
Laporan IQNA, memetik Sputnik; Ahmad Al-Tayeb, Syeikh Al-Azhar, mengucapkan terima kasih kepada Ayaullah Reza Arafi (آیتالله رضا اعرافی), pengarah (مدیر) Hauzah Ilmiah Republik Islam Iran, kerana mengambil pendirian menentang penghinaan Al-Quran di beberapa negara Eropah.
Dalam kenyataan Syeikh Al-Azhar dalam konteks ini, beliau melahirkan harapan agar insiden pembakaran Al-Quran yang tidak berperikemanusiaan dan tidak beradab akan menjadi motivasi besar menghapuskan perbezaan dan mendorong ke arah kesatuan kalimah umat Islam di Timur dan Barat dunia dan bahawa mereka akan dapat menghadapi cabaran yang menyasarkan keselamatan dan kesucian mereka.
Al-Tayeb turut menekankan kesungguhan beliau untuk mengadakan dialog Islam-Islam di kalangan ulama-ulama agama Islam di dunia walaupun berbeza mazhab dan aliran, agar perpaduan dan keakraban dapat dicapai serta faktor-faktor hasutan, perpecahan dan perselisihan dihapuskan.
Beliau juga menegaskan selaras dengan misinya menyokong agama dan menghadapi penghinaan, beliau sentiasa memantau tingkah laku mereka yang menghina umat Islam dan perkara suci mereka.
Al-Azhar juga sekali lagi meminta semua negara Arab dan Islam memboikot produk Sweden dan Denmark dengan tujuan membantu kitab Allah dan menyokong Al-Quran.
Perlu diingatkan bahawa Ayatullah Arafi telah menghantar surat kepada Syeikh Al-Azhar selepas insiden menghina Al-Quran di Sweden dan Denmark, sambil mengucapkan terima kasih atas pendirian Syeikh Al-Azhar, menuntut tindakan serius oleh negara Islam terhadap Sweden dan Denmark.
4159565