IQNA

Sambutan Hari Raya Ghadir selama tiga hari di Makam Imam Husain (as)

15:00 - June 23, 2024
Berita ID: 3104644
IQNA - Sekretariat Makam suci Imam Husain (as) mengumumkan selesainya persiapan menyambut Hari Raya Aidil-Ghadir untuk tiga hari di makam Husaini.

Laporan IQNA, memetik dari laman berita wilayah Muqaddas Imam Husain (as), Ali Kazem Sultan «علی کاظم سلطان», ketua ibu pejabat pusat perayaan dan majlis-majlis Ahlulbait (as) di wilayah Muqaddas Husaini (as) berkata: Pada sempena menjelangnya Hari Raya Ghadir Khum, sekretariat Makam suci Imam Husain (as) akan mengadakan upacara perayaan selama tiga hari, yang akan bermula esok, Isnin, 24 Julai bersamaan dengan 17 Dzulhijjah. 

Beliau menambah: Sambutan ini termasuk lawatan pegawai dari beberapa institusi kerajaan untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada wilayah Husaini, mengibarkan bendera Ghadir pada malam Ghadir, mengadakan malam syair dan melaksanakan program Tawasyih di makam suci.

Pegawai kebudayaan makam suci Imam Husain (as) ini berkata: Perayaan ini juga termasuk upacara tamat pengajian khutbah Husain dan mengadakan perayaan di beberapa wilayah di luar Karbala dan pengagihan hadiah kepada mereka yang terpilih.

Perlu disebutkan bahawa halaman dan serambi makam suci Imam Husain (as) ditutup dengan kain hijau sempena sambut "Eid Ghadir - Eidullahil Akbar"«عید غدیر، عید الله اکبر».

 

*Tarikh 18 Dzulhijjah tepatnya dalam sejarah kepimpinan Umat Islam sebagai hari pertambalan keimamahan Amirul mukminin hazrat Imam Ali bin Abi Thalib (as) tahun ke 10 hijriah di wadi Ghadir Khum antara kota Mekah dan Madinah, yang dibuat oleh Baginda Rasulullah (SAW) atas perintah Allah SWT, selepas menunaikan Haji dengan turunnya wahyu ayat 67 surah al-Maidah kepada Rasulullah (SAW);

 يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ ۖ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ ۚ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
"Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir". (Qs, Al-Maaidah 5:67).

Setelah selesai pelaksanaan pertambalan maka turun ayat kesempurnaan agama Islam yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah (SAW) dengan turunnya wahyu terakhir; 

 ۗ ٱلْيَوْمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَٱخْشَوْنِ ۚ ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَـٰمَ دِينًۭا ۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍۢ لِّإِثْمٍۢ ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣
"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya dan pertambalan Kepimpinan lanjutan). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Qs, Al-Maaidah 5:3). 

4222839

tanda nama: Perayaan Ghadir
captcha