IQNA

Apa kata Al-Quran / 53

Giliran kita dalam kegagalan dan kemenangan hidup

11:41 - May 30, 2023
Berita ID: 3102648
TEHRAN (IQNA) – Dalam kehidupan, selalu ada kegagalan dan di samping itu ada kemenangan. Persoalan yang timbul apabila kita gagal ialah mengapa kita gagal? Mengapa kita tidak berjaya? Dan di hujung soalan-soalan ini, kita berasa sedih dan tidak selesa.

Dalam situasi sedemikian, Al-Quran menyapa kita dan bertanya, kelemahan dan kesedihan anda itu untuk apa?!

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

"Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim."
(Qs, A-li'Imraan 3:140). 

Menurut tafsiran Al-Amstal, ayat ini, adalah salah satu sunnah ilahi bahawa peristiwa pahit dan manis berlaku dalam kehidupan manusia, tidak ada yang kekal;

وَ تِلْکَ الْأَیَّامُ نُداوِلُها بَیْنَ النَّاسِ
"Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia"

Dan kemudianTuhan menunjukan kepada manusia akibat dari peristiwa malang ini dan berkata: 

وَ لِیَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِینَ آمَنُوا
"Supaya orang yang beriman dapat dikenali sebagai orang yang benar-benar beriman" 

"Salah satu akibat kekalahan yang pedih ini ialah kamu akan berkorban di jalan Islam” وَ یَتَّخِذَ مِنْکُمْ شُهَداءَ

Pada asasnya, bangsa yang tidak berkorban di jalan matlamat sucinya (di jalan Allah), dan malah menganggapnya kecil, tetapi apabila berkorban, demi kepentingan diri dan kelompoknya mahupun generasi akan datangnya, mereka memandangnya dengan penuh perhatian dan menganggap pengorbanan sedemikian adalah hebat.

Terdapat satu perkara yang menarik di penghujung ayat ini, iaitu وَ اللَّهُ لا یُحِبُّ الظَّالِمِینَ -  "Allah tidak menyukai orang yang zalim", oleh itu ayat ini berbicara kepada orang mukmin dan kafir secara umum, dengan mengatakan bahawa Tuhan tidak akan sekali-kali menyokong orang yang zalim terhadap satu-sama lain.

Imej ayat 
Dalam Tafsir Noor, kita membaca: Ayat ini menyatakan realiti, dan itu adalah bahawa jika anda telah menderita kehilangan nyawa demi kebenaran dan untuk tujuan Ilahi, musuh anda juga telah merasakan hal sama; cedera dan kehilangan nyawa. 

Jika anda tidak menang hari ini, musuh anda juga telah kalah pada waktu lain; maka bersabarlah dalam kesulitan.

Walaupun lazimnya perkataan "syuhada"  «شهداء»،, "syahid" «شهيد» dan "saksi" «شاهد» dalam Al-Quran bermaksud "Pengakuan", tetapi disebabkan peristiwa turun ayat mengenai isu peperangan dan isu luka dan kecederaan, jika seseorang menggunakan perkataan “syahid” dalam ayat ini dengan maksud “orang-orang yang terbunuh di jalan Allah”, juga tidak salah. Oleh itu umat Islam hendaklah mempunyai semangat yang kuat mengikut perkara berikut:

1. Anda sebagai orang beriman terhadap kebenaran Allah mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi kehidupan ini «أَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ» .
2. Musuh anda juga telah cedera -إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ  
3. Hari-hari pahit ini akan berlalu - وَ تِلْکَ الْأَیَّامُ نُداوِلُها بَیْنَ النَّاسِ
4. Allah mengetahui orang-orang mukmin yang sebenar daripada orang-orang munafik - وَ لِیَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِینَ آمَنُوا
5. Tuhan akan mengambil saksi daripada kamu untuk masa depan sejarah - وَ یَتَّخِذَ مِنْکُمْ شُهَداءَ

"Dan Allah tidak mengasihi orang-orang yang zalim" - وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ Allah tidak mengasihi lawan kamu.

Imam Sadiq (as) berkata tentang ayat ini, yang bermaksud: "Sejak hari Allah menciptakan Adam, kekuasaan dan pemerintahan Allah dan Syaitan telah bercanggah antara satu sama lain, tetapi pemerintahan Ilahi yang lengkap akan direalisasikan dengan munculnya Hazrat Qaim - Imam Al-Mahdi  (as)."

Mesej ayat
1. Umat Islam tidak boleh kurang sabar daripada orang kafir. «فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ»

2. Peristiwa pahit dan manis tidak kekal. «تِلْكَ الْأَيَّامُ نُداوِلُها بَيْنَ النَّاسِ»

3. Dalam peperangan dan kehidupan akan terjadi jatuh bangun, orang yang beriman akan diiktiraf sebagai penuntut iman yang sebenar. وَ لِیَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِینَ آمَنُوا

4.Tuhan mengambil bukti daripada manusia bahawa ketidaktaatan kepada kepimpinan membawa kepada kegagalan. وَ یَتَّخِذَ مِنْکُمْ شُهَداءَ

5. Kemenangan sementara orang kafir bukanlah tanda kasih sayang Allah kepada mereka. وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ 

6. Peristiwa dan arus sejarah dapat dicapai dengan kehendak Allah. «نُداوِلُها»

tanda nama: giliran kejayaan kekalahan
captcha