Nama Nabi besar Islam (SAW) ialah «محمد» "Muhammad" dan Allah telah memanggilnya dengan nama ini empat kali dalam Al-Quran;
- Dalam Surah "A-li Imran/144";
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌۭ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ ٱلرُّسُلُ ۚ أَفَإِي۟ن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ ٱنقَلَبْتُمْ عَلَىٰٓ أَعْقَـٰبِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيْـًۭٔا ۗ وَسَيَجْزِى ٱللَّهُ ٱلشَّـٰكِرِينَ ١٤٤
"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)". (Qs, A-li'Imraan 3:144).
- Surah Ahzab/40;
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٍۢ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَـٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًۭا ٤٠
"Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Qs, Al-Ahzaab 33:40).
- Surah Muhammad/2;
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَءَامَنُوا۟ بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍۢ وَهُوَ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ ٢
"Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat)". (Qs, Muhammad 47:2).
- Surah Fath/29;
مُّحَمَّدٌۭ رَّسُولُ ٱللَّهِ ۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلْكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَىٰهُمْ رُكَّعًۭا سُجَّدًۭا يَبْتَغُونَ فَضْلًۭا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضْوَٰنًۭا ۖ سِيمَاهُمْ فِى وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ ٱلسُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِى ٱلتَّوْرَىٰةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِى ٱلْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْـَٔهُۥ فَـَٔازَرَهُۥ فَٱسْتَغْلَظَ فَٱسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعْجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ ٱلْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةًۭ وَأَجْرًا عَظِيمًۢا ٢٩
"Nabi Muhammad (SAW) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar". (Qs, Al-Fat-h 48:29).
Selain daripada nama ini, Nabi besar Islam (SAW) juga dipanggil dengan nama Ahmad; Ia juga dari mulut Isa Al-Masih ketika berkata:
وَإِذْ قَالَ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ يَـٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ إِنِّى رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًۭا لِّمَا بَيْنَ يَدَىَّ مِنَ ٱلتَّوْرَىٰةِ وَمُبَشِّرًۢا بِرَسُولٍۢ يَأْتِى مِنۢ بَعْدِى ٱسْمُهُۥٓ أَحْمَدُ ۖ فَلَمَّا جَآءَهُم بِٱلْبَيِّنَـٰتِ قَالُوا۟ هَـٰذَا سِحْرٌۭ مُّبِينٌۭ ٦
"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!". (Qs, As-Saff 61:6).
Selain daripada dua nama ini, Al-Quran telah menyebutkan pelbagai sifat bagi Nabi besar Islam (SAW). Sifat yang menunjukkan ciri dan tingkah laku mulia dan keagungan kedudukan Baginda (SAW).
Antara kata adjektif, penjelas sifat-sifat yang berkaitan dengan kedudukan Baginda (SAW) sebagai nabi dan utusan Allah SWT:
- « رسول الله» "Rasulullah" ( A-al-Imran/144) dan (Fath/29) - telah disebutkan ayatnya di atas.
- «برهان» "Burhan" (An-Nisa/174).
- «ولی» "Wali" (Al-Ma'idah/55).
- «اول المسلمین» Awalul muslimin "Insan pertama sebagai Umat Islam" (Al-An'aam /163).
- «ناصح الامین» Naasihul Amin "Penasihat yang dapat dipercayai" (Al-A'raf/68).
- «النبی الامی» "An-Nabiyul-ummi" - Nabinya penduduk kota yang buta huruf (Al-A'raf/158).
- «النبی» Al-Nabi "Pemberita - pembawa berita dari Tuhan" (Al-Anfal/43).
- «النذیر» An-Nazir "Yang banyak memberi peringatan" (Hud/ 12).
- «المنذر» Al-Munzir "Pemberi ingat" (Ar-Ra'd/7).
- «عبدالله» Abdullah "Hamba Allah" (Al-Israa/1).
- «مبشر» Mubasyir "Penyampai khabar gembira (Al-Israa/105).
- «رحمه للعالمین» Rahmatun lilalamin "Pencurah rahmat untuk seluruh alam" (Al-Anbiya/107).
- «اول المؤمنین» Awalul-Mukminin "Insan pertama beriman" (Syuaraa/51).
- «نذیر مبین» Nazirumubin "Pengingat yang jelas" (Ankabut/50).
- «خاتم النبیین» Khatamun-Nabiyin "Penutup para nabi" (Al-Ahzab/40).
- «داعیا الی الله» Da'iyan ilallah "Penyeru kepada Allah" (Al-Ahzab/46).
- «بشیر» Basyir "Sentiasa memberi kegembiraan" (Saba'/28).
- «رسول مبین» Rasul Mubin "Utusan yang jelas" (Az-Zukhruf/29).
- «اول العابدین» Awalul-Abidin "insan pertama penyembah Tuhan" (Az-Zukhruf/81).
- «رسول کریم» Rasululkariim "Utusan yang mulia dan dermawan" (Al-Haqah/40).
- «مدثر» Mudatsir "Orang yang berselimut" (Al-Mudatsir/1).
- «مذکر» Muzakir "Orang yang memberi ingat" (Al-Ghasyiah/21).
Beberapa sifat juga berkaitan dengan keperibadian dan ciri-ciri Nabi Muhammad (SAW), yang boleh disebut sebagai berikut:
- «شاهد» Syaahid "Penyaksi" (Al-Ahzab/45.
- «شهید» Syahid "Sentiasa jadi Penyaksi" (Al-Baqarah/143).
- «سراج منیر» Serajumunir "Lentera Penerang" (Al-Ahzab/46).
- «رحیم» و «رئوف» Rahim wa Rauf "Pengasih dan penuh kelembutan" (At-Taubah/128).
- «صاحب» Sahib "Sahabat - kawan setia" (An-Najm/2).
- «مزمل» Muzamil "Yang berselimut" (Al-Muzamil/1).
Terdapat dua perkataan dalam Al-Quran yang disebut sebagai Nama panggilan bagi Nabi Islam (SAW), tetapi makna tepatnya dipertikaikan di kalangan ahli tafsir: «طه» و «یس» "Taha" dan "Yasin".
Beberapa ahli tafsir telah menafsirkan dua nama ini sebagai nama Nabi Islam (SAW). Berdasarkan ini, mereka berkata bahawa;
«یا» (حرف ندا) و «سین»
"Ya" sebagai morfem panggilan dan "Siin", bermaksud peribadi Nabi Islam (SAW). Maka Allah memanggil Nabi (SAW) untuk menjelaskan perkara berikut dan berfirman:
وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ؛ إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ
"Dan Al-Quran itu Maha Bijaksana; Saya bersumpah dengan al-Quran yang bijaksana; Sesungguhnya engkau adalah salah seorang nabi”. (Qs, Yasin/2-3).
Mengenai «طه» "Taha" juga diriwayatkan daripada Imam Sadiq (as): "Taha" adalah salah satu daripada nama Nabi dan maknanya ialah;
«طالب الحقّ» و «هادى الیه»
"Talibul-Haq, wa Hadi Ilaihi (orang yang mencari kebenaran dan pembimbing kepadanya).
Jadi "Taha" adalah daripada dua perkataan «طالب الحقّ» و «هادى الیه» yang selepas peredaran zaman digunakan sebagai nama khas untuk Nabi besar Islam (SAW).