IQNA

Perkembangan di Palestin;

Daripada penekanan Malaysia terhadap sokongan berterusan kepada Palestin sehingga amaran terhadap tindakan berbahaya atas Masjid Al-Aqsa

13:00 - November 29, 2022
Berita ID: 3101873
TEHRAN (IQNA) - Dalam perbualan telefon dengan Ismail Haniyeh, Anwar Ibrahim menekankan sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Sebaliknya, di kubu Zionis dengan memberikan kuasa yang luas kepada Itmar Ben Guer dalam kabinet baru rejim Zionis, amaran telah dibangkitkan mengenai tindakan Zionis terhadap Masjid Al-Aqsa dan akibat yang berbahaya kepada Palestin dan rantau ini.

Laporan IQNA, memetik Pusat Maklumat Palestin; Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Anwar Ibrahim, dalam perbualan telefon dengan Ismail Haniyeh, ketua pejabat politik gerakan Mempertahankan dan membela Palestin - Muqawwamah Islam Hamas (مقاومة الاسلامی حماس), mengumumkan bahawa negaranya, seperti biasa, akan terus menyokong isu Palestin dan menegakkan hak rakyat Palestin yang semua kalangan antarabangsa bertegas atas perkara ini.

دیوان کیفری بین‌المللی

Dalam perbualan telefon dengan Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau ke jawatan ini. Haniyeh turut mendoakan kejayaan kepada Anwar Ibrahim dalam jawatan ini dan melahirkan harapan agar Malaysia akan terus memainkan peranan perintis dalam dunia Islam.

Beliau meminta Perdana Menteri Malaysia yang baharu untuk terus menyokong isu Palestin. Sambil mengalu-alukan panggilan telefon Haniyeh, Anwar Ibrahim menekankan kedalaman hubungan persaudaraan dan mesra dengan gerakan Hamas.

Di laman rasminya di Twitter, Anwar Ibrahim juga telah menyiarkan video perbualan telefonnya dengan pegawai Hamas, termasuk Khalid Mashaal (خالد مشعل).

آموس گلعاد، رئیس کانون مطالعات سیاسی و راهبردی صهیونیستی

Selepas Binyamin Netanyahu memberikan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk kabinet baru rejim Zionis kepada Itmar Ben Guer bersama banyak kuasa kementrian ini berada di tangan seorang Zionis pelampau, sejumlah besar bekas pegawai keselamatan kepentingan rejim Zionis menentang pelantikan Itmar Ben Guer (seorang ahli Knesset radikal) sebagai pemegang di jabatan Kementerian ini. Orang dalam rejim ini marah dan sambil mengkritik sekeras-kerasnya pilihan ini, mereka mengumumkan bahawa isu ini boleh membakar seluruh wilayah dan mengobarkan keadaan di Masjid Al-Aqsa malah merosakkan hubungan dengan Washington.

4102990

Nama:
Email:
* komen:
captcha