IQNA

Surah-surah Al-Quran/5

Surah Al-Maaidah; Penekanan kepada kesetiaan terhadap akad dan janji

14:09 - January 24, 2024
Berita ID: 3103805
IQNA - Tujuan utama surah ialah menyeru supaya menepati janji, berpegang teguh pada akad dan janji, dan memberi amaran agar tidak memungkirinya; Isu Wali dan wilayat kepimpinan umat Islam pengganti Nabi Islam (SAW) dibangkitkan dalam bab ini.

Surah al-Maaidah «سوره المائدة» diturunkan di "Madinah" dan mempunyai 120 ayat. Surah ini adalah surah terakhir dari surah-surah panjang Al-Quran yang diturunkan di akhir hayat Rasulullah (SAW).

Kandungan surah
Surah ini mengandungi rangkaian ajaran dan akidah Islam serta peraturan dan kewajipan agama. 

Pada bahagian pertama, isu Wali amri muslimin dan kepimpinan selepas Nabi (SAW), dan isu triniti Kristian, dan sebahagian daripada isu yang berkaitan dengan hari kebangkitan - kiamat dan pertanyaan kembali tugas tabligh risalah Ilahi para nabi oleh Allah SWT.

Dalam bahagian kedua, isu menjaga perjanjian, keadilan sosial, menyaksikan keadilan dan larangan membunuh diri (dan sejajar dengan kisah anak Adam dan pembunuhan Habil oleh Qabil), serta penjelasan jenis halal dari makanan dan yang diharamkan serta menjelaskan bahagian hukum wuduk dan tayammum.

Sebab Nama surah dengan "Maaidah" «سوره المائدة» ​​​​kerana ada kisah turunnya Maaidah kepada para sahabat nabi Isa Al-Masih (as) yang disebutkan dalam ayat 114 Surah ini.

قَالَ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةًۭ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًۭا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةًۭ مِّنكَ ۖ وَٱرْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ ١١٤
"Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki". (Qs, Al-Maaidah 5:114).

Tujuan surah
Jika kita perhatikan ayat-ayat surah ini, ayat pertama, akhir dan pertengahan, kita akan dapati bahawa tujuan keseluruhan surah ini adalah untuk menyeru supaya menepati janji, berpegang teguh pada janji, mengancam dan memperingatkan agar tidak memungkirinya.

Malah, telah dinyatakan bahawa kebiasaan Allah Yang Maha Pemurah memudahkan tugas hamba-hamba yang bertaqwa dan berlaku  dermawan. 

Dan juga ketegasan Allah terhadap orang yang melanggar perjanjian dengan imamnya, dan memulakan perselisihan dan pencerobohan, dan melanggar batas-batas dan perjanjian yang dibuat dalam agama berdasarkan perintah dan ketetapan Allah SWT.

Dalam surah ini telah menceritakan kisah orang-orang yang melanggar perjanjian seperti pelanggaran Bani Israil dan pelanggaran perjanjian mereka disebutkan dalam surah ini. 

Juga, dalam surah ini, menyebutkan bahawa Allah SWT telah memberkati manusia dengan nikmatNya yang sempurna dan telah menyempurnakan agama mereka dan telah meredhai Islam sebagai Agama bagi manusia, dengan adanya wali amri muslimin yang Allah perintahkan NabiNya untuk mengambil perjanjian dan baiat umat pada masa ayat ini diturunkan berkenaan dengan peristiwa Ghadir Khum.

Ayat-ayat surah ini juga menetapkan bagi mereka yang baik dan yang buruk, dan menetapkan hukum dan perintah yang menjadi punca kesucian mereka, dan pada masa yang sama, ia sukar tetapi  ia telah diperkirakan mampu dibuat.

Keutamaan Surah
Dalam Surah Maaidah telah dijelaskan masalah kewalian dan pengenalan terhadap pengganti Nabi Muhammad (SAW) selepas kewafatannya, oleh itu orang-orang kafir berputus asa dari pada mengganggu agama Islam, maka sesiapa yang membaca surah ini dan mengikuti Imam Ali bin Abi Thalib (as), maka sesungguhnya ia telah mengecewakan orang-orang kafir dan Allah SWT mengukuhkan Iman dan ganjaran pahala kerana menjadi pengikut Imam suci yang telah diwajibkan oleh Allah untuk menjaga kemurnian AgamaNya.

tanda nama: Surah-surah Al-Quran
captcha