IQNA

Pelajar India menyalin Al-Quran dengan pen + video

12:45 - March 16, 2023
Berita ID: 3102348
TEHRAN (IQNA) - Seorang pelajar perempuan dari Kashmir India mampu menulis seluruh Al-Quran dengan pen dalam masa sebulan.

Laporan IQNA; memetik Free Press Kashmir; Muntaha Maqsood (منتهی مقصود) adalah seorang pelajar perempuan dari kota Shopian (شوپیان) di Kashmir yang berjaya menyalin keseluruhan Al-Quran dengan pen dalam tempoh sebulan.

Muntaha berkata, dia mula mengaji Al-Quran sejak berumur 4 tahun, dan menjelaskan: "Menulis Al-Quran dengan tangan adalah keinginan saya. Pada bulan Februari, saya memutuskan untuk menyalin Al-Quran dan menamatkan penulisan Al-Quran dalam 692 muka surat. Keluarga saya sepenuh hati menyokong saya dalam proses ini. Terutamanya abang saya, yang memberi saya inspirasi dan mendorong saya sepanjang penlisan ini."

Muntaha Maqsood dalam satu perutusan yang ditujukan kepada golongan belia supaya mereka lebih memahami kehidupan selepas kematian dan mengelakkan kemudaratan sosial demi memajukan masyarakat, berkata: "Pendidikan anak perempuan adalah penting, kerana pendidikan seorang wanita adalah seperti pendidikan seluruh keluarga, tetapi pendidikan umum tidak seharusnya memalingkan mereka daripada Islam."

Menulis Al-Quran adalah sangat penting dan popular di kalangan umat Islam di wilayah Kashmir.

 

4128298

captcha