Laporan IQNA, memetik Pangkalan maklumat Pejabat Pemimpin Tertinggi revolusi Islam, dalam memperingati ulang tahun kelahiran Khatamun-Nabiyin Hazrat Rasulullah Muhammad Mustafa (SAW) dan Imam Jafar Sadiq (as); Pemimpin Revolusi Islam (hf), dalam satu pertemuan dengan jemaah menteri, duta-duta negara Islam, tetamu persidangan perpaduan dan sekumpulan orang dari lapisan masyarakat yang berbeza, menggelar rasa bahaya kuasa penindasan terhadap ajaran Al-Quran sebagai sebab rancangan mereka untuk menghina kitab Ilahi ini dan beliau (hf) menekankan bahawa cara untuk menangani campur tangan Amerika Syarikat dan kuasa penindasan adalah penyatuan negara-negara Islam dan penggunaan dasar tunggal sebagai isu asas, beliau (hf) berkata: "Perjudian menormalkan hubungan dengan rejim Zionis adalah seperti bertaruh pada kuda yang kalah, ditakdirkan untuk kalah, kerana hari ini gerakan Palestin lebih hidup dan bersedia dari sebelumnya, dan rejim perampas itu mendekati keruntuhannya".
Dalam pertemuan ini, Pemimpin Revolusi Islam (hf) mengucapkan tahniah sempena maulid Nabi (SAW) dan Hazrat Imam Jafar Sadiq (as), dan menganggap pemahaman manusia tidak dapat memahami keperibadian agung orang yang mulia dalam bahasa manusia untuk menyatakan keutamaan Nabi (SAW) dan berkata: "Matahari Kemuliaan Nabi besar (SAW) itu berada di atas bahu seluruh manusia dan semua orang terhutang budi kepadanya kerana Nabi (SAW), seperti seorang doktor yang mahir dan pandai, adalah seorang yang berilmu dan preskripsi praktikal untuk rawatan semua pesakit dan penyakit utama seperti kemiskinan, kejahilan, penindasan, diskriminasi, hawa nafsu, ketidakpercayaan, tiada tujuan, kerosakan moral dan penyakit-penyakit ini telah menyebabkan kerosakan sosial kepada manusia".
Merujuk kepada nilai hak untuk hidup di mata semua cendekiawan dunia sebagai hak asasi manusia yang paling tinggi, beliau (hf) menambah: Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud, bahawa Nabi (SAW) akan memberikan kehidupan yang kekal kepada setiap manusia, dan menjamin kebahagiaannya dalam dunia ini dan akhiratnya; bahawa hidup kita dicipta oleh Tuhan untuk tidak akan habis dan tidak terdedah pada kerosakan, kerana Tuhan telah mengutus baginda Nabi Muhammad (SAW), setiap orang dari kita berhutang kepada Nabi Muhammad (SAW), oleh itu Nabi (SAW) berhak hidup atas manusia selama-lamanya".
Pemimpin Revolusi (hf) memetik ayat Al-Quran; Cara untuk membayar jasa dakwah agama baginda Nabi Muhammad (SAW) adalah; "Jihad sepenuhnya di jalan Allah" dan beliau (hf) berkata: "Maksud jihad bukan hanya jihad dengan senjata, tetapi jihad boleh digunakan dalam semua bidang, termasuk sains, politik, ilmu dan etika, dan Jihad dalam bidang-bidang ini dengan sebaik-baiknya, seseorang boleh memberi penghormatan kepada wujud suci baginda Rasulullah Muhammad (SAW) dengan cara ini".
Beliau (hf) menegaskan bahawa hari ini musuh melancarkan permusuhan dengan Islam lebih jelas daripada sebelumnya, beliau (hf) menganggap contoh permusuhan ini adalah; penghinaan jahil mereka terhadap Al-Quran dan beliau (hf) menegaskan: seorang jahil menghina dan kerajaannya memberi sokongan, ini menunjukkan bahawa isu itu bukan hanya sekedar aksi di atas pentas dan hanya untuk menyinggung perasaan (tetapi ada tujuan yang berbahaya yang ingin mereka tuju).
Pemimpin Revolusi Islam (hf) menambah: Kita tidak ada kena mengena dengan orang yang jahil itu yang menghukum dirinya dengan hukuman yang paling berat untuk memenuhi objektif unsur-unsur di belakang tabir.
Hazrat Ayatullah Khamenei (hf) menganggap idea melemahkan Al-Quran dengan tindakan ini sebagai khayalan dan mendedahkan sifat paling dalam dari musuh-musuh Al-Quran dan menambah: "Al-Quran adalah kitab hikmah, pengetahuan, kemanusiaan, dan kebangkitan, dan permusuhan dengan Al-Quran sebenarnya adalah permusuhan dengan konsep-konsep yang tinggi ini, sudah tentu Al-Quran menjadi ancaman kepada kuasa-kuasa rosak itu (penindas), tetapi Al-Quran juga sama-sama mengutuk penindas dan juga menyalahkan orang yang ditindas (penyokong) yang tunduk kepada penindasan".
Menganggap wajar menghina Al-Quran dengan dakwaan berulang; berdasar hak kebebasan bersuara adalah sebagai dakwaan palsu dan salah bagi pihak yang penuntut hak ini; dan beliau (hf) berkata: "Di negara-negara yang membenarkan penghinaan terhadap Al-Quran dengan alasan kebebasan bersuara, adakah mereka juga membenarkan serangan menghina terhadap simbol Zionis? Dengan bahasa apakah yang boleh kita buktikan dengan lebih jelas dari ini bahawa mereka berada di bawah kuasa Zionis yang kejam, penjenayah dan perompak dunia".
