IQNA

Amalan pada hari terakhir bulan Rejab

11:52 - February 21, 2023
Berita ID: 3102239
TEHRAN (IQNA) - Untuk hari terakhir bulan Rejab, selain berpuasa dan mandi, melakukan solat Salman iaitu 10 rakaat, sangat dianjurkan dan telah disabdakan oleh Rasulullah (SAW) bahawa setiap orang yang melakukan solat ini, akan terhapus dosa-dosanya yang besar dan kecil.

Laporan IQNA; Hari ini Selasa 2 Isfand 1401HS bersamaan dengan 21hb Februari 2023M, bertepatan dengan hari terakhir bulan Rejab 1444HQ. Bulan Rejab adalah salah satu peluang yang paling istimewa. Meletakkannya sebagai peluang jalan kerohanian (Sairu Suluk - سیر و سلوك) adalah jalan pintas untuk mencapai tahap kehambaan yang tinggi. Inilah kepentingan bulan Rejab.

Bukan sahaja cukup untuk hari pertama dan setiap hari beramal yang disyorkan dengan ganjaran yang menarik, tetapi juga untuk hari yang terakhir dari bulan ini sebagai hari yang penuh barakah juga dianjurkan beramal dengan amalan tersendiri.

Amalan pada hari terakhir bulan Rejab:
Mandi adalah salah satu amalan yang paling dianjurkan dan dititikberatkan pada hari terakhir bulan Rejab. Puasa pada hari ini juga sangat digalakkan, Ia menyebabkan pengampunan dosa yang lalu dan yang akan datang.

Tetapi salah satu amalan yang paling istimewa pada hari terakhir bulan Rejab adalah solat Hazrat Salman. Baginda Nabi Muhammad (SAW) mengenai ganjaran solat ini, bersabda kepada Salman (ra), yang bermaksud:

"Tidak seorang mukmin melaksanakan solat ini melainkan semua dosa besar dan kecilnya akan dihapuskan."

Boleh jadi, pahala orang yang berpuasa sepanjang bulan Rejab akan dicatat di sisi Allah sebagai pahala orang yang bersolat sepanjang tahun - sehingga tahun hadapan dan setiap hari, ditulis untuknya perbuatan syahid syuhada Badr, seperti yang diberi tahu dalam riwayat-riwayat muktabar.

Nabi Allah (SAW) menganggap solat yang diberi nama solat Salman ini sebagai tanda dan perbezaan antara orang beriman dan orang munafik - Orang munafik pasti tidak bersedia melakukan solat ini.

Juga, selepas mengajar solat ini, Baginda (SAW) bersabda kepada Salman: Selepas melakukan solat ini, ahli ibadah akan meminta hajatnya dan doanya akan dimakbulkan oleh Allah SWT, dan akan ada tujuh parit antara dia dan neraka, tiap-tiap parit itu seluas jarak antara langit dan bumi, dan terhadap setiap rakaat dikira beribu-ribu rakaat dan ditulis baginya bebas daripada api neraka dan ia akan melintasi jalan (صراط ) dengan selamat.

Cara melakukan solat Salman;
Sepuluh rakaat, selepas setiap dua rakaat mengucapkan salam, dan pada setiap rakaat membaca Surah "Al-Fatihah" sekali, "Al-Ikhlas" tiga kali, dan Surah "Al-Kaafiruun" - «...قل یا ایّها الکافرون» tiga kali, selepas setiap salam, angkat tangan berdoa dengan doa berikut:

لا إِلَهَ اِلّا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِیكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ یُحْیِی وَ یُمِیتُ وَ هُوَ حَیٌّ لا یَمُوتُ بِیَدِهِ الْخَیْرُ وَ هُوَ عَلَى کُلِّ شَیْ‏ءٍ قَدِیرٌ وَ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِینَ وَ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلّا بِاللهِ الْعَلِیِّ الْعَظِیمِ

"Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, Dia Maha hidup dan tidak mati, ditanganNyalah segala kebaikan dan Dia Maha mampu atas segala sesuatu, dan selamat sejahtera Allah atas Muhammad dan keluarganya yang suci dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Agung".

Kemudian berkata:

اللهُمَّ لا مَانِعَ لِمَا أَعْطَیْتَ وَ لا مُعْطِیَ لِمَا مَنَعْتَ وَ لا یَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

"Ya Allah, tidak akan ada yang mencegah terhadap apa yang telah Engkau berikan, dan tidak akan ada pemberi terhadap apa yang Engkau cegah, dan kesungguhan itu tidak memberi manfaat kerana kesungguhan itu dariMu jua"

Kemudian menyapu kedua tangan ke wajah dan meminta kepada Allah segala hajat yang diinginkan.

*Salman Farsi adalah salah seorang tokoh Islam yang bebas, mujahid dan terkenal serta salah seorang sahabat dekat Rasulullah SAW. Walaupun pada hakikatnya beliau adalah seorang Iran (mengikut perkauman), tetapi beliau telah mencapai kedudukan yang tinggi di kalangan orang Arab dan Muslim Hijaz, sehinggakan Nabi (SAW) bersabda tentangnya: سلمان منّا اهلَ البیت - Salman minna AhlalBayt; "Salman adalah salah seorang daripada kami AhlulBayt".

Dalam peperangan Ahzab, Nabi (SAW), atas cadangan Salman (ra), memerintahkan untuk menggali parit di sekitar Madinah untuk menghalang musuh, dan tindakan ini membawa kepada kemenangan pasukan Islam dalam perang itu. Salman juga adalah salah seorang sahabat Ali bin Abi Talib (as) dan yang mempercayai bahawa Sayidina Ali bin Abi Talib adalah pengganti Rasulullah SAW yang sebenar selepas sahaja Baginda (SAW) wafat. Salman adalah gabenor Madain pada zaman khalifah Umar bin Khattab (bagi pihak Khalifah), dan meninggal dunia dan dimakamkan di sana.

captcha