IQNA

Ulama Al-Quran yang tidak dikenali/1

Allamah Badruddin al-Huthi; Ahli tafsir dan mujahid Al-Quran dalam memerangi penyelewengan

21:31 - December 17, 2023
Berita ID: 3103615
IQNA - Allamah Badruddin al-Huthi «علامه بدرالدین الحوثی», penyusun kitab "Al-Taysir fit-Tafsir" «التیسیر فی التفسیر» , adalah salah seorang ulama dan mufasir Al-Quran yang paling terkemuka, yang mempunyai kesan yang besar dalam perjalanan Ilmu-ilmu Al-Quran di Yaman, khususnya kesan Al-Quran terhadap kehidupan politik dan sosial masyarakat, serta memerangi gelombang penyelewengan intelektual di tanah rantau ini (bumi Yaman).

Laporan IQNA; Bumi Yaman sentiasa menjadi rumah para ulama dan pejuang Al-Quran yang hebat dalam bidang akidah dan peperangan. Orang-orang heroik tanah bersejarah ini sentiasa berdiri menentang pencerobohan tentera penjajah dan aqidah agama, dengan cara yang mereka menyifatkan tanah ini sebagai "kuburan bagi penceroboh". 

Jihad dan penentangan ini sebahagian besarnya berpunca daripada kebiasaan penduduk negara ini dengan Al-Quran dan ajaran Ahlul Bait Nabi suci Islam Muhammad (SAW). Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah menyaksikan tentangan heroik rakyat Yaman terhadap pencerobohan Amerika, Saudi dan Emirat. 

Nama kumpulan Ansarullah dan ketuanya ialah Abdul Malik Badruddin al-Huthi «عبدالملك بدرالدین الحوثی» semasa penentangan ini, yang menjadi terkenal. Namun, latar belakang intelektual dan Al-Quran tentang penentangan ini boleh didapati dalam pendapat dan usaha Allamah Badruddin al-Huthi. Dalam laporan berikut, kami telah memperkenalkan biografi, latar belakang dan karya Al-Quran ulama besar Al-Quran Yaman ini.

Syeikh Badruddin bin Amir al-Din bin Husain al-Huthi «شیخ بدرالدین بن امیرالدین بن حسین الحوثی» adalah salah seorang ulama terkemuka, mufasir dan ulama Al-Quran, yang mempunyai kesan yang besar terhadap kursus ilmu Al-Quran di Yaman khususnya kesan Al-Quran terhadap kehidupan politik dan sosial masyarakat negara ini. 

Beliau (Allahyarham) juga melakukan banyak usaha untuk memerangi gelombang fahaman Wahhabi di Yaman, dan dalam tempoh ketika kerajaan Yaman tidak mengambil sebarang tindakan untuk menentang pemikiran ini, Allamah Badruddin al-Huthi adalah salah seorang daripada sedikit ulama yang memasuki bidang ini dan menulis banyak karya dalam menjawab syubhat Wahhabisme. 

Sekilas tentang kerjaya saintifik dan pendidikan Allamah Badruddin al-Huthi

Allamah Badruddin al-Huthi dilahirkan pada 23 November 1936 di kota Dahyan «ضحیان» dalam keluarga ulama dan pihak berkuasa marjaiah agama. Beliau adalah salah seorang ahli pengasas parti - Hizb al-Haq «حزب الحق یمن» di Yaman, pemimpin kerohanian kelompok pejuang Ansarullah Yaman dan bapa kepada syuhada Husain Badruddin al-Huthi dan Abdul Malik Badruddin al-Huthi; pemimpin kelompok pejuang Ansarullah Yaman semasa ini.

علامه بدرالدین الحوثی؛ مفسر قرآن و مجاهد عرصه مبارزه با انحراف

Beliau mula mempelajari ilmu agama dan Al-Quran sejak kecil. Antara syeikhnya yang terpenting, kita boleh menyebut Syeikh Amir al-Din al-Huthi «شیخ امیرالدین الحوثی», bapanya sendiri yang mulia yang merupakan seorang ulama dan pengkaji besar, dan bapa saudaranya Wali al-Hasan bin al-Husain al-Huthi «ولی الحسن بن الحسین الحوثی» beliau menimba ilmu dari mereka dan dari para guru lain yang beliau sebutkan dalam bukunya "Mafatih Asanid al-Zaydiyyah" «مفاتیح اسانید الزیدیة» mengajarnya Al-Quran dan ilmu hadith. 

Selepas beberapa lama, beliau memasuki barisan alim ulama dan duduk di jawatan mengajar. Beratus-ratus orang telah mempelajari hadith, fiqh dan Al-Quran di hadapannya, dan beliau juga mempunyai karya tangan yang panjang dalam menulis. Karya-karya besar beliau meliputi ilmu-ilmu Al-Quran, jawapan kepada kemusykilan khususnya syubhat Wahhabi, serta karya-karya ijtihad dalam bidang fiqh.

