IQNA

Konsep etika dalam Al-Quran / 10

Berbalahan; Jalan yang membawa kepada kehilangan kebenaran

15:04 - July 06, 2023
Berita ID: 3102822
TEHRAN (IQNA) - Mujadalah (مجادله); Debat tengkar - adu kata-kata atau berbalah-balahan adalah dilarang sama sekali dalam Islam, kerana mujadalah cara ini mengarah pada persengketaan; orang yang bersengketa dijangkiti ketaksuban dan matlamatnya adalah untuk mencari kelebihan dan kuasa, bukan untuk menjelaskan kebenaran.

Contoh perbuatan yang menyebabkan kebenaran ditutup dan kebatilan menang ialah berbalah-balahan. Perbincangan boleh melalui dua cara. Pertama, kedua-dua pihak mencapai keputusan yang baik dengan tujuan untuk mencapai kebenaran dan mengikuti jalan yang betul, yang kita sebut bertukar pikiran, bermesyuarat, konfrens, forum - berdialog dan yang serupa makna tersebut.

Kedua, dua pihak atau salah satu pihak tidak mempunyai pengetahuan tentang topik tersebut, tetapi ada kedegilan dalam bercakap akibatnya banyak pembohongan semata-mata untuk memenangi perbincangan, ini disebut perbalahan - perbincangan yang mencipta perdebatan kontroversial. Perbincangan seperti ini boleh menimbulkan perselisihan dan sengketa, oleh itu perbincangan jenis ini dikutuk dari sudut Islam dan dianggap sebagai salah satu dosa besar, kerana ia tercemar dengan prasangka dan dilakukan hanya untuk mencari kelebihan dan kuasa, bukan untuk menjelaskan kebenaran.

Dalam ayat-ayat Al-Quran disebutkan tentang berhujah; berbalahan (mujadalah) atau perbincangan yang tidak ilmiah dan berat sebelah ini sebagai yang dilarang:

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِى هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانِ لِلنَّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٍۢ ۚ وَكَانَ ٱلْإِنسَـٰنُ أَكْثَرَ شَىْءٍۢ جَدَلًۭا 
Di dalam Al-Quran ini, kami telah menjelaskan segala jenis perumpamaan untuk manusia (untuk panduan dan pelajan mereka, supaya tidak berbantahan (menentang kebenaran). Tetapi manusia adalah dalam banyak hal paling suka berhujah - berbalah-balahan". (Qs, Al-Kahfi: 54).

Berbalah-balahan atau mujadalah juga dilarang apabila seseorang melakukan haji;

فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ ۗ 

Ungkapan ini digunakan dengan baik bahawa orang yang tidak berpendidikan dalam apa jua keadaan lebih suka berbalah, dan tafsiran ini menunjukkan bahawa jika seseorang menyimpang dari jalan fitrah yang suci dari langkah yang pertama, dan mengarah kepada jalan berbalah dengan kata-kata palsu dan prasangka, dia berdiri di hadapan kebenaran dan menghalang jalan petunjuk, dan ini adalah malapetaka terbesar dalam hidup manusia sepanjang sejarahnya.

وَ مِنَ النَّاسِ مَنْ يُجادِلُ فِى اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَ يَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطانٍ مَرِيد
“Dan sekumpulan manusia, tanpa pengetahuan, bangkit untuk berdebat tentang Tuhan; dan mereka mengikuti tiap-tiap syaitan yang derhaka." (Qs, Al-Hajj: 3).

Sangat menarik bahawa pada akhir ayat ini, orang yang bersengketa dianggap sebagai pengikut setiap syaitan yang derhaka, dan tafsiran ini menunjukkan bahawa mengikuti kebatilan adalah jalan syaitan, dan setiap syaitan menembusi orang yang bersengketa, dan menarik mereka ke jalannya. Keterangan tentang syaitan sebagai yang "marid" مَرِيد (derhaka) menunjukkan hakikat bahawa orang yang bersengketa itu berada dalam barisan orang yang derhaka terhadap kebenaran.

وَ انَّ الشَّياطِينَ لَيُوحُونَ الى اوْلِيائِهِمْ لِيُجادِلُوكُمْ وَ انْ اطَعْتُمُوهُمْ انَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ
"Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik".
(Qs, Al-An'aam 6:121).

Hujah atau alasan palsu mereka ialah mereka mengatakan bahawa jika kita makan daging bangkai, itu adalah kerana Allah yang membunuhnya, dan itu lebih baik daripada binatang yang kita bunuh.

Pembenaran yang jelek dan palsu ini untuk memakan bangkai adalah perkara yang sama yang ditawarkan oleh syaitan jenis manusia dan jin kepada kawan-kawan mereka, supaya dengan bantuannya mereka dapat berhujah untuk menolak perkataan yang benar, dan membandingkan daging bangkai yang tercemar dengan daging yang bersih dari binatang yang disembelih atas nama Tuhan. Ungkapan ini digunakan dengan baik bahawa perbalahan sedemikian mempunyai motif syaitan.

captcha