IQNA

Surah-surah Al-Quran (94)

Surah Insyirah; Keselesaan yang datang selepas kesusahan

16:39 - July 11, 2023
Berita ID: 3102849
TEHRAN (IQNA) - Kehidupan di dunia penuh dengan kepayahan yang dihadapi oleh manusia, dan pengulangan kesusahan dan masalah ini kadangkala membuatkan seseorang itu keliru dan emosi. Untuk keadaan sedemikian, Al-Quran mempunyai berita gembira; Kemudahan datang selepas kesukaran.

Surah ke-94 Al-Quran disebut "Insyirah" «انشراح» atau "Syarh" «شرح» "Penjelasan". Surah dengan 8 ayat ini termasuk dalam juzuk ke-30 Al-Quran. Surah Insyirah merupakan salah satu surah Makiah, adalah wahyu ke-12 yang diturunkan kepada Nabi besar Islam (SAW).

«انشراح» atau «شرح» bermaksud perluasan atau kelapangan. Perkataan ini terdapat dalam ayat pertama Surah dan merujuk kepada «شرح صدر» "Syarhu Sadri "Kelapangan dada" Nabi (SAW), yang bermaksud kesabaran yang diletakkan Allah di dalam hati baginda (SAW).

Tujuan surah ini adalah untuk menghibur dan memberi ketenangan kepada baginda Nabi (SAW) dan menyeru baginda kukuh bertahan dan bersabar, oleh sebab itu, Allah mengingatkannya tentang nikmat yang besar yang telah Allah (SWT) berikan kepada Nabi (SAW) dan memberinya berita kemenangan atas kesulitan dan perintah untuk beribadat dan berdoa.

Surah ini merujuk kepada tiga topik; Pertama, pernyataan tiga nikmat anugerah Allah kepada Nabi (SAW); Kedua, menyampaikan berita kepada Nabi (SAW) bahawa kesulitan-kesulitan dakwah Islam akan diselesaikan pada masa hadapan; Ketiga, memberi perhatian kepada Allah semata-mata dan menggalakkan ibadah dan doa.

Surah Insyirah bermula dengan tiga rahmat Allah yang agung dan istimewa kepada Nabi Islam (SAW); 

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ١ وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ٢ ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ ٣ وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ ٤
"Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? - Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? - Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?". (Qs, Al-Insyirah:  94:1 - 4). 

Pertama, «شرح صدر» "kelapangan dada" ialah bersedia menerima wahyu dan menunaikan kewajipan seorang nabi, dan bersabar dalam menghadapi kesusahan dan bertolak ansur dengan penganiayaan manusia. 

Kedua, memberi keringanan dari beban yang berat menjadi nabi dan membimbing umat. 

Nikmat ketiga yang Allah berikan kepada Nabi ialah mengharumkan nama baginda. Sebagai contoh, Allah telah meletakkan nama Nabi Muhammad (SAW) di sebelah namaNya sendiri dalam azan, Iqamah, dan tasyahhud.

Dalam ayat kelima, berita gembira disampaikan kepada Nabi (SAW). Berita datangnya kemudahan demi kesukaran: 

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا ٥
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan". (Qs, Al-Insyirah:  94:5). 

Dan pada ayat seterusnya, diulang:

إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا ٦
"(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan". (Qs, Al-Insyirah:  94:6).

Sekumpulan ahli tafsir menganggap pengulangan «العُسر» dalam bentuk (معرفه و معلوم) "makrifah dan diketahui" sebagai bukti bahawa keduanya sama, dan pengulangan «یُسراً» dalam bentuk "nakirah" (نکره ) "yang tidak diketahui" sebagai menunjukan keduanya berbeza. maksud ayat tersebut ialah melawan sebarang kesulitan untuk dua jenis kemudahan: satu kemudahan di dunia dan satu kemudahan di akhirat.

Akhirnya, Allah berfirman kepada Nabi (SAW) dengan arahan berikut: 

فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ ٧ وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب ٨
"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) - Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)". (Qs, Al-Insyirah:  94: 7 - 8).

captcha