IQNA

Analisis; Sempena Haul Imam Khumaini (ra);

Imam Khumaini (ra) Pelopor Perpaduan dan Penentangan

12:52 - June 13, 2024
Berita ID: 3104588
IQNA - Banyak sifat-sifat yang dimiliki oleh Imam Khumaini (QSZ) bersama Kepemimpinan Republik Islam yang dibangunnya, yang mencerminkan beliau sebagai Pelopor Persatuan dan Muqawamah Kemanusiaan di era kontemporari.

Ucapan salam takziah untuk semua umat Islam, bahkan ucapan takziah untuk bangsa-bangsa bebas kemanusiaan kontemporari, dengan kembalinya memperingati pahlawan kemanusiaan kontemporari dalam haul hadhrat Imam Khumaini Allahyarham pada tanggal  3 Jun yang lalu, kajian ini telah dimuat naik pada acara webinar yang dihostkan oleh Majma' Taqrib Mazahib Islamiah «مجمع تقریب مذاهب اسلامیه» Republik Islam Iran, oleh itu analisis menggunakan kesempatan yang baik ini untuk berkongsi maklumat kembali mengenai hari yang bersejarah ini, 35 tahun fawat Imam Revolusioner yang telah direkamkan oleh peristiwa kemenangan revolusi Islam Iran yang nama Imam Khumaini (ra) tidak terpisah darinya, Hadhrat Syed Ruhullah al-Musawi al-Khumaini «الحضرة السید روح الله الموسوی الخمینی» yang juga dikenal sebagai Pelanjut pembawa bendera persatuan dan pertahanan umat Islam atau muqawamah Islamiah di era kontemporari abad ke 20 hingga hari ini, oleh itu topik yang dibahas pada peringatan haul Imam yang dihostkan oleh Majma' taqrib Mazahib Islamiah tahun ini, adalah “Imam Khumaini sebagai Pembawa Bendera Persatuan dan pertahanan Islam”, «الامام الاخمینی ره  رائد الوحده و المقاومه» “Imam Khumaini adalah Pelopor Perpaduan dan Penentangan”, penentangan terhadap hegemoni keangkuhan Zionisme global.

Tentunya keberkahan perjuangan Imam Khumaini (Qudisa sirruhu zakiah/QSZ) salah satunya adalah ditandai oleh kemenangan Revolusi Islam bangsa Iran yang menjadi platform atau landasan persemaian usaha perjuangan kepemimpinannya yang komprehensif sehingga terbentuk satu kekuatan baru di Asia Barat bahkan sedang meluas berpengaruh hingga ke Eropah dan seluruh dunia, selama lebih kurang empat dekad setelah kemenangan Revolusi Islam akhir-akhir abad 20-an tepatnya tahun 1979M telah mencapai kemajuannya dan hingga kini abad ke 21, dunia menyaksikan kemajuan teknologi pertahanan Republik Islam Iran yang juga memiliki kemajuan dalam bidang-bidang penting lainya seperti bidang kedokteran dan Pelbagai bidang perindustrian lain, Republik Islam Iran telah mampu mencipta alat-alat yang hanya dicapai oleh segelintir negara, terutama negara-negara yang menganggap diri besar atau super power, walau teknologi yang mereka cipta itu hanya untuk komersial dan mencipta hegemoni atas negara-negara lain, yang mereka sebut negara dunia ke dua dan ke tiga, yang menjadi sasaran politik hegemoni Amerika dan sekutunya.

Kemajuan teknologi kuasa hegemoni ini, tentu dari segi kemanusiaan tidak layak dianggap besar dan mulia seperti yang dicapai oleh negara RepubliK Islam Iran dan tidak dapat disebut sebagai kemajuan yang sebenarnya secara kehormatan moral kemanusiaan dan berperadaban, kerana selama ini elit negarawan Amerika dan sekutu Eropah Baratnya telah salah menggunakan alat-alat teknologi yang hanya banyak digunakan untuk menghancurkan kemuliaan manusia dan peradaban logika kemanusiaan, mereka telah banyak membuat kerosakan, mencipta suasana tidak aman terutama bagi wanita dan kanak-kanak serta kalangan muda belia, membunuh umat manusia, membunuh moral manusia, membunuh akhlak kerohanian, perasaan kemanusiaan, membunuh rasa perihatin dan rasa empati manusia moden, membunuh rasa malu kaum Wanita, membunuh rasa tanggungjawab kaum lelaki, membunuh jiwa keagamaan, membunuh iman dan akhirnya kebanyakan manusia di masa ini dibentuknya seperti robot yang tidak punya perasaan kemanusiaan atau seperti konspirasi yang mereka cipta merubah watak manusia menjadi zombi (makhluk mayat yang tidak berfikir dan berperasaan hanya menunggu kontrol) khususnya untuk kepala-kepala negara atau negarawan dan kerajaan di kawasan muslimin, menjalani hegemoni yang sedang dilancarkan oleh kemajuan teknologi Amerika zionis dan elit politik dunia kapitalis sekular liberal Barat.

