IQNA

Watak orang dalam Al-Quran / 16

Nabi Ismail; Anak Nabi Ibrahim (as) dan bapa orang Arab

7:25 - November 22, 2022
Berita ID: 3101836
TEHRAN (IQNA) - Ismail ialah anak pertama Nabi Ibrahim yang selepas kelahirannya dibawa ke bumi Mekah bersama ibunya Hajar atas perintah Allah. Penghijrahan ini merupakan permulaan sejarah yang menjanjikan kedatangan syariah dan peradaban Islam.

Laporan IQNA; Hazrat Ismail adalah salah seorang nabi Allah dan anak Nabi Ibrahim dan saudara Ishak. Agama Ismail (as) adalah selaras dengan seruan tauhid Ibrahim (as) yang menentang syirik dan penyembahan berhala.

Menurut riwayat; Nubuatannya adalah untuk membimbing beberapa suku berbahasa Arab. Selama 50 tahun, beliau melaksanakan misi ketuhanannya di antara mereka dan menyeru mereka untuk sembahyang dan zakat dan menghalang mereka daripada menyembah berhala.

Ismail dilahirkan ketika Ibrahim dan isterinya, Sarah, terdesak untuk mempunyai anak. Atas cadangan isterinya, Ibrahim memilih Hajar, yang merupakan salah seorang kanisnya - hamba sahaya perempuannya, untuk berkahwin dan melahirkan anak. Oleh itu, Ismail adalah hasil perkahwinan Ibrahim dan hazrat siti Hajar (ra).

Namun, selepas kelahiran Ismail, Sarah melahirkan Ishak juga dan kerana cemburunya terhadap Hajar dan Ismail, dia meminta Ibrahim menghantar mereka ke negeri lain.

Menurut riwayat, Nabi Ibrahim (as) membawa Hajar dan Ismail bersamanya sehingga mereka sampai ke suatu negeri tanpa air dan rumput bernama Mekah.

Setelah memasuki Mekah, Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya di sana dan pulang. Selepas mata air Zamzam memancar di bawah telapak kaki Ismail, tanah ini menjadi hijau dan makmur.

Qabilah - puak Jurhum (قبیلة جرهم), yang berhijrah di sepanjang jalan ini, menetap di negeri itu setelah mengetahui tentang kewujudan air.

Puak - suku Jurhum adalah salah satu suku berbahasa Arab Badwi yang menghubungkan nasib atau sejarah Ismail dengan sejarah orang Arab. Hasil daripada bersama suku ini, Ismail mempelajari bahasa Arab. Para penutur bahasa Arab sangat memperhatikan Ismail dan begitu banyak dipertimbangkan penuturan bahasa Arab Ismail sehingga menjadi perhatian dalam riwayat-riwayat kadangkala beliau (as) dianggap sebagai orang pertama yang bercakap fasih bahasa Arab.

Ismail berkahwin dengan salah seorang anak perempuan suku Jurhum. Menurut laporan sejarah, Ismail mempunyai dua belas anak lelaki, antaranya hazrat Syuaib dipilih sebagai nabi Allah swt.

Nabi Ismail dianggap sebagai salah satu nenek moyang utama orang Arab. Beberapa buku sejarah telah memanggil Ismail Abul Arab ( ابوالعرب‌) - Bapa orang Arab). Juga, Nabi Ismail (as) adalah salah seorang nenek moyang Nabi Islam (SAW).

Salah satu peristiwa terpenting dalam kisah hidup Ismail ialah kebersamaan beliau dengan Ibrahim (as) dalam membina Kaabah. Walau bagaimanapun, beberapa sumber sejarah mengaitkan pembinaan rumah Tuhan kepada Nabi Adam (as) dan percaya bahawa Ibrahim dan Ismail membaiki rumah Kaabah. Selepas itu, Ismail dan anak-anaknya bertugas menutup Kaabah - memasang langsir - kiswah sekeliling rumah Tuhan itu.

Pengorbanan adalah satu lagi peristiwa penting yang dikaitkan dengan Hazrat Ismail. Beberapa sumber, terutamanya sumber Yahudi, percaya bahawa Ishaq, anak Ibrahim yang lain, telah dikorbankan, tetapi menurut sumber dan tradisi Islam, Tuhan menugaskan Ibrahim untuk mengorbankan Ismail.

Apabila Ismail diberitahu tentang perintah ilahi ini, beliau menerima untuk dikorbankan di jalan Allah. Namun, apabila Ibrahim meletakkan pisau di leher anaknya, Tuhan menghantar seekor domba untuk dikorbankan sebagai ganti pengorbanan hazrat Ismail (as).

Nama Ismail disebut 11 kali dalam Al-Quran. Antara lain, dalam ayat 85 Surah Anbiya, Hazrat Ismail dianggap sebagai salah seorang yang sabar bersama nabi-nabi seperti Idris dan Dzul-Kifli.

وَاِسۡمٰعِيۡلَ وَاِدۡرِيۡسَ وَذَا الۡكِفۡلِ‌ؕ كُلٌّ مِّنَ الصّٰبِرِيۡنَ‌

"Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka semua termasuk orang-orang yang sabar."

Sumber riwayat telah menulis kehidupan Ismail selama 130 tahun atau lebih. Jenazahnya dikebumikan di Mekah di sebelah ibunya Hajar. Sebelum wafatnya, Nabi Ismail mempercayakan kenabian kepada saudaranya Ishaq (as) atas perintah Tuhan.

captcha