Al-Quran berkata dalam hal ini:
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٍۢ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَـٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًۭا ٤٠
"Bukanlah Nabi Muhammad itu sebagai bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Qs, Al-Ahzaab 33:40).
Tetapi mengapa era kenabian berakhir dengan Nabi Muhammad (SAW)?
Apabila air kolam tercemar tentu perlu ada mengganti airnya, perkara lumrah mereka menukar air di dalam kolam jika ia tercemar. Setiap tindakan membaiki jalan, rumah, pakaian, dan kereta yang jatuh, rosak, dan koyak adalah perkara diperlukan oleh manusia.
Sama halnya keperluan kepada nabi baru juga apabila kitab nabi terdahulu telah diselewengkan dan disembunyikan.
Jika tidak ada satu perkataan pun dalam Al-Quran yang diubah dan tidak ada persoalan yang tidak terjawab, tentu tidak perlu ada nabi baru, tidak seperti kitab-kitab yang terdahulu, yang jika anda melihat Taurat dan Injil hari ini, anda akan melihatnya banyak perkataan yang tidak masuk akal dan berlawanan sebagai yang disebut wahyu yang suci, yang anda akan malu membacanya.
Kadang-kadang orang yang buta huruf mahu pergi ke tempat yang jauh, tidak ada pilihan selain untuk mendapatkan alamat jalan demi jalan ia hanya menempuh jalan itu, tetapi jika orang lain yang celik mahu pergi dengan cara yang sama, dan kita berikan peta kota dan jalan-jalannya dari pelbagai arah telah diberikan nama dengan jelas, orang itu tentu akan memilih jalannya sendiri untuk menuju destinasinya.
Dalam masyarakat yang belum mencapai tahap pembangunan, hadirnya pemberi petunjuk alamat jalan demi jalan adalah perlu, tetapi apabila masyarakat mencapai pertumbuhan, jika mereka hanya diberi peta umum, mereka akan menemui jalannya dan tidak perlu kehadiran langsung orang petunjuk (para nabi), tetapi sudah tentu kewujudan imam dan fuqaha maksum adalah perlu untuk memelihara hukum dan garis panduan dan bertanggungjawab menjaga (keselamatan peta itu) yang telah dititipkan oleh Nabi terakhir (SAW).
Perkara lain ialah nabi-nabi terdahulu tidak semua mereka datang bersama kitab suci atau tidak semua mereka mempunyai syariah, kecuali segelintir dari para nabi ilahi mempunyai kitab syariah kenabiannya, dan kebanyakannya mereka menyebarkan syariah nabi-nabi besar (Ulul-Azmi - nabi pemilik syariah), Oleh itu, di sebalik kehadiran imam-imam maksum dan ulama-ulama Islam yang soleh yang memikul tanggungjawab ini, tidak perlu datang nabi-nabi lagi.
Era kehadiran person nabi sudah selesai - berakhir, tetapi yang masih diperlukan adalah era Imamah - kepimpinan maksum (orang-orang suci yang tidak mungkin bertindak salah atau lalai) sebagai penjaga, penjelas dan penyampaian perintah agama nabi terakhir dengan sempurna sepanjang generasi umat sepeninggal nabi terakhir (SAW) hingga hari kiamat yang di masa keghaiban imam maksum adalah menjadi tugas ulama yang soleh.
Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan isu ijtihad kerana fuqaha yang adil, mempunyai peraturan umum syariah agama, sentiasa boleh mengeluarkan ketetapan Allah daripada Al-Quran dan Hadis.
*Diambil daripada buku berbahasa Farsi bertajuk; «اصول عقائد اسلامی (نبوت)» "Prinsip-prinsip Aqidah Islam (Kenabian)" - yang ditulis oleh Muhsin Qaraati (محسن قرائتی).