IQNA

Pesanan eksklusif Ayatullah Syabiri Zanjani kepada IQNA + 2 lampir warakah

18:02 - January 02, 2024
Berita ID: 3103698
IQNA - Setiap nama Hazrat Az-Zahra (as), perlu diucapkan dalam tafsirannya. Ayatullah Syabiri Zanjani «آیت‌الله العظمی شبیری زنجانی», menggambarkan kedudukan Hazrat Fatimah Az-Zahra (as), menulis kepada IQNA: "Setiap nama mulia yang disayangi Tuhan itu mendedahkan sudut keutamaannya yang tidak terhitung jumlahnya, dan kata-kata harus diucapkan dalam penjelasan dan tafsiran setiap nama penuh berkah ini."

Dengan kemunculan agama Islam yang membawa transformatif, berkat usaha besar Hazrat Khatamu Nabiyyin, Rasulillah Mustafa Muhammad (SAW), martabat manusia, keadilan dan kebebasan mendapat makna yang sebenar. 

Nabi Allah memperkenalkan pemeliharaan dan perlindungan agama serta nilai-nilai luhurnya menurut dua prinsip. Satu ialah Al-Quran dan satu lagi ialah Ahlul-Bayt Nabi (as), yang merupakan penafsir dan pelaku sebenar kitab ilahi ini. 

Fatimah Az-Zahra (as), yang menjadi sebahagian daripada keluarga Nabi (SAW) dan penghubung antara kenabian dan imamah, diterangkan dalam hadis suci seperti berikut: 

یـا أَحْمَدُ! لَوْلاكَ لَما خَلَقْتُ الْأَفْلاكَ، وَ لَوْلا عَلِىٌّ لَما خَلَقْتُكَ، وَ لَوْلا فاطِمَةُ لَما خَلَقْتُکُما
"Wahai Ahmad! andaikan bukan kerana engkau tiadalah Aku ciptakan alam, dan andaikan bukan kerana Ali tiadalah Aku ciptakan engkau dan andaikan bukan kerana Fathimah tiadalah Aku ciptakan kalian berdua". 

Ulang tahun kelahiran Hazrat Fatimah Az-Zahra (as); Kausar Al-Quran adalah peluang yang diberkati untuk menerangkan kedudukan istimewa beliau (as) dan peluang ini direalisasikan dalam bayangan kata-kata ulama dan pelaku etika mulia, atas sebab ini, Agensi Berita Al-Quran Antarabangsa (IQNA) telah mengemukakan perutusan khasnya kepada Ayatullah Syabiri Zanjani, untuk mendapatkan meseg khas sempena hari yang mulia ini dari salah seorang ulama yang soleh yang beliau menulis dalam surat; sambil mengucapkan tahniah pada hari-hari yang diberkati ini, telah memberikan penjelasan kepada IQNA sebagai hadiah istimewa beberapa perkara tentang watak mulia Hazrat Az-Zahra (as).

Teks mesej Ulama marjaiah Ayatullah Syabiri Zanjani untuk IQNA bersama-sama kita membacanya;

بسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِیمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ إِجْلَالًا لِقُدْرَتِهِ، وَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ خُضُوعاً لِعِزَّتِهِ، وَصَلَّی اللَّهُ عَلَی مُحَمَّدٍوَآلِه‌. 

Segala puji bagi Allah, Maha Suci kekuasaan-Nya, tiada Tuhan selain Allah, berserah diri kepada kemuliaan-Nya, dan selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya.

Dikatakan dalam banyak sumber periwayatan sahih dari Rasulullah (SAW) berkenaan dengan hadis: 

إِنَّمَا سُمِّيَتْ اِبْنَتِي فَاطِمَةَ لِأَنَّ اَللَّهَ عَزَّوَجَلَّ فَطَمَهَا وَ فَطَمَ مَنْ أَحَبَّهَا مِنَ اَلنَّارِ

"Sesungguhnya dinamakan anak perempuanku "Fatimah" «فَاطِمَةَ»  kerana Allah Taala menyelamatkannya «فَطَمَهَا» dan menyelamatkan «فَطَمَ» orang yang mencintainya «فَاطِمَةَ» dari api Neraka «مِنَ اَلنَّارِ»".

Pada 20 Jumadil-Akhir, ulang tahun kelahiran putri tercinta Nabi  (SAW), Pemimpin wanita dunia dan akhirat, saya mengucapkan tahniah di hadapan Qutb alam dunia ini Hazrat Imam suci Al-Mahdi sebagai Baqiyatullah (hujjah Allah yang baki- semoga Allah percepatkan kemunculannya yang mulia) «حضرة بقیةالله، عجل الله تعالی فرجه الشریف» saya memohon kesegeraan cadangan ilahi itu daripada pintu RububiatNya.

