IQNA

Watak orang dalam Al-Quran / 40

Hazrat Uzair; Nabi yang hidup semula selepas seratus tahun kematiannya

16:35 - May 08, 2023
Berita ID: 3102555
TEHRAN (IQNA) - Manusia mempunyai banyak persoalan tentang kehidupan selepas kematian, ada yang sudah terjawab, tetapi ada yang masih kabur dan rumit. Bukan hanya orang biasa yang mempunyai persoalan dalam hal ini, tetapi para nabi yang merupakan orang istimewa juga mempunyai persoalan dalam hal ini.

"Uzair" «عزیر» adalah keturunan Harun, saudara Musa. Beliau dan saudara kembarnya "Aziz" «عزیز» dilahirkan oleh ibu bapa yang tinggal di Jerusalem - Yeremia (ارمیا ) disebut dalam beberapa sumber. Hazrat Uzair telah diperkenalkan sebagai salah seorang nabi Bani Israil. Uzair tinggal di Iran semasa dinasti Achaemenid.

Menurut Al-Quran dan beberapa sumber sejarah, roh Uzair telah terpisah dari jasadnya pada usia muda atas perintah Allah dan beliau dibangkitkan selepas seratus tahun. Isu ini berlaku semasa Uzair melalui sebuah kampung yang penduduknya telah meninggal dunia. Melihat tulang belulang orang mati, Uzair mempersoalkan dalam dirinya tentang bagaimana orang mati hidup semula.

Uzair meninggal dunia atas perintah Tuhan dan dibangkitkan selepas seratus tahun. Selepas beliau bangun, dia fikir dia telah tidur selama sehari atau kurang dari sehari.

Menurut beberapa tafsiran, Uzair adalah orang yang membawa bani Israel kembali ke tanah Palestin selepas seratus tahun jadi tawanan kerajaan Babylon. Bukht al-Nasr (بخت النصر), yang diperkenalkan dalam teks sejarah sebagai kerajaan yang kejam di Babylon, menyerang Baitulmaqdis.

Selain memusnahkan kuil-kuil Yahudi di kota ini, membakar Taurat dan membunuh ramai orang Israel, dia menawan orang yang masih tinggal dan membawa mereka ke Babul (بابل). Tempoh ini dikenali sebagai tawanan Babylon. Selepas raja Parsi Kururash ( کورورش) pada zaman Achaemenid menaklukan Babylon, hazrat Uzair meminta kepadanya untuk membenarkan orang Yahudi kembali ke Yerusalem.

Uzair telah diperkenalkan sebagai pembangkit Taurat yang dilupakan. Semasa pemusnahan kota Yerusalem, Taurat telah dibakar dan dilupakan. Uzair, yang menghafal Taurat, menghidupkannya kembali. Beliau membacakan Taurat kepada orang ramai dan sekumpulan menulisnya.

Nama Hazrat Uzair disebut sekali dalam Al-Quran, dalam ayat 30 Surah at-Taubah:

وَقَالَتِ ٱلْيَهُودُ عُزَيْرٌ ٱبْنُ ٱللَّهِ وَقَالَتِ ٱلنَّصَـٰرَى ٱلْمَسِيحُ ٱبْنُ ٱللَّهِ ۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُم بِأَفْوَٰهِهِمْ ۖ يُضَـٰهِـُٔونَ قَوْلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن قَبْلُ ۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُ ۚ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

"Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?" (Qs, At-Taubah 9:30).

Ayat ini merujuk kepada fakta bahawa orang Yahudi menganggap Uzair sebagai anak Tuhan. Juga, kisah tidur Uzair selama seratus tahun disebut dalam ayat 259 Surah Al-Baqarah tanpa menyebut namanya.

أَوْ كَٱلَّذِى مَرَّ عَلَىٰ قَرْيَةٍۢ وَهِىَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّىٰ يُحْىِۦ هَـٰذِهِ ٱللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا ۖ فَأَمَاتَهُ ٱللَّهُ مِا۟ئَةَ عَامٍۢ ثُمَّ بَعَثَهُۥ ۖ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ ۖ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍۢ ۖ قَالَ بَل لَّبِثْتَ مِا۟ئَةَ عَامٍۢ فَٱنظُرْ إِلَىٰ طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ ۖ وَٱنظُرْ إِلَىٰ حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ ءَايَةًۭ لِّلنَّاسِ ۖ وَٱنظُرْ إِلَى ٱلْعِظَامِ كَيْفَ نُنشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًۭا ۚ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُۥ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ ٢٥٩

"Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (Qs, Al-Baqarah 2:259).

Pelbagai tempat telah disebut untuk makam Nabi Uzair; antara lain terdapat makam yang disandarkan kepada Nabi Uzair di Tebing Barat Palestin, wilayah Maysan di selatan Iraq, dan juga di Iran.

captcha