IQNA

Perkataan "syahid" dalam Al-Quran

14:32 - May 25, 2024
Berita ID: 3104470
IQNA - Dalam Al-Quran, perkataan "syahid" «شهید» dan "syuhada"«شهداء» disebut sebanyak 55 kali, semuanya dalam erti "bersaksi", "bukti/dalil", "hadir" dan "sedar", dan hanya dalam satu keadaan ia disebut dalam erti "orang yang terbunuh di jalan Allah".

Perkataan "syahid"«شهید» dalam Al-Quran mempunyai makna yang berbeza; "Syahid" dalam erti kata adalah "seseorang yang pengetahuannya tidak ada yang tersembunyi". Adalah wajar bahawa hanya Tuhan yang mempunyai ciri-ciri sedemikian, dan oleh sebab itu, ia telah diterangkan dalam banyak ayat bahawa "Syahid" sebagai sifat ketuhanan: 

يَـٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَـٰبِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ وَٱللَّهُ شَهِيدٌ عَلَىٰ مَا تَعْمَلُونَ ٩٨
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?". (Qs, A-li'Imraan 3:98).

Pada peringkat-peringkat berikutnya, para nabi juga berkedudukan sebagai "Syahid": 

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَـٰكُمْ أُمَّةًۭ وَسَطًۭا لِّتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًۭا ۗ  ١٤٣
"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi "Syahid" - orang yang memberi keterangan/kesaksian kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan/penyaksi perbuatan kamu". (Qs, Al-Baqarah 2:143).

Para malaikat juga menjadi saksi: 

وَ جَاءَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَعَهَا سَائِقٌ وَ شَهِيدٌ
"Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi". (Qs, Qaaf 50:21).

"Syahid" juga kadang-kadang bermaksud "saksi transaksi", contohnya, Al-Quran merujuk kepada saksi dalam urus niaga dengan gelaran "Syahid": 

 وَأَشْهِدُوٓا۟ إِذَا تَبَايَعْتُمْ ۚ وَلَا يُضَآرَّ كَاتِبٌۭ وَلَا شَهِيدٌۭ ۚ
"Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan". (Qs, Al-Baqarah 2:282)

Kadang-kadang "Syahid" mempunyai makna "penyaksian yang hadir di tempat" «حاضر»: 

 فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
"Sesiapa dari antara kamu yang "hadir (tidak bermusafir) menyaksikan" anak bulan Ramadhan, maka hendaklah ia berpuasa bulan itu". (Qs, Al-Baqarah 2:185).

Dan adakalanya ia datang dengan maksud "dalil dan petunjuk serta ayat"

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَـٰكُمْ أُمَّةًۭ وَسَطًۭا لِّتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ
"Dan demikianlah Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan (sebagai dalil dan ayat/ tanda-tanda kekuasaan Allah) kepada umat manusia". (Qs, Al-Baqarah 2:143).

Secara keseluruhan, perkataan "syahid" dan "syuhada"«شهید» و «شهداء»  disebut sebanyak 55 kali dalam ayat-ayat suci Al-Quran, kecuali satu kes, bermaksud: "Mereka yang terbunuh di jalan Allah" semuanya bermaksud saksi, bukti/dalil/hujat, hadir dan sedar.

Ia hanya digunakan dalam ayat;

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)". (Qs, An-Nisaa' 4:69).

Sememangnya semasa hayat Nabi (SAW) dan selepas itu, gelaran "syahid" banyak digunakan bagi mereka yang terbunuh di jalan Allah, mungkin sebab orang yang terbunuh di jalan Allah digelar sebagai "syahid" kerana dia mengorbankan nyawanya untuk menolong agama Allah, dengan itu ia bersaksi bahawa kebenaran Allah dan perintahnya ia rela mengorbankan nyawanya untuk mendapati pahala yang telah dijanjikanNya dan adalah ia termasuk orang-orang yang bersaksi kepada orang lain di akhirat nanti  di hadapan Tuhan: 

شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَأُو۟لُوا۟ ٱلْعِلْمِ قَآئِمًۢا بِٱلْقِسْطِ ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ ١٨
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Qs, A-li'Imraan 3:18).

captcha