Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat Pejabat Pemimpin Tertinggi; Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam pagi semalam 18 Dzulhijjah 1445H semasa Eid al-Ghadir, dalam pertemuan dengan ribuan warga negaranya, menganggap fakta Ghadir sebagai asas untuk penerusan pemerintahan Islam dan penerusan cara hidup Islam, dan merujuk kepada beberapa keutamaan Amir al-Muminin Ali bin Abi Thalib (as) menekankan: Bahawa demokrasi dan kepentingan kehadiran setiap warga negara dalam konsep sistem pemerintahan Islam kami percaya kepada pengaruh kehadiran individu rakyat dalam penentuan nasib negara, perkara ini kami telah pelajari dari yang diajarkan oleh Wali kami Amir al-Muminin Ali (as).
Merujuk kepada pilihan raya yang sangat penting pada hari Jumaat nanti, Ayatollah Khamenei menyebut penyertaan maksimum rakyat dan pemilihan calon presiden yang terbaik/Paling soleh «اصلح» - Aslah sebagai alasan untuk kebanggaan negara Republik Islam, dan dengan menjelaskan ciri-ciri calon Aslah, beliau memanggil rakyat negara untuk menghadiri bilik mengundi dan menekankan: setiap orang Iran adalah kuat dan bangga, dan setiap orang yang percaya dalam menyokong sistem harus mengambil bahagian dalam pilihan raya ini.
Pemimpin Revolusi mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Iran dan umat Islam sedunia pada Eidul-Akbar dan menggelar perayaan Eid al-Ghadir yang dibuat di jalan-jalan awam sebagai inisiatif yang sangat baik dan keputusasaan orang-orang kafir untuk mengalahkan Islam adalah tafsiran Al-Quran yang sangat menonjol tentang isu hari raya Edul Ghadir sebagai memperingati kejadian agung sejara Islam yang menentukan dalam pengisytiharan khilafah kenabian untuk masa kelanjutan sepeninggal Nabi (SAW).
Beliau (HF) menganggap penerusan pemerintahan politik Islam berdasarkan perintah Allah untuk mengumumkan pengganti dan Keimamahan pemimpin orang-orang yang beriman selepas baginda Rasulullah (SAW) sebagai sebab keputus asaan orang-orang kafir kerana peluang penerusan Pemerintahan dan politik Islam, yang dimanifestasikan oleh imamah, adalah kesinambungan semangat Islam.
Pemimpin revolusi menyebut kedudukan imamah sebagai salah satu tugas terpenting nabi ilahi dan lebih tinggi daripada kedudukan misi kerasulan: Dalam misi kerasulan, para nabi menyampaikan perintah ilahi kepada manusia, tetapi dalam kedudukan imamah, nabi menyampaikan perintah ilahi bersamaan dengan penerusan ditanam dalam