IQNA

Khatib Jumaat Tehran (1):

Tiga prinsip utama Politik Islam

4:13 - December 10, 2022
Berita ID: 3101922
TEHRAN (IQNA) - Kepercayaan awam adalah hasil komitmen praktikal pegawai terhadap prinsip etika dan peraturan tadbir urus negara Republik Islam

Laporan IQNA; Hujjat-ul-Islam Abu Turabi Fard, dalam khutbah pertama solat Jumaat di Tehran, menekankan peranan etika politik dalam meningkatkan modal sosial dan menggalakkan kepercayaan awam, dan berkata: Kepercayaan rakyat adalah hasil daripada komitmen praktikal yang mendalam para pegawai untuk prinsip moral dan peraturan tadbir urus negara.

Hujjatul Islam wal Muslimin Syed Muhammad Hassan Abu Turabi Fard, Jumaat semalam, 9 Disember, dalam khutbah pertama solat Jumaat minggu ini di Tehran, yang diadakan di masjid besar Imam Khumeini (ra), merujuk kepada sebahagian daripada aturan pembangunan kepemimpinan manusia dan pembentangan masyarakat yang tertulis di dalam surat Imam Ali (as) kepada Malik Ashtar dan jemputan beliau kepada Malik untuk memerhatikan ketakwaan ketuhanan: Imam Ali (as) mengesyorkan Malik Ashtar, yang telah memenangi banyak ujian, untuk bertaqwa apabila dia ditempatkan di puncak piramid pemerintah negeri Mesir.

Beliau menambah: Ini menunjukkan bahawa kuasa politik adalah berbahaya dan seseorang harus berhati-hati. Kuasa mengancam jalan pergerakan manusia, dan salah satu faktor untuk mengawal kerosakan kuasa dalam sistem Islam ialah dandanan pengurus khususnya di peringkat tinggi dengan ketakwaan dan ilmu; Perbincangan Wilayat al-Faqih juga bermaksud pengurusan ilmu dan keadilan. Oleh itu, Imam Ali (as) berkata, Malik, berhati-hatilah, kuasa itu berbahaya, dan jadikan Al-Quran sebagai pusat pergerakan.

Abu Turabi Fard menyatakan: Dalam sistem politik Islam, selaras dengan Al-Quran, tiga prinsip utama harus diletakkan di peringkat teratas program;
1. Meritokrasi (kepimpinan berdasarkan kemampuan dan prestasi ilmu dan profesionaliti pentadbiran).
2. Berorientasikan keadilan.
3. Berorientasikan sains dan Al-Quran.

Berorientasikan Al-Quran bermaksud ilmu dan wahyu hendaklah menjadi surah ucapan pentadbir, pegawai dan rakyat negara.

Khatib Jumaat Tehran meneruskan: Imam Ali (as) dalam kelanjutan surat beliau kepada Malik berkata; berhati-hati, Hawa nafsu amarah - ego itu berbahaya, oleh itu, dalam logik agama, meditasi dan perhitungan diri (muhasabah) adalah faktor utama dalam memurnikan dan memperbaiki ego dan hawa nafsu.

Khatib menyatakan: Al-Quran membahagikan masyarakat kepada dua kategori: pertama, mereka yang dikuasai oleh hawa nafsu sehingga ilmu dan iman menjadi terasing di kalanga mereka. Kedua, mereka yang berada di puncak ilmu pengetahuan Allah ( معرفة الله ) dan menganggap dunia sebagai aplikasi kehadiran Tuhan. Pengetahuan ini menghalang manusia daripada berbuat dosa, oleh itu kita dan semua orang yang berada dalam kedudukan sebagai pengurus dalam sistem ini (negara Islam) mempunyai tanggungjawab khusus dan mesti berhati-hati secara serius.

Merujuk kepada dua peringkat pandangan Imam Ali dalam ketetapan ini, Abu Turabi Fard berkata: Pada peringkat pertama, Imam Ali (as) melihat kepada bidang ilmu, takwa, dan membuat keputusan berdasarkan prinsip dan asas sains dan tauhid, dan pada peringkat kedua, pandangan beliau kebanyakannya tertumpu kepada bidang etika dan tingkah laku.

Merujuk kepada kepentingan etika politik sebagai tambahan kepada undang-undang sivil negara, Khatib Jumaat Tehran berkata: Etika politik memainkan peranan yang menentukan dalam kesihatan, dinamisme dan daya hidup politik masyarakat. Menurut Perkara 3 Perlembagaan (Republik Islam Iran), semua undang-undang dan peraturan mestilah dalam kerangka piawaian Islam dan berdasarkan Al-Quran dan kehidupan Rasulullah (SAW), Imam Ali (as) dan Hazrat Fatimah Zahra (as) dan prestasi pegawai juga mestilah mengikut nilai peraturan, prinsip dan etika Islam. Oleh itu, jika ego dikekang dan akal, sains dan ketakwaan menguasai kewujudan manusia, tingkah laku politik seperti ini adalah boleh dikata beretika dan kepengurusan politik akan berasaskan etika Al-Quran.

Merujuk kepada peranan penting etika politik dalam meningkatkan modal sosial, beliau berkata: Peranan etika politik dan etika pengurus adalah sangat penting dalam menggalakkan kepercayaan orang ramai. Amanah moral adalah perkara utama peraturan. Kepercayaan rakyat adalah hasil komitmen praktikal pegawai yang mendalam terhadap prinsip etika dan peraturan tadbir urus kehidupan masyarakat bernegara.

Merujuk kepada penekanan Pemimpin Tertinggi terhadap kehadiran pegawai di lapangan dan pertemuan secara bersemuka dengan rakyat, Abu Turabi Fard berkata: Penekanan ini adalah kerana kehadiran, komunikasi dan kerendahan hati berdepan dengan rakyat meningkatkan tahap moral pengurus.

Merujuk sekali lagi kepada peranan membina amanah etika, Khatib Jumaat Tehran berkata: Pegawai dan pengurus di semua peringkat harus menganggap etika, kesopanan dan penghormatan terhadap manusia sebagai tugas ketuhanan yang pasti (wajib).

Di akhir khutbah ini, beliau mengucapkan takziah pada hari-hari berkabung kesyahidan Hazrat Fatimah az-Zahra (as).

*Haul kesyahidan hazrat Fatimah az-Zahra, putri suci Baginda Rasulillah Muhammad (SAW), berdasar periwayatan 75 hari selepas wafatnya baginda Rasulillah (SAW) bersamaan dengan 13 Jumadil Awal.

4105622

captcha