IQNA

Watak orang dalam Al-Quran / 35

Seorang nabi yang mukjizatnya serupa dengan Yesus (as)

8:53 - March 16, 2023
Berita ID: 3102346
TEHRAN (IQNA) - Alyasak (الیسع) adalah seorang nabi yang disembuhkan oleh nabi Ilias semasa remaja dan menjadi muridnya selepas itu. Kemudian, apabila Alyasak menggantikan Ilias sebagai nabi, beliau dapat menjemput sejumlah besar kaum bani Israil untuk menyembah Al-Haq - Allah SWT dengan membawa bersamanya mukjizat yang serupa dengan mukjizat nabi Allah Isa (as).

Laporan IQNA; Yasek (یسع) atau Alyasak (اَلیَسَع), adalah salah seorang nabi Allah. Nama penuhnya ialah Yasak bin Akhtub bin Al-Ajuz (یسع بن اخطوب بن العجوز), yang merupakan murid nabi Ilias dan menjadi nabi selepas meninggalnya nabi Ilias (as).

Banyak kisah telah diceritakan tentang dua nabi besar ini, seperti; Seorang wanita dari Bani Israil mempunyai seorang anak bernama "Alyasak bin Akhtub" - «الیسع بن اخطوب» membawa Ilias - (الیاس) ke rumahnya untuk menyembunyikannya daripada musuh.

Sebagai ungkapan berterima kasih kepada wanita yang menolongnya, Hazrat Ilias berdoa untuk anaknya Alyasak yang menderita sakit kronik, dan didoakan oleh hazrat Ilias; keadaan anak wanita itu bertambah baik dan penyakit itu hilang. Melihat keajaiban ini, Alyasak percaya kepada nabi Ilias dan bersamanya sejak itu.

Ada yang mengatakan bahawa Alyasak mempunyai hubungan keluarga dengan nabi Ilias dan mereka adalah sepupu, dan selepas wafat nabi Ilias, Alyasak menjemput orang untuk menyembah Tuhan.

Banyak mukjizat telah dilaporkan daripada nabi Alyasak (as). Antara lain, dikatakan bahawa beliau juga berjalan di atas air seperti Yesus (as) dan membangkitkan orang mati dan menyembuhkan orang buta sejak lahir dan mereka yang mempunyai penyakit kusta.

Nama Alyasak disebut dua kali dalam Al-Quran dalam Surah al-An'aam dan dalam Surah as-Sad;

وَإِسْمَـٰعِيلَ وَٱلْيَسَعَ وَيُونُسَ وَلُوطًۭا ۚ وَكُلًّۭا فَضَّلْنَا عَلَى ٱلْعَـٰلَمِينَ

"Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, dan Alyasak dan Yunus, dan Lut; dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya)." (Qs, Al-An'aam 6:86).

Dikatakan bahawa nabi Alyasak adalah keturunan dari Nabi Ibrahim (as), tetapi tidak dinyatakan sama ada beliau adalah salah seorang nabi Bani Israil atau tidak. Beliau juga dipuji dalam Surah as-Sad dan beliau disebut sebagai yang baik bersama dua nabi "Ismail" dan "Zulkifil".

وَٱذْكُرْ إِسْمَـٰعِيلَ وَٱلْيَسَعَ وَذَا ٱلْكِفْلِ ۖ وَكُلٌّۭ مِّنَ ٱلْأَخْيَارِ

"Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail, dan Nabi Alyasak, serta Nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya." (Qs, Saad 38:48).

Dalam Taurat, nama nabi ini Alyasak disebut sebagai anak dari Shafat (شافات); Makna kata 'Alyasak' dalam bahasa Ibrani ialah «ناجی» "penyelamat" dan makna 'Shafat' ialah «قاضی» "hakim". Beliau (as) mempunyai kedudukan yang tinggi dalam ketabahan.

Ketika Hazrat Ilias (as) ingin memilih pengganti bagi dirinya, beliau menentukan syarat penggantinya dengan berkata: "Seseorang yang boleh menerima kewajipan berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari dan apabila memberi hukum tidak berdasarkan marah".

Nabi Allah Ilias (as) memberitahu syarat-syarat ini kepada umatnya tiga kali, dan dalam ketiga-tiga masa itu, pemuda yang tidak dihargai orang dan menganggapnya miskin, menerima syarat-syarat ini, dan pada hari ketiga Nabi Ilias, memilih Alyasak sebagai Penggantinya. Dan apabila Alyasak memenuhi janjinya, Allah memujinya dan juga dipanggil sebagai Dzul-Kifli ( ذوالکفل).

Terdapat sebuah makam di Laujum (لعوجم) di wilayah Arab Saudi, yang dinisbahkan kepada nabi Alyasak, tetapi makam ini telah musnah. Satu lagi kubur di Turki dikaitkan juga dengan beliau (as).

captcha