Sangat sukar untuk membicarakan tentang ingatan dan belahan jiwa Nabi Muhammad Mustafa (SAW); Hazrat Siddiqah Tahirah «صدیقه طاهره» Fatimah Az-Zahra (as), bagaimana kita boleh bercakap tentang watak yang Hazrat Malaikat Jibril Amin (as) tujuh puluh lima hari selepas meninggal dunianya baginda Nabi Muhammad (SAW) datang dalam perkabungan kesedihan kehilangan bapanya, Jibril bercakap untuknya tentang status dan kehormatan Hazrat Nabi (SAW) dan memberitahunya tentang  "perkara yang akan terjadi di masa hadapan" «ما یکون». Hazrat Wasi, al-Imam Amir al-Muminin Ali (as), insan kedua terbaik selepas baginda An-Nabi (SAW), menulis perkataan malaikat Amin Wahyu Tuhan yang disampaikan kepada hazrat putri An-Nabi dari Jibril (as) kumpulan tulisan ini termuat dalam sebuah buku yang dipanggil "Mushaf Fatimah" «مصحف فاطمه», sebuah buku yang dituduhkan oleh pendusta keji musuh-musuh Islam Ahlulbayt (as) sebagai bahagian dari Al-Quran.

Sanad muktabar dalam lebih daripada dua puluh riwayat, buku ini dan ciri-cirinya telah dibincangkan, kebanyakannya mempunyai dokumen yang sahih.

Dalam kitab hadis umum juga telah menyebut keutamaan hazrat Az-Zahra (as) dengan dinyatakan berkali-kali, antara lain disebutkan dalam satu riwayat daripada Nabi yang dikasihi (SAW) (yang ramai kalangan periwayat umum telah mengesahkan kesahihan hadis ini) bahawa Nabi (SAW) bersabda: "Satu malaikat yang belum pernah turun ke bumi meminta izin kepada Allah untuk memberi salam kapadaku dan memberi khabar gembira bahawa Fatimah, sebagai penghulu wanita syurga «سیدة النساء اهل الجنة», Hasan dan Husain adalah pemimpin pemuda syurga".

Hakim Naishaburi «حاکم نیشابوری» berkata tentang satu hadis sahih; telah diriwayatkan daripada Nabi (SAW) bahawa setiap kali hazrat Fatimah Az-Zahra (as) datang kepada Nabi (SAW), Nabi (SAW) berdiri dan pergi sambut kepadanya, memberi salam dan mencium tangannya, tingkah laku ini kerana menghormati ibunya iaitu hazrat  Khadijah (as) dan sekalian kerana menghormati dan sayang kepada anak putrinya yang memiliki keistimewaan tersendiri di sisi Allah SWT".

Hakim kemudian memetik daripada hazrat siti Aisyah juga dengan dokumen yang dia sahkan adalah benar, berkata: "Saya tidak pernah melihat sesiapa yang bercakap lebih serupa seperti Nabi (SAW) daripada Fatimah (as), setiap kali Fatimah (as) pergi kepada Nabi, Nabi memberi salam dan berdiri dan pergi sambut kepadanya, memegang tangannya dan menciumnya dan menyuruhnya duduk di tempatnya, dan setiap kali Nabi (SAW) datang kepadanya, Nabi (SAW) memberi salam kepada Fatimah (as) dan memperlakukan hal yang sama untuk memuliakan dan menghormatinya, semasa sakit yang berakhir dengan kewafatan Nabi (SAW), Fatimah (as) masuk, Nabi (SAW) menyambutnya, menciumnya dan bercakap dengannya secara rahsia (membisik ke telinganya); Fatimah (as) menangis, dan pada kali kedua Nabi (SAW) membisiknya, Fatimah (as) ketawa. St. Aisyah berkata; Saya berkata (pada diri saya sendiri) bahawa saya fikir wanita ini adalah wanita yang memiliki fadhilah (keutamaan), sekarang saya lihat Dia sama seperti wanita lain; Dia ketawa dan juga menangis! Saya bertanya kepadanya tentang perkara ini; Sebagai tindak balas, Dia menegaskan bahawa Dia tidak akan mendedahkan rahsia Nabi (SAW)".

St. Aisyah melanjutkan; "Selepas Rasulullah (SAW) wafat, saya bertanya kepadanya kembali tentang perkara ini; Sebagai jawapan, Dia berkata bahawa Nabi (SAW) memberitahu saya secara rahsia bahawa beliau akan pergi meninggal dunia dan saya menangis, kemudian Nabi (SAW) membisik yang kedua, mengatakan bahawa saya adalah orang pertama dari keluarganya yang akan segera menyusul kepergiannya".

Setiap nama mulia yang disayangi Tuhan itu mendedahkan sudut keutamaannya yang tidak terhitung jumlahnya, dan kata-kata harus diucapkan dalam penjelasan dan tafsiran setiap nama penuh berkah ini.

Pada kesempatan yang mulia ini, saya akan membatasi diri saya kepada terjemahan hadis yang mulia yang menghiasi permulaan surat ini, dan saya berharap untuk syafaat wanita agong ini untuk pecintanya.

Dengan banyak dokumen periwayatan hadis telah meriwayatkan daripada Nabi (SAW) bahawa; "Anak perempuan saya bernama Fatimah, kerana Allah melindungi (memisahkan) dia dan pecintanya dari api Neraka."
 
Syed Musa Syabiri Zanjani 
«سیدموسی شبیری زنجانی
جمادی الاخرة ۱۴۴۵»
Jumadil-Akhir 1445

پیام اختصاصی آیت‌الله العظمی شبیری زنجانی به ایکنا

پیام اختصاصی آیت‌الله العظمی شبیری زنجانی به ایکنا

پیام اختصاصی آیت‌الله العظمی شبیری زنجانی به ایکنا

captcha