Allamah Badruddin Huthi telah disifatkan sebagai seorang ahli fiqh yang handal, berilmu dan teliti dengan pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa dan sastera Arab, usul, ilmu hadith, sejarah Islam dan tafsir. Sebaliknya, dari sudut moral, banyak sifat-sifat yang diingini telah disenaraikan untuknya, termasuk ketakwaan, wara', kesabaran, zuhud, berkata benar, penuh kasih, pemurah, kesatria, keberanian, kharismah, kerendahan hati, keadilan, dan kebajikan yang dipersaksikan oleh kawan dan musuh.

Allamah Badruddin al-Huthi, bersama dengan sifat-sifat ini, adalah seorang ulama yang melangkah di jalan Jihad dengan nyawa, harta dan pena dan tidak takut kepada sebarang hinaan orang yang menghina, dengan cara ini, beliau adalah orang yang melakukan yang terbaik demi kesatuan Umat Islam dan mengembalikan kehormatan dan maruah umat Islam, beliau membesarkan generasi ahli Al-Quran yang kemudiannya meneruskan jalannya.

علامه بدرالدین الحوثی؛ مفسر قرآن و مجاهد عرصه مبارزه با انحراف

Salah satu pengaruhnya yang paling penting boleh dianggap adalah sebagai pendidik generasi Al-Quran, yang kemudiannya dikembangkan oleh kalangan "Musafir Al-Quran" oleh anak lelakinya yang syahid, Husain Badruddin al-Huthi, generasi yang memainkan peranan besar dalam mempertahankan rakyat Yaman dalam enam peperangan kejam yang dipaksakan ke atas wilayah Saada Yaman, serta perjuangan menentang pencerobohan dan sekatan Amerika dan Arab Saudi.

Warisan Al-Quran Allamah Badruddin al-Huthi

Kitab (التیسیر فی التفسیر) boleh dianggap sebagai karya Al-Quran yang paling penting dan meluas dari Allamah Badruddin Huthi, yang merupakan ensiklopedia tujuh jilid dalam tafsiran keseluruhan Al-Quran.

Seperti yang dinyatakan oleh Abdul Malik Badruddin al-Huthi, pemimpin semasa Ansarullah Yaman, buku ini adalah salah satu karya Allamah  yang paling penting, dan konsep Al-Quran yang berguna disampaikan kepada pembaca melalui tafsiran yang ringkas dan mudah.

علامه بدرالدین الحوثی عالم قرآنی، مفسر و مجاهد عرصه اعتقاد و مبارزه با انحراف

Melawan gelombang Wahhabisme

Apabila gelombang pemikiran Wahhabi sampai ke Yaman, Allamah Baduddin al-Huthi adalah orang pertama yang menentang pemikiran ini dengan pena dan lisannya, dan berpuluh-puluh buku, surat, dan pita kaset daripadanya telah ditinggalkan. Di sebalik pelbagai ancaman politik dan keselamatan yang cuba menghilangkan sebarang halangan terhadap gelombang ini, beliau tidak berhenti malah beberapa ulama menasihati beliau supaya menghentikan usaha ini demi menyelamatkan nyawa beliau, namun Allamah Badruddin al-Huthi, tidak perhatikan amaran ini dan menulis karya seperti "Al-Ijaz fi al-Rad Ala Fatawa al-Hijaz: «الإيجاز في الرد على فتاوى الحجاز: مختصری در رد فتاوی حجاز» "Ringkasan  tentang penolakan fatwa-fatwa Hijaz -Wahhabi" dan "Tahrir al-Ijaz an Taqlid al-Asyrar «تحرير الأفكار عن تقليد الأشرار : "Membebaskan pemikiran daripada taklid dari orang fasik" sebagai tindak balas terhadap hasutan Wahhabi.

علامه بدرالدین الحوثی؛ مفسر قرآن و مجاهد عرصه مبارزه با انحراف

Dalam hal ini, pemimpin Ansarullah Yaman sekarang berkata: Allamah Badruddin al-Huthi adalah seorang "Pendidik, guru dan pembimbing yang baik yang pendirian dan kata-katanya dalam mempertahankan kebenaran dan menghadapi kesesatan dan hasutan Wahhabisme dan kemudian pendiriannya menentang hasutan Amerika dan beliau berdiri dengan cara ini dan melakukan segala yang mungkin untuk menentang hasutan jahat mereka".

Allamah Badruddin al-Huthi meninggal dunia

Allamah Badruddin al-Huthi akhirnya meninggal dunia pada 25 November 2010 pada usia 86 tahun, selepas lebih tujuh puluh tahun berjihad saintifik dan ideologi dalam mempromosikan konsep dan ajaran Al-Quran serta menghadapi cabaran fitnah intelektual dan ideologi.

*Bacaan surah Alfatihah dihadiahkan untuk Allahyarham!.

 

 

captcha