IQNA

Surah-surah Al-Quran (89)

Surah Al-Fajar; Menjelaskan sebab ujian Allah kepada manusia

18:54 - June 29, 2023
Berita ID: 3102785
TEHRAN (IQNA) - Manusia menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan; Dari kegembiraan dan kesenangan sehingga kepada peristiwa kesedihan yang berlaku. Ini adalah ujian yang Allah berikan kepada manusia dan tidak ada satupun darinya tanpa sebab.

Surah ke-89 dalam Al-Quran disebut (فجر) Fajr. Surah dengan 30 ayat ini termasuk dalam juzuk ke-30 Al-Quran. Surah ini tergolong surah Makiah merupakan wahyu ke-10 yang diturunkan kepada Rasulullah (SAW).

Dalam ayat pertama surah ini, Allah telah bersumpah untuk Subuh (cahaya yang pecah dalam kegelapan malam); Sebab itu surah ini dinamakan "Al-Fajr"; 

وَٱلۡفَجۡرِ
"Demi waktu fajar". (Qs, Al-Fajr 89:1).

Surah Fajr telah dikenali sebagai Surah Imam Hussain (as), kerana menurut sebuah hadis Imam Sadiq (as), maksud «نفس المطمئنه» "jiwa yakin" dalam ayat ke-27 ialah Imam Hussain (as);

يٰۤاَيَّتُهَا النَّفۡسُ الۡمُطۡمَـئِنَّةُ
"Wahai Jiwa yang tenang dengan yakin". (Qs, Al-Fajr : 27)

Juga, menurut beberapa tafsiran, "وَلَيَالٍ عَشۡرٍۙ‏ " (sepuluh malam) dalam ayat ke-2 Surah ini merujuk kepada sepuluh malam pertama bulan Muharram.

Surah Fajr merujuk kepada sejarah kaum Ad "قوم عاد"  dan juga - Irama zaatil imaad - «ارم ذات العماد» (taman-taman syurga yang bertiang) dan kaum Tsamud (قوم ثمود), kaum Firaun (قوم فرعون)  serta kerosakan dan penyelewengan mereka, dan surah ini mengingatkan kita manusia yang sedang melewati ujian Allah sama ada dengan nikmat dan keberkahan atau ujian dengan kesusahan dan kesempitan. 

Kemudian, surah ini menerangkan sebab-sebab kegagalan orang-orang yang tidak beriman dalam ujian ini dan menunjukkan kepada kedatangan hari kiamat, yang pada hari itu, orang-orang yang tidak beriman akan diberi amaran dengan memerhatikan kesan-kesan neraka; tetapi nasihat ini tidak berguna lagi bagi mereka pada masa itu.

Dalam surah ini, pergantungan kepada dunia yang membawa kepada kemaksiatan dan kelalaian kepada Allah dipersalahkan dan manusia diancam dengan azab yang paling berat di dunia dan akhirat, dan dikhususkan bahawa manusia membayangkan bahawa jika Allah memberinya kesenangan, ia mempersendakan bahawa Allah sedang khususkan kasih sayang dan kehormata baginya, dan orang yang menderita kemiskinan dituduhnya kerana dia tidak berharga di sisi Allah. 

Kumpulan pertama melakukan banyak perkara yang salah kerana salah tanggapan yang mereka miliki, dan kerana salah tanggapan mereka tidak melihat kesilapan mereka atau menganggapnya kesilapan itu tidak bernilai apa-apa. 

Golongan kedua juga boleh jadi kufur kerana salah faham mereka tentang kemiskinan dan kesempitan. Sebaliknya, jika seseorang itu berkuasa atau berharta, atau jika seseorang itu menjadi miskin, itu adalah kerana ujian Ilahi, supaya setelah melalui ujian ini, akan ditentukan keadaannya di akhirat.

Oleh itu, nikmat Allah atau kesusahan dan masalah yang menimpa manusia di dunia ini adalah ujian Ilahi, dengan menggunakan kedua jenis ujian ini manusia dapat menjadikan dunianya selepas mati dan hari kiamat dengan cara yang terbaik, tetapi mengabaikan ujian Allah menyebabkan tidak ada yang tinggal baginya melainkan azab akhirat hingga hari kiamat.

Maka, di antara semua manusia di dunia ini, seseorang yang mempunyai "jiwa yang yakin" dan meredhakan  hatinya kepada Tuhannya dalam kesusahan dan kesempitan akan mencapai kebahagiaan akhirat.

captcha