IQNA

Konsep etika dalam Al-Quran / 7

Jalan pintas manusia menuju kejayaan

23:01 - June 21, 2023
Berita ID: 3102750
TEHRAN (IQNA) – Kesabaran adalah Ciri akhlak yang telah menyebabkan kemajuan manusia sejak zaman penciptaan Adam, sentiasa mengarahkan manusia ke jalan kejayaan. Kesabaran merupakan salah satu akhlak manusia yang paling layak menyebabkan kebertahanan dan keberhasilan manusia di saat kesukaran hidup.

Terdapat banyak kelayakkan moraliti yang dinyatakan dalam saranan agama, tetapi yang membezakan beberapa kelayakkan moral daripada yang lain adalah kesan dan akibatnya. 

Kesabaran adalah salah satu sifat akhlak terbaik seorang manusia, sebagai kelayakkan moraliti yang kesannya dalam masyarakat tidak tersembunyi daripada sesiapa pun. Al-Quran telah menekankan kepentingan kesabaran, di mana ia berkata:

سَلَـٰمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ ۚ فَنِعْمَ عُقْبَى ٱلدَّارِ 
"(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu". (Qs, Ar-Ra'd 13:24). 

Seseorang yang masuk syurga pasti banyak melakukan kebaikan, tetapi dalam ayat ini, justeru kesabaran yang dibangkitkan sehingga sebaik sahaja seseorang yang masuk syurga, para malaikat mengucapkan tahniah atas kesabaran dan ketabahan mereka, bukan atas perkara dan sifat kebaikan yang lain.

Sama ada seseorang itu mahu, tidak mahu, suka atau tidak, sebaik sahaja dia memasuki dunia ini, dia terdedah kepada banyak masalah dan kesusahan (kebendaan dan rohani), malah mereka yang cukup materilnya pun, mempunyai masalah sendiri. Apakah manusia menyerah diri atau melawan masalah ini?

Menyerah pada masalah yang menyerang kita, bukan menghilangkan masalah, tetapi juga menambahkan lagi kesakitan kepada kesakitan yang ada. Ini adalah sangat penting untuk memahami perbezaan antara penyerahan dan kesabaran.

Cara paling penting untuk melawan masalah adalah kesabaran. Kesabaran yang besar adalah jalan menuju kejayaan manusia. Itulah sebabnya Imam Ali (as) berkata:

لا يَعْدِمُ الصَّبُورُ الظَّفَرَ وَ انْ طَال‏ بِهِ الزَّمانُ
"Orang yang sabar tidak akan kehilangan kemenangan, walaupun mengambil masa yang lama".

Cabang-cabang Kesabaran:
1. Kesabaran terhadap ketaatan: Jelas sekali menunaikan kewajipan yang diwajibkan Allah kepada kita kadangkala menjadi meletihkan dan sukar. Sabar dalam mentaati Allah bermaksud bersabar dalam menghadapi kesulitan di jalan ketaatan kepada Allah seperti puasa, jihad, zakat, khumus dsb.

2. Kesabaran terhadap pelanggaran: Pelanggaran di sini bermaksud kemaksiatan dan dosa, dan kesabaran terhadap pelanggaran bermaksud pendirian penentangan seseorang terhadap keseronokan dan tarikan dosa untuk tidak melakukannya. Jenis kesabaran ini adalah yang paling tinggi di antara jenis kesabaran lain.

3. Kesabaran dalam menghadapi musibah: Seperti yang dikatakan sebelum ini, salah satu ciri dunia ialah setiap manusia yang memasukinya, masalah dan kesusahan datang kepadanya. Sabar dalam menghadapi kerugian material seperti kehilangan harta benda dan keluarga; kehilangan orang yang disayangi dinamakan sabar menghadapi musibah.

Jika kita teliti 3 jenis kesabaran ini, kita akan sedar bahawa hasil daripada semua  kesebaran ini ialah kejayaan dalam hidup.

captcha