom, tempat tinggal hazrat Luth, siksaan atas kaum Luth dan penyelamatan beliau serta dua anak perempuannya dari azab siksa ilahi.

Tempat pengebumian Hazrat Luth (as) disebutkan di kota Bani Na'im - بَنی نَعیم di wilayah Al-Khalil - الخَلیل di Palestin.

* Cebisan kisah Nabi Luth (as) dalam Al-Quran:

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِّن الْعَالَمِينَ - إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاء بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ - وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلاَّ أَن قَالُواْ أَخْرِجُوهُم مِّن قَرْيَتِكُمْ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ - فَأَنجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ إِلاَّ امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ - وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ

"Dan Nabi Luth juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? - Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". - Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Luth dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri". -
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan. - Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan." (Qs, Al-A'raaf 7:84).

captcha