IQNA

Apa itu Al-Quran? / 3

Pelbagai bidang petunjuk dalam Al-Quran

9:52 - May 31, 2023
Berita ID: 3102653
TEHRAN (IQNA) – Ada yang cenderung menyempitkan kandungan petunjuk Al-Quran kepada kawasan tertentu, manakala pelbagai aspek petunjuk kitab ilahi ini jelas.

Petunjuk Al-Quran tidak terbatas pada satu bidang kehidupan manusia yang terbatas, tetapi berkaitan dengan seluruh rangkaian kehidupan manusia yang luas, maksudnya, tidaklah Al-Quran membimbing manusia pada satu bahagian yang diperlukan oleh manusia dan meninggalkan manusia pada bahagian yang lain yang diperlukannya. 

Al-Quran meliputi segenap sudut pemandangan kehidupan dan kehadiran manusia; dari kenaikan dan kesempurnaan rohani manusia, yang merupakan keperluan tertinggi yang bercermin pada kesmpurnaan Tuhan, sehingga isu mengurus masyarakat  dan mewujudkan keadilan dan tingkah laku pengurusan manusia serta menangkis pelbagai musuh (musuh dalaman dan musuh luarannya). dengan perjuangan; Jihad, akhlak, dan membesarkan anak dan...semuanya ada panduan dalam Al-Quran.

Al-Quran berkata tentang penghapusan permusuhan: 

وَلَا تَسْتَوِى ٱلْحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُ ۚ ٱدْفَعْ بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِى بَيْنَكَ وَبَيْنَهُۥ عَدَٰوَةٌۭ كَأَنَّهُۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌۭ

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." (Qs, Fussilat 41:34). 

Mengenai keluarga, Al-Quran berkata;

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍۢ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa." (Qs, Al-Furqaan 25:74).

Atau ayat:

وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآئِكُمۡۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (Qs, An-Nuur 24:32). 

Al-Quran menyebut tentang masalah ketenangan dan ketenteraman jiwa yang merupakan keperluan manusia yang paling utama;

اِذۡ جَعَلَ الَّذِيۡنَ كَفَرُوۡا فِىۡ قُلُوۡبِهِمُ الۡحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ الۡجَـاهِلِيَّةِ فَاَنۡزَلَ اللّٰهُ سَكِيۡنَـتَهٗ عَلٰى رَسُوۡلِهٖ وَعَلَى الۡمُؤۡمِنِيۡنَ وَاَلۡزَمَهُمۡ كَلِمَةَ التَّقۡوٰى وَ كَانُوۡۤا اَحَقَّ بِهَا وَاَهۡلَهَاؕ وَكَانَ اللّٰهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيۡمًا‏ 

"(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Qs, Al-Fat-h 48:26).

Al-Quran mengetahui kekacauan dalaman yang dihadapi manusia dalam peristiwa kehidupan, dan mengesyorkan sains dan pengetahuan alam;

وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمۡ صَٰلِحٗاۚ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥۖ هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ وَٱسۡتَعۡمَرَكُمۡ فِيهَا فَٱسۡتَغۡفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِۚ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٞ مُّجِيبٞ

"Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya". (Qs, Hud 11:61).

Ayat Al-Quran yang mendorong manusia harus bergerak ke arah sains, ke arah pengetahuan dan ke arah menemui kebenaran kewujudan alam yang bergerak, sehingga kepada tingkah laku individu manusia;

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِى ٱلْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍۢ فَخُورٍۢ 
وَٱقْصِدْ فِى مَشْيِكَ وَٱغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلْأَصْوَٰتِ لَصَوْتُ ٱلْحَمِيرِ
 "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan.- Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (Qs, Luqman 31:18 - 19).

Al-Quran telah memberi perhatian kepadapelbagai aspek; 
Terdapat pengajaran dan panduan dariAl-Quran dalam perkara-perkara  yang merangkumi semua bidang kehidupan; Artinya, Al-Quran mengawasi seluruh bagian kehidupan manusia dan mempunyai petunjuk bagi mereka semua, dan ia mempunyai pengajaran bagi setiap bagian kehidupan manusia; ada surah-surah penting yang telah disebutkan dalam Al-Quran dan isu-isu penting kehidupan manusia telah dibangkitkan.

Betapa alpanya segelintir manusia yang beranggapan bahawa Al-Quran tiada kaitan dengan isu kehidupan, isu politik, isu ekonomi dan isu kerajaan, bukan begitu sebenarnya, malah bahagian utama Al-Quran adalah mengenai isu-isu sosial kehidupan ini.

* Diambil daripada kenyataan Ayatullah Syed Ali Khamenei dalam perhimpunan Cinta Al-Quran.
* Ayatullah Syed Ali Khamenei (lahir pada 1939) ialah seorang mujtahid Syiah dan pemimpin agama Republik Islam Iran. Beliau telah menerbitkan banyak karya tentang pengenalan ajaran Islam.

captcha