IQNA

Perarakan Al-Quran megah penziarah Arbain di Bainul-Haramain + Klip & Gambar

11:11 - September 08, 2023
Berita ID: 3103131
KARBALA (IQNA) - Perarakan Iraq mempamerkan gambar besar Al-Quran ketika memasuki area antara dua makam suci.

Laporan IQNA, memetik al-Sumaria (السومریه); Delegasi Bani Amir (بنی عامر) yang berkabung memaparkan gambar besar Al-Quran ketika memasuki kota Karbala.

Berdasarkan gambar dan klip perarakan yang diterbitkan oleh Maukib Bani Amir dari wilayah Basra, perarakan ini telah menyediakan satu aktiviti khas untuk menaikkan penghormatan terhadap Al-Quran di Karbala. Para pelayat dapat menyaksikan reka bentuk mozek Al-Quran, yang merupakan penjelmaan kemenangan dan kesucian Al-Quran.

Setiap tahun, kumpulan Bani Amir yang berpakaian putih memulakan pergerakannya dari Basrah pada malam Arbain Husani dan sampai ke Karbala pada 19 Safar, kemudian melaungkan slogan "Labaik ya Husain" sambil melawat makam Imam Husain (as).

Tahun lalu, kafilah pejalan kaki Bani Amir yang memakai pakaian putih dan seragam, menekankan keperluan perpaduan umat Islam dan memaparkan ayat;

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ 
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai". (Qs, A-li'Imraan 3:101).

Tahun ini, disebabkan penghinaan bertubi-tubi dari penentang Al-Quran di beberapa negara barat, para peziarah yang hadir dalam perarakan ini menunjukkan sokongan umat Islam terhadap Al-Quran dan kepatuhan mereka terhadapnya.

Perarakan Bani Amir adalah salah satu perarakan Husaini terbesar di seluruh dunia, yang menyanyikan slogan keagamaan dan Al-Quran setiap tahun semasa upacara Arbain di wilayah dua makm suci, dan tahun ini ia telah menyerlahkan aktivitinya dengan mempamerkan Al-Quran yang megah.

 

 

نمایش باشکوه قرآن در موکب اربعینی در کربلا + عکس

نمایش باشکوه قرآن در موکب اربعینی در کربلا + عکس

نمایش باشکوه قرآن در موکب اربعینی در کربلا + عکس

4167227

captcha