IQNA

Seorang Arif sejati tidak berdiam diri terhadap penindasan dalam masyarakat

14:35 - April 05, 2023
Berita ID: 3102399
TEHRAN (IQNA) - Ahli Irfan atau juga dikenal seorang sufi sejati bukanlah seseorang yang hanya memikirkan tentang kerohanian sematamata dan tidak peduli terhadap penindasan dalam masyarakat, kerana seseorang itu tidak boleh mengaku sebagai seorang Arif-bijaksana sementara ia bersikap acuh tak acuh terhadap pencabulan, perampasan dan penzaliman atas hak orang lain.

Hujjat-ul-Islam wal-Muslimin Muhammad Suroush Mahalati (حجة الاسلام والمسلمین محمد سروش محلاتی), dalam sambungan huraian doa Sahar menjelaskan bahagian dari doa;

اَللَّـهُمَّ اِنّی اَسَئَلُکَ مِنْ نُورِکَ بِاَنْوَرِهِ وَکُلُّ نُورِکَ نَیِّرٌ

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dari cahaya-Mu yang paling terang, dan semua tingkatan cahaya-Mu adalah benderang."

Perbincangan tentang cahaya ketuhanan telah disebutkan dalam pelbagai riwayat. Tafsiran cahaya dalam doa sahar menunjukkan hakikat bahawa cahaya ilahi mempunyai skop yang sangat luas dan cahaya ini boleh dilihat pada semua objek dan makhluk.

Keadilan adalah cahaya dan ketidakadilan - kezaliman adalah kegelapan

Al-Quran dan Al-Hadis membawa kita ke dunia lain dari cahaya yang berkaitan dengan dunia manusia. Kegelapan sentiasa bersama kezaliman, dan di mana ada kezaliman, di situ ada kegelapan, dan di mana ada kegelapan, di situ ada kezaliman.

Sastera yang menyeru kita kepada cahaya adalah anti-kezaliman, dan kita mesti menghapuskan penindasan dan sebaliknya menyebarkan cahaya, yang bermaksud keadilan. Allah telah berfirman dalam Surah az-Zumar:

وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ الْكِتَابُ وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَدَاءِ وَقُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْحَقِّ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

"Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun." (Qs, Az-Zumar 39:69).


Cahaya yang dimaksud bukan cahaya yang dilihat oleh deria mata kasar kita, oleh itu ada soalan; Bagaimanakah cahaya itu dapat menyinari kehidupan di bumi dan kehidupan manusia?

Mulla Faiz Kashani (فیض کاشانی ) telah mencadangkan bahawa cahaya bersinar di bumi apabila keadilan direalisasikan di bumi, dan Tuhan telah memanggil keadilan sebagai cahaya, dan apabila bandar-bandar dihiasi dengan keadilan dan hak orang lain diiktiraf di kalangan manusia, masyarakat juga akan menjadi terang; sebagaimana juga sama penindasan atau kezaliman adalah kegelapan.

 

captcha