IQNA

Apa itu Al-Quran? / 19

Al-Quran adalah perkataan terbaik

17:12 - July 30, 2023
Berita ID: 3102940
TEHRAN (IQNA) – Pada zaman kita, berbilion ayat diterbitkan setiap hari dalam bentuk penceramahan dan penulisan. Tetapi teks Al-Quran mempunyai ciri-ciri yang telah diperkenalkan oleh dirinya sebagai "perkataan terbaik" dalam huraiannya. Gambaran ini, bersama dengan keabadian konsep Al-Quran, adalah luar biasa dari pelbagai aspek.

«حديث» “Hadis” bermaksud perkataan dan ucapan, dan apa yang dimaksudkan dengan hadis dalam ayat;

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ ٱلْحَدِيثِ كِتَـٰبًۭا مُّتَشَـٰبِهًۭا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُضْلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ ٢٣
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang serupa isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya". (Qs, Az-Zumar 39:23).

Hakikat bahawa Al-Quran adalah "Ucapan yang terbaik" adalah disebabkan oleh kesyumulan, kelengkapan kebenaran, kestabilan dan kefasihannya;
1. Kelengkapan Al-Quran: Iaitu Al-Quran merangkumi segala-galanya yang diperlukan untuk memberi petunjuk dan pembangunan manusia, dan dari sudut ini, dapat dilihat bahawa kerana Al-Quran adalah Kitab Tuhan yang terakhir diturunkan, oleh itu, ia merangkumi semua kandungan panduan kitab-kitab Tuhan yang pernah diturunkan sebelumnya.

2. Keaslian Al-Quran akan tetap: Menurut ayat;

وَ قُلْ جاءَ الْحَقُّ وَ زَهَقَ‏ الْباطِلُ إِنَّ الْباطِلَ كانَ زَهُوقا
 "Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah - batil itu sememangnya satu perkara yang akanlenyap". (Qs, Al-Israa' 17:81).

Akhirnya kebatilan sentiasa akan dikalahkan dan dimusnahkan  oleh kebenaran. Kerana Al-Quran adalah kebenaran dan kebenaran sentiasa tetap menang, akibatnya, Al-Quran menang dalam setiap konfrontasinya terhadap kebatilan, dan cahaya Al-Quran tidak dapat dipadamkan. 

يُرِيدُونَ لِيُطْفِـُٔوا۟ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفْوَٰهِهِمْ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَـٰفِرُونَ ٨
"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)". (Qs, As-Saff 61:8).

3. Kestabilan Al-Quran: Kestabilan Al-Quran adalah disebabkan oleh fakta bahawa ia adalah kitab ilahi yang terakhir dan tidak ada perubahan yang berlaku di dalamnya, dan tidak ada kitab lain yang akan diturunkan selepas Al-Quran. Oleh itu Al-Quran akan teguh dan stabil selama-lamanya.

4. Kefasihan Al-Quran: Kefasihan dan keindahan firman Allah di dalam Al-Quran, apabila anda membicarakan sesuatu isu yang memerlukan ilmu yang sangat tinggi, sewajarnya pertuturan anda juga harus mempunyai taraf yang tinggi dan itu anda tidak boleh buat. Tetapi Al-Quran menggunakan kesusasteraan yang digunakan oleh orang yang berjalan di jalanan dan pasar, sebab itu kita menyebut Al-Quran itu fasih dan indah budi bahasanya; fasih dengan cara yang sangat mudah dimengerti; sedangkan Al-Quran itu berada pada tahap ilmu yang tinggi, namun dia bercakap dengan cara yang semua orang faham pada pandangan dan pendengaran pertama mereka.

Adapun yang dimaksud dengan sifat Al-Quran sebagai "Perkataan yang serupa" - «كِتَـٰبًۭا مُّتَشَـٰبِهًۭا» "Teks serupa" dalam ayat ini bermaksud bahawa ayat-ayat itu mempunyai sifat yang serupa antara satu sama lain, dari segi muatan kebenaran, kefasihan, keindahannya dan mempunyai keserupaan perkataan bahagian-bahagian yang berlainan adalah seimbangdan harmoni antara satu sama lain, tidak ada percanggahan atau saling menentangi di antaranya, ayat-ayatnya tidak mempunyai satu lebih baik daripada yang lain.

Dan yang dimaksud dengan sifat; «مَّثَانِىَ» "Mathani" Al-Quuran yang disebut dalam ayat ini bermaksud "kecenderungan atau keberpihakan", iaitu ayat-ayat Al-Quran cenderung dan berpihak kepada satu sama lain; sebahagian ayat menafsirkan yang lain, dan dengan kata lain, mereka mengulang konsep yang sama dalam bentuk perkataan yang berbeza, dan juga mungkin merujuk kepada pengulangan pelbagai cerita, perumpamaan, khutbah dan nasihat, tetapi pengulangan itu tidak pernah membosankan, malah mengujakan, memberi tenaga, semangat dan keyakinan yang menguat.

captcha