IQNA

Indeks tafsiran Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam kontemporari;

Definisi agama yang betul

12:15 - January 04, 2024
Berita ID: 3103707
IQNA - Setiausaha Majlis Tertinggi Hauzah Ilmiah Khurasan, Iran, Hujatul Islam Farzanah «حجة الاسلام فرزانه», menunjukkan bahawa definisi agama yang betul adalah salah satu ciri utama tafsiran Al-Quran: Tauhid, Wilayat, Penentangan terhadap kekufuran, Takwa, Amanah, Jihad, dll.

Laporan wartawan IQNA dari bandar Masyhad, Kongres Antarabangsa Pemikiran Al-Quran Ayatullah Agung Khamenei - semoga dipanjangkan naungannya yang mulia - (مدظله العالی) telah diadakan di bahagian timur negara Republik Islam Iran, atas usaha Universiti Antarabangsa Al-Mustafa Khurasan «جامعةالمصطفی(ص) العالمیة خراسان» dan dengan kerjasama pusat Hauzah Ilmiah dan akademik pagi semalam 3 Januari, di wilayah maqam suci Razawi, perpustakaan Pusat yang terletak di Dewan Quds Masyhad, dengan tajuk asas Al-Quran dalam pemikiran politik dan sosial Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Kontemporari, dengan kehadiran tokoh-tokoh Hauzah, akademik dan universiti serta pegawai wilayah maqam suci Razawi Khurasan.

Hujjatul-Islam wal-Muslimin Farzanah, salah seorang peserta kumpulan tafsir Pemimpin Tertinggi dan setiausaha Majlis Tertinggi Hauzah Khurasan, memberi ucapan dalam majlis perasmian kongres ini mengenai topik "inovasi tafsiran Pemimpin Tertinggi".

Beliau berkata: Ayatullah Khamenei (HF) pada tahun 1977 di Masjid Quba «قبا» di Tehran, dalam satu pertemuan yang diadakan dengan kehadiran tokoh-tokoh terkemuka seperti Syahid Mutahari «شهید مطهری», Syahid Mufatih «شهید مفتح» dll, beliau mentafsirkan Surah Saf «سوره صف» dengan sangat indah dan sangat baik diterima oleh pendengar yang hadir dan Syahid Mutahari menggelar beliau (HF) sebagai ahli tafsir Al-Quran.

Hujatul-Islam Wal-Muslimin Farzanah, merujuk kepada fakta bahawa Ayatullah Khamenei (HF) sedang memberikan tafsiran dalam keadaan yang sangat rumit dan sensitif serta sesak nafas yang teruk yang berlaku dalam masyarakat pada masa itu, berkata: Pemimpin Tertinggi percaya bahawa seseorang boleh memberikan tafsiran Al-Quran yang mempunyai pengetahuan tentang budaya Al-Quran dan memahami pandangan Al-Quran tentang manusia, dunia dan pencipta alam.

Beliau berkata: Pada masa Pemimpin Agung Revolusi Islam mengajar Al-Quran, umat beragama pada masa itu mempunyai dua tafsir dan dua konsep yang saling bercanggah, pada masa itu Imam Allahyarham Khumaini (ra) menyatakan; Raja (Pahlavi) sebagai Pengkhianat bangsa (tafsiran minoriti). Tafsiran lain mengatakan dia (Pahlavi) adalah Syiah (tafsiran majoriti), dalam perkara ini; bahawa tafsiran yang betul adalah dalam minoriti dan tafsiran yang salah dalam majoriti, sehingga Imam Khumaini (ra) mengatakan raja itu pengkhianat.

Hujjatul-Islam Wal-Muslimin Farzanah menyatakan: Pada ketika itu, Pemimpin Agung Revolusi memberikan definisi yang betul tentang tujuan dan misi agama, dunia dan religiusitas, dan beliau (HF) percaya bahawa tujuan dan misi agama adalah mencipta persekitaran yang sesuai untuk badan dan jiwa manusia, yang dengan melalui itu mencapaikan manusia pada kesempurnaan yang sebenarnya.

Setiausaha majlis Hauzah Ilmiah Khurasan mendapati definisi misi agama yang betul ini apabila sesuai dengan misi para nabi ilahi dan berkata: Matlamat pertama para nabi adalah untuk menyediakan asas pertumbuhan dan kesempurnaan manusia.

Beliau menambah: Pemimpin Tertinggi juga menganggap agama sebagai keseluruhan kehidupan manusia dan masyarakat, dan dalam definisi orang beragama «متدین mutadayyin -pemeluk agama- muslim, kristiani dll», beliau juga percaya bahawa seseorang itu harus melakukan aktiviti keagamaan sebaik mungkin yang boleh ia buat dan kemampuan ini boleh berkembang dan kuat.

Setiausaha Majlis Tertinggi Hauzah Ilmiah Khurasan menyatakan: Dalam tafsir Al-Quran Pemimpin Tertinggi, beberapa kalimah Al-Quran seperti tauhid, wilayat, takwa, amanah, penentangan/Muqawamah, jihad, sabar, ujian, bencana dan sebagainya telah ditafsirkan dengan baik.

Hujjatul-Islam Wal-Muslimin Farzanah menganggap tafsiran Al-Quran Ayatullah Khamenei (HF) sebagai kuat dan tidak dapat disangkal dan berkata: Gaya tempur dijelaskan dengan baik dalam tafsiran ini, dan pelajar muda pada masa itu menyambut sesi tafsirannya dengan penuh semangat.

Hujjatul-Islam wal-Muslimin Farzanah, pada akhir tafsir Al-Quran, menganggap kedudukan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam sebagai cermin yang dapat melihat dan memahami keadaan dan situasi masyarakat pada zaman itu.

4191628

captcha