IQNA

Syed Hassan Nasrallah:

Rejim Zionis dalam belenggu tenggelam dan petaka teruk.

0:04 - January 16, 2024
Berita ID: 3103765
IQNA - Menurut Hizbullah di Lubnan, satu kenyataan: bahawa rejim Zionis, setelah 100 hari membakar perang Badai al-Aqsa di Gaza, kita menyaksikan rejim Zionis dalam belenggu tenggelam dan petaka tampa hasil, berdasarkan pengakuan analis rejim ini sendiri berada dalam kesusahan umum, terdapat banyak kerosakan dan tiada gambaran capai kejayaanpun.

Rejim Zionis dalam belenggu tenggelam dan petaka teruk.Laporan IQNA, memetik Al-Manar «المنار»; Syed Hassan Nasrallah, dari Hizbullah Lubnan sempena majlis ke7 hari kesyahidan Syahid Wissam al-Taweel «شهید وسام الطویل», salah seorang ketua batalion Hizbullah Lubnan, memulai ucapan; Keluarga banyak dari paksi pertahanan; tiga syuhada bahkan lebih banyak lagi akan mengirim untuk kesiapan kesyahidan di jalan penentangan terhadap rejim Zionis di garis paling depan.

Setiausaha Agung Hizbullah mengumumkan untuk menyiapkan kesatuan yang kekal perlu kerjasama; “Syahid Wissam al-Taweel sejak berlaku pencerobohan rejim Zionis ke Gaza, beliau adalah salah seorang penentang utama di medan tempur selatan Lubnan yang sebaris dengan sempadan Palestin yang dicerobohi oleh rejim Zionis.

Syed Hassan Nasrallah dengan merujuk kepada kebertahanan dan kepahlawanan rakyat Gaza yang tiada bandingannya dalam tempoh 100 hari berlalu berdepan langsung dengan tentera rejim zionis berkata; Rakyat Gaza dengan cara inovasi dan belum pernah terjadi dihadapan pencerobohan rejim Zionis mereka bertahan, dan tampa adanya sokongan media zionis, media Palestin sendiri telah  mendedahkan wajah asli Zionisme dan memainkan peran yang cukup untuk menyampaikan sejarah perjuangan para pejuang Palestin.

Pertuduhan atas kejahatan Zionis di Mahkamah Hague tidak pernah berlaku sebelum ini

Nasrallah menambah: Jumlah kematian penjajah Zionis di perang Gaza, Tebing Barat dan Lubnan, bersama dengan kerugian ekonomi dan kos pemindahan peneroka Zionis di dalam wilayah yang diduduki, semakin meningkat dari hari ke hari.

Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan menambah: Rejim pendudukan Zionis diheret ke Mahkamah Hague dan dituduh di hadapan pendapat umum dunia tidak pernah berlaku sebelum ini dan telah menyebabkan ketegangan dalam rejim ini.

Rakyat Amerika akan menyedari kesilapan mereka tentang Yaman
Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan berkata: "Amerika, sambil menyeru agar perang tidak diperluaskan, menjadikannya lebih luas dan jika mereka percaya bahawa Yaman akan berundur dari kedudukannya selepas pencerobohan Amerika-British, mereka sangat salah."

Beliau menegaskan bahawa pencerobohan Amerika ke atas Yaman akan membawa kepada serangan berterusan ke atas kapal-kapal rejim Zionis atau kapal-kapal yang disiapkan untuk wilayah yang diduduki dan merosakkan pelayaran di Laut Merah, dan akan menjadikan wilayah ini sebagai medan pertempuran, yang sememangnya merupakan medan perang yang dibuka oleh perbuatan bodoh Amerika dan sekutunya.

Penyembunyian Zionis tentang serangan paksi penentangan
Beliau seterusnya berkata bahawa serangan paksi pertahanan Islam Iraq ke atas satu titik di Haifa, yang dilakukan menggunakan peluru berpandu jelajah, adalah tindakan yang betul, dan rejim Zionis dengan tegas enggan mengeluarkan maklumat mengenai serangan peluru berpandu ini ke atas Haifa, dan tahap penyembunyian ini dapat difahami daripada kekurangan pengiktirafan bahawa pangkalan tentera Miron menjadi sasaran peluru berpandu pertahanan Lubnan.

Pemimpin pertahanan Lubnan terus berkata: Rejim Zionis menutup jumlah yang mati dan cedera mereka, kerugian dan kegagalan kewangannya, kerana menurut media Zionis, mendedahkannya akan membawa kepada rasa putus asa yang besar di kalangan Zionis.

Kami mengalu-alukan ancaman Amerika
Setiausaha Agung Hizbullah menyatakan bahawa Amerika telah mengancam Lubnan, jika perang di kawasan selatan dengan penjajah tidak berhenti, Israel akan memulakan perang terhadap Lubnan. 

Tetapi kami memberitahu mereka: Ancaman anda tidak akan mendapat apa-apa hasil, bukan hari ini, bukan esok, bukan pada bila-bila masa.

4193913

captcha