Laporan IQNA, memetik al-Mayadin; Seyyed Hassan Nasrallah, Setiausaha Agung Hizbullah di Lubnan, semasa perarakan Hari Asyura (Sabtu 29 Julai) di Lubnan, berucap takziah atas tragedi kesyahidan Imam Husain (as) dan para sahabatnya, buat Imam Zaman Hazrat Wali Asr (as) para ulama marjaiah, Imam Khamenei (diharap keberkahannya sentiasa kekal) dan buat semua orang yang berkabung.
Pada permulaan ucapannya, sambil sekali lagi mengutuk pencemaran Al-Quran, beliau berkata: "Seluruh dunia harus tahu bahawa Umat Islam tidak bertolak ansur dengan penghinaan dan pelaku ceroboh melanggar kehormatan kesucian tempat-tempat dan simbol-simbol suci Islam."
Beliau menambah: "Penghinaan terhadap Mushaf Sharif Al-Quran pada hari-hari lalu di Denmark adalah permusuhan dan pencerobohan terhadap Islam dan dua bilion umat Islam."
Setiausaha Agung Hizbullah menegaskan: "Negara-negara Islam dan menteri luar mereka harus mengambil keputusan mengenai tahap penghinaan sistematik terhadap agama mereka di Sweden dan Denmark".
Beliau menyambung: "Pemuda Islam harus bertindak secara bertanggungjawab dan menghukum mereka yang melanggar Al-Quran dan tidak menunggu seseorang lain untuk mempertahankan agama mereka".
Seyyed Hassan Nasrallah berkata: "Dunia akan melihat keberanian anak-anak muda ini yang bersedia mempertahankan agama dan kitab Allah".
Setiausaha Agung Hizbullah menegaskan: "Kami untuk mempertahankan Al-Quran yang menyebabkan Imam Husain (as) mati syahid, melaungkan sambutan pernyataan; "Labbaika ya Quran, Labbaika ya Husain, Labbaika ya Mahdi" «لبیك یا قرآن، لبیك یا حسین و لبیك یا مهدی» - "Kami sambut panggilanmu wahai Al-Quran, kami sambut panggilanmu wahai Husain, Kami sambut panggilanmu wahai Mahdi!".
Beliau menambah: "Kami membuat perjanjian dengan diri kami bahawa kami akan tetap di jalan Imam Husain (as) dan mengikuti cita-citanya dan memerangi semua pelaku kezaliman di bumi".
Seyyed Hassan Nasrallah berkata: Apabila musuh memprovokasi kita umat Islam untuk kita terpaksa memilih antara dua pilihan perang atau hinaan, tentu slogan kita adalah; «هیهات من الذله» - Haihaata minnazillah - "Jauh-jauh kita untuk membiarkan diri dihina".
Setiausaha Agung Hizbullah juga berkata tentang isu Palestin: Mengenai penghinaan berulang kali Zionis biadab terhadap kawasan Masjid Al-Aqsa, menekankan bahawa musuh mesti mendengar kedudukan penentu nasib permusuhanmu adalah dari umat Islam.
Seyyed Hassan Nasrallah menegaskan: Wilayah ini tidak akan melihat keamanan sebelum tumor barah dan kuman jenayah rejim Zionis palsu dihapuskan, dan hari ini negara Palestin bergerak ke hadapan dengan menggunakan pilihan muqawamah penentangan dan perjuangan.
Beliau menambah: Kami dari sini di pinggir bandar Beirut menekankan sokongan kami kepada Hizbullah dan muqawamah ketahanan bersama negara Palestin dengan segala yang kami ada.
Mengenai isu Yaman, Setiausaha Agung Hizbullah juga berkata: Negara Yaman masih menahan dan menanggung penderitaan dan kesusahan, dan gencatan senjata tidak rasmi di negara ini tidak mencukupi.
Setiausaha Agung Hizbullah juga menekankan sokongan terhadap muqawamah ketahanan negara Syria.
4158879