Tafsiran Al-Quran tentang ketertiban dan aturan boleh dibahagikan kepada dua bahagian: formatif / takwini «تکوینی» - keberaturan penciptaan alam semesta dan ketertiban perundangan / tasyri'i - aturan Syariah - Agama Islam «تشریعی - شریعة».
Dalam menjelaskan susunan dan keberaturan penciptaan, Al-Quran menunjuk kepada beberapa bahagian susunan yang mengawal dunia penciptaan dan memerintahkan orang ramai untuk memikirkannya mengenal dan memahami perekanya yang hebat/Penciptanya yang Maha segala-gala; Sebagai contoh, ia merujuk kepada susunan yang tepat di langit, termasuk pergerakan planet-planet dalam orbit tertentu, yang tidak berlanggar antara satu sama lain selama berjuta-juta tahun:
لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing". (Qs.Yaa Siin 36:40).
Dalam penciptaan langit juga terdapat susunan yang tepat dan menakjubkan:
أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا
"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat". (Qs, Nuh 71:15).
Perkataan "tibaq" «طِبَاقً» bermaksud "ciptaan yang teratur dan harmoni". Ungkapan "keberaturan yang rumit dan halus" «نظم ظریف» - "Sistematik" yang mula digunakan pada akhir abad ke-20, sebenarnya memaparkan kebenaran yang sama yang terdapat dalam ayat-ayat Al-Quran tersebut, bahawa alam semesta mempunyai reka bentuk dan susunan yang luar biasa dalam semua butirannya dengan cara yang ideal dan selesa untuk kehidupan manusia.
Sudah tentu, Al-Quran hanya menyebut bahagian-bahagian keberaturan yang besar, kerana ini yang boleh difahami dan diakses oleh manusia; Dari turunnya hujan dan tumbuhnya tumbuh-tumbuhan hingga ketinggian langit, menjulangnya gunung-ganang, luasnya daratan dan lautan, dan segala keajaiban penciptaan makhluk dan segala yang dekat dengan manusia, Al-Quran mencontohkannya sistem ini untuk membimbing manusia mengenali pembuat sistem ini:
أَفَلَا يَنْظُرُونَ إِلَی الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ * وَإِلَی السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ * وَإِلَی الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ * وَإِلَی الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ
"(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? - Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.? - Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? - Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?". (Qs, Al-Ghaasyiyah 88: 17 - 20).
Hakikatnya adalah bahawa susunan dan perhitungan yang tepat ini telah dizahirkan dalam segala-galanya bersama dengan kebijaksanaan Ilahi.
Makhluk dunia telah melangkah ke alam kewujudan berdasarkan matlamat tertentu, dan setiap fenomena mempunyai misi dan tugas khusus:
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)". (Qs, Al-Qamar 54:49).
Pada hakikatnya Al-Quran telah melukis halaman yang menakjubkan juga membingungkan (menghairankan), di mana semua bahagiannya, kecil dan besar, telah diletakkan di tempat yang baik dan telah memaparkan rancangan Tuhan yang maha esa, bijaksana dan berkuasa untuk setiap orang berfikir.