Hujjat-ul-Islam wal-Muslimin Jawad Muhaddisi, profesor hawzah, (حجة الاسلام والمسلمین جواد محدثی) membincangkan beberapa petikan doa yang indah dalam sesi penjelasan doa Syaabaniyah, yang akan anda baca di bawah;
"Munaajat Syaabaniyah" «مُناجات شَعبانیه» adalah gelaran doa yang diriwayatkan oleh Imam Ali (as). Doa-doa ini dianggap sebagai contoh doa yang menggambarkan status hamba-hamba Allah yang soleh yang terpilih. Dalam doa Syaabaniyah kita membaca:
«إِلهِى جُودُكَ بَسَطَ أَمَلِى، وَعَفْوُكَ أَفْضَلُ مِنْ عَمَلِى»
"Ya Tuhanku! KedermawananMu satu-satunya harapanku, dan ampunanMu lebih utama dari amalanku".
Seseorang itu tidak perlu mengharapkan daripada orang yang bakhil dan hina, tetapi kepada orang yang pemurah banyak menaruh harapan dan hajatnya dan yang menyebabkan seseorang berkata; "Saya banyak meminta daripadamu kerana kebaikan dan keermawananmu".
«وَعَفْوُكَ أَفْضَلُ مِنْ عَمَلِى»
"Dan pengampunanMu lebih baik daripada perbuatanku";
Kasih sayang dan pengampunanMu lebih tinggi daripada tindakanku.
Ada dalam riwayat bahawa jika seorang hamba membayangkan bahawa dia mempunyai banyak dosa sehingga dia tidak akan diampunkan, itu bermakna dia menganggap dosanya lebih besar daripada keampunan Allah, dan ini adalah satu penghinaan kepada Allah.
Pengampunan Allah lebih besar daripada dosa semua hamba sepanjang zaman.
«إِلهِى فَسُرَّنِى بِلِقائِكَ يَوْمَ تَقْضِى فِيهِ بَيْنَ عِبادِكَ»
"Ya Tuhanku! gembirakan saya dengan perjumpaan bersamaMu di hari Engkau menghakimiku antara hamba-hambaMu".
- Ya Allah, pada hari Engkau mengadili antara hamba-hamba-Mu, pada hari kiamat; yaitu hari penentuan sama ada manusia berada di syurga atau neraka, bahagiakanlah aku dengan bertemuMu"
«إِلهِى اعْتِذارِى إِلَيْكَ اعْتِذارُ مَنْ لَمْ يَسْتَغْنِ عَنْ قَبُولِ عُذْرِهِ فَاقْبَلْ عُذْرِى يَا أَكْرَمَ مَنِ اعْتَذَرَ إِلَيْهِ الْمُسِيئُونَ»
"Ya Tuhanku! permohonanku dari pengampunanMu, seperti permohonan orang yang tidak cukup menerima kemaafan dari orang yang dimintai maafnya, maka terimalah permohonan ampunanku, wahai yang paling pemurah menerima permohonan mereka yang berosa".
Kadang-kadang ada kesilapan di pihak kita terhadap seseorang dan kita berniat untuk meminta maaf, tetapi kita tidak tahu sama ada dia akan menerima permintaan maaf kita atau tidak, dan kita mengatakan bahawa dia tidak menerimanya, kita berkata tidak mengapa dan tiak penting!
Tetapi bolehkah kita berasa dan berkata begini terhadap Tuhan; Tuhan, kami memohon maaf kepadaMu Tetapi kamu tidak menerimanya.
Tentu sahaja tidak patut kita berasa dan berkata sedemikian terhadap permohonan maaf dari Tuhan, sewajarnya kita berkata; terimalah permintaan maaf saya, wahai yang paling mulia dan paling pemurah di hadapan orang-orang zalim yang meminta maaf.
Tuhan adalah lebih murah hati daripada sebarang permintaan maaf dan apabila anda mendatangi pintu Ketuhanan yang maha pemurah, tentu pasti ada harapan pengampunanNya.
إِلٰهِى لَاتَرُدَّ حاجَتِى، وَلَا تُخَيِّبْ طَمَعِى، وَلَا تَقْطَعْ مِنْكَ رَجائِى وَأَمَلِى. إِلٰهِى لَوْ أَرَدْتَ هَوانِى لَمْ تَهْدِنِى، وَلَوْ أَرَدْتَ فَضِيحَتِى لَمْ تُعافِنِى. إِلٰهِى مَا أَظُنُّكَ تَرُدُّنِى فِى حاجَةٍ قَدْ أَفْنَيْتُ عُمْرِى فِى طَلَبِها مِنْكَ. إِلٰهِى فَلَكَ الْحَمْدُ أَبَداً أَبَداً دائِماً سَرْمَداً يَزِيدُ وَلَا يَبِيدُ كَما تُحِبُّ وَتَرْضىٰ.
"Ya Allah, janganlah Engkau tolak keperluanku dan janganlah Engkau hentikan ketamakan keinginanku dan janganlah Engkau memutuskan harapan dan keinginan yang ada pada-Mu. Tuhanku!, jika Engkau menghendaki kehinaanku, tentu tidak akan ada yang membimbingku, dan jika Engkau menghendaki aku terpelesong, tentu tidak akan ada yang akan mebaikiku. Tuhan, saya tidak fikir Engkau akan menolak-ku dalam memenuhi keperluan, yang telah berlalu usiaku dalam mencari pemenuhi hajat-jajatku dariMu. Tuhan bagiMu segala puji selama-lamanya, sentiasa bertambah dan tidak berkurangan sebagaimana yang dikasihi dan diredhai olehMu"
Adakah keinginan seumur hidup kita selain daripada ini?