Dalam bahagian lain ucapan beliau (hf); merujuk kepada acara "Minggu wahdat muslimin", menyeru para pemimpin, ahli politik negara-negara Islam dan pakar serta elit dunia Islam untuk memikirkan persoalan; "Siapakah musuh-musuh wahdat negara-negara Islam dan bahaya menimpa siapa jika umat Islam bersatu kerana menjadi penghalang perompakkan dan campur tangan ke dalam urusan negara-negara muslimin"?
Beliau (hf) menegaskan bahawa perpaduan negara-negara Islam di Asia Barat dan Afrika Utara akan menghalang kecurian, paksaan, dan campur tangan Amerika Syarikat, beliau (hf) berkata: "Hari ini, Amerika Syarikat menghentam negara-negara rantau itu dari segi politik dan ekonomi, mencuri minyak Syria, dan memelihara-melindungi ISIS yang kejam - ganas, biadab, dan dahagakan darah di kem-kem mereka untuk membawa mereka ke medan semula pada hari yang Amerika Syarikat (kuasa paksaan) perlukan dan mencampuri urusan negara-negara lain, tetapi jika kita semua bersatu dan Iran, Iraq, Syria, Lubnan, Arab Saudi, Mesir, Jordan dan negara-negara Teluk Parsi mempunyai satu dasar yang diguna pakai dalam isu asas wahdat Islamiah dan umum, kuasa paksaan itu tidak boleh dan tidak berani campur tangan dalam hal ehwal dalaman dan dasar luar negara-negara muslimin".
Ayatullah Khamenei (hf) menambah: "Seperti yang telah kami katakan berkali-kali, kami tidak menggalakkan sesiapa pun untuk berperang dan tindakan ketenteraan, dan kami juga mengelakkannya, jadi jemputan untuk bersama dan bersatu adalah untuk mencegah kobaran perang Amerika Syarikat, kerana mereka pemula pengobar perang dan yang menjadi penyebab daripada semua peperangan di rantau ini adalah punca luar rantau ini".
Beliau (hf) menyebut perlu bagi semua ketua dan tokoh dunia Islam untuk memikirkan isu penting menghidupkan perpaduan, dan mengenai isu lain di rantau ini, iaitu jenayah berterusan rejim Zionis, beliau (hf) berkata: "Hari ini, rejim ini tidak hanya dengki terhadap Republik Islam Iran, tetapi juga terhadap semua negara di sekelilingnya, seperti Mesir, Syria dan Iraq, menjadi kebencian dan kemarahan mereka".
Pemimpin Revolusi Islam (hf) menyebut sebab kebencian dan kemarahan ini adalah, kerana pada pelbagai masa negara-negara ini telah menjadi pencegah daripada merealisasikan matlamat mereka (kuasa perampas), iaitu untuk merampas kawasan dari sungai Nil hingga ke Furat, beliau (hf) menambah: Mereka penuh dengan kebencian dan kemarahan, sudah tentu, menurut tafsiran Al-Quran, yang mengatakan;
قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ ۗ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". (Qs, A-li'Imraan 3:119).
Dengan pertolongan Allah mereka akan mati dengan dengki dan kebencian mereka, ayat ini mengenai rejim perampas ini sedang direalisasikan".
Beliau (hf) menamakan isu Palestin; "Perampasan dan pengusiran bangsa sesebuah negara dari rumah mereka dan menyeksa dan membunuh mereka sebagai isu pertama dunia Islam dalam beberapa dekad ini dan beliau (hf) menekankan: Dasar pasti Republik Islam ialah kerajaan-kerajaan yang ambil perjudian untuk menormalkan hubungan dengan rejim Zionis sebagai contoh kerja mereka akan kalah kerana rejim ini sedang menuju kematiannya dan mereka bertaruh pada kuda yang kalah".
Ayatullah Khamenei (hf) menganggap pemuda Palestin dan gerakan anti-perampasan dan anti-penindasan Palestin lebih hidup, bertenaga dan bersedia dari sebelumnya dan berkata: "Insya-Allah, gerakan ini akan membuahkan hasil dan Imam Khumaini yang mulia telah menafsirkan rejim perampas «رژیم غاصب» ini sebagai "barah", rejim ini akan dibanteras oleh tangan rakyat Palestin dan pasukan penentang «المقاومة الإسلامیة» di seluruh rantau ini".
Akhirnya, beliau (hf) melahirkan harapan agar umat Islam, dengan rahmat Allah, dapat memanfaatkan sepenuhnya bakat semula jadi dan manusia yang hebat dengan penuh kebanggaan dan maruah.
Pada awal pertemuan ini, Presiden Republik Islam Iran dalam ucapannya, merujuk kepada usaha Rasulullah (SAW) untuk membina manusia dan masyarakat berdasarkan "tauhid" dan "keadilan", berdiri melawan permusuhan dan juga penentangan dalam perjalanan menuju matlamatnya, disenaraikan sebagai salah satu ajaran terpenting Rasulullah (SAW). Presiden berkata: "Integrasi dunia Islam berdasarkan gagasan perpaduan dan kerjasama serta penentangan dan penolakan terhadap takfir yang akan menjanjikan pembentukan tamadun Islam yang baru".
Presiden Raisi, merujuk kepada kemunculan manifestasi pertolongan dan bimbingan Ilahi dalam pengalaman Revolusi Islam Iran, kebergantungan kepada Tuhan dan mempercayai rakyat dan mendapat manfaat daripada kelebihan relatif dunia Islam, mempertimbangkan faktor kemajuan dan kemenangan menentang kehendak orang jahat, dan beliau menambah: "Kompromi beberapa kerajaan dengan rejim Zionis untuk mereka tidak akan menjadi pembuat keselamatan kerana rejim ini semakin merosot, dan kemenangan penentangan «المقاومة الإسلامیة» sudah hampir".
4172817