Bahkan pembunuhan fisik, kumpulan etnik suatu bangsa atau genosid banyak tempat di dunia ini, di Iraq, di Syria, di Afghanistan, di Ruwanda, di Myanmar, di India, di Bosnia, di Palestin di mana-mana negara dan tempat pelancaran peperangan dan wabah di dunia ini kebanyakan di sana Amerika dan sekutu Eropahnya menggunakan dan menjual teknologi senjata berat dan biologi atau menyokongnya untuk menghancurkan dan memusnahkan kehidupan manusia dan lingkungan alam, khususnya bangsa yang dianggapnya tidak memberi manfaat untuknya, artinya bangsa yang melawan kebijakan zalim dan imperial mereka, dan penentangan ini tentu berlaku untuk umat Islam yang memiliki Pendidikan agama; yang tidak boleh membiarkan pelaku zalim untuk sesuka hati mereka melakukan kezaliman kepada sesama manusia bahkan terhadap haiwan sekalipun atau membuat kerosakan lingkungan alam, oleh itu Allah SWT, sudah menyinggung keadaan kerosakan ini dalam firmanNya;

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ 
“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab kelakuan tangan manusia”. (Qs, Ar-Ruum 30:41).

Tetapi sebaliknya barisan Revolusi Islam Iran yang dipimpin oleh Imam Khumaini dan dilanjutkan oleh kepemimpinan Syed Ali Khameni (HF), hegemoni kuasa negara-negara berteknologi maju Barat atau Amerika dan sekutu Zionis Eropahnya ini, perlahan-lahan telah dikendorkan atau pada sebahagian tempat dipecahkan dan disingkirkan oleh sumbu api semangat kebangkitan umat Islam yang berbaris seperti satu bangunan kuat yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai “Bunyanun Marsus”, dalam surat as-Saf ayat 4 Allah SWT berfirman;

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

Kesimpulan dari pembahasan topik “Imam Khumaini sebagai pembawa bendera Persatuan dan pertahanan Islam” atau  “Imam Khumaini adalah pelopor perpaduan dan muqawamah/penentangan atas hegemoni Zionis global atas bangsa-bangsa dan tanah air negara-negara di dunia”;

Dengan ciri-ciri berikut;
1.    Revolusi Islam Imam Khumaini memiliki esensi kebangkitan umat Islam dan kemanusiaan dunia, tidak pandang mazhab atau aliran politik Barat dan Timur, dengan slogan terkenalnya; "Tidak Barat, tidak Timur tetapi Islam” –Jumhuriah Islamiah «نه شرقی، نه غربی، جمهوری اسلامی» bhs.Farsi - Nah Syarqi Nah Gharbi, Jumhuri Islami! 

2.    Imam Khumaini setelah berhasil memerdekakan bangsa Iran dari hegemoni Barat dan Timur yang ditandai oleh kemenangan revolusi Islamnya dan mendirikan Negara Republik Islam, terus melangsungkan perjuangan penentangan terhadap rejim Zionis yang menjajah bangsa Palestin, di sana jika dilihat dari segi mazhab bangsa Palestin adalah kebanyakan Ahli Sunnah dan mazhab-mazhab lain yang berbeza sedang bangsa Iran kebanyakan bermazhab Islam Syiah, jadi Imam Khumaini (ra) sama sekali tidak memandang umat Islam secara bermazhab-mazhab, tetapi memandang mereka sebagai satu kesatuan umat Islam, demikian hingga sekarang diteruskan oleh penggantinya syed Ali Khamenei (HF) dalam platform negara Republik Islam adalah sebagai Pelopor Persatuan umat Islam, bahkan penyokong kebangkitan umat bebas kemanusiaan melawan kuasa jahat Amerika, Zionis dan sekutu Barat dan Timurnya.

3.    Slogan-slogan yang mencerminkan Kembali kepada prinsip asli Islam seperti menghidupkan ayat-ayat yang mengajak kepada persatuan dan jihad menentang keangkuhan global sering didengar sepanjang perjuangan revolusi Islam Imam Khumaini (QSZ); Ayat-ayat seperti:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai". (Qs, A-li'Imraan 3:103).

Sehingga dalam mengukuhkan sloga persatuan umah ini; Republik Islam Iran yang dibangun oleh Imam Khumaini telah mendirikan dan membentuk pelbagai kerja sama antarabangsa muslimin seperti Majma' taqrib bainul mazahib, menganjurkan pertemuan dan konferensi ulama-ulama dunia Islam Sunni, Syiah dan lain-lain Agama dan Mazhab serta pelbagai program dan acara yang melibatkan perkumpulan dan bidang-bidang yang berbeza antara bangsa umat Islam, bahkan antara negara dan bangsa-bangsa bebas yang sedar untuk menentangi hegemoni emperialisme elit politik Amerika atau blok Barat pro Zionisme, diajak atau Republik Islam Iran siap bergabung kerja sama, sebagai barisan penentangan sama ada penentangan terhadap hegemoni keamanan atau ekonomi dunia oleh Amerika dan sekutunya selama ini, seperti kerja sama ekonomi BRICS dan Kerjasama keamanan Shanghai, yang tidak ada Amerika, Israel dan Eropah Barat di dalamnya.

Dan banyak lagi sifat-sifat yang dimiliki oleh Imam Khumaini (QSZ) bersama Kepemimpinan Republik Islam yang dibangunnya, yang mencerminkan beliau sebagai Pelopor Persatuan dan Muqawamah Kemanusiaan di era kontemporari ini. 

*Siri Kebangkitan jihad membela orang tertindas - kajian Sekhah Ali al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.

tanda nama: Imam Khumaini ra Haul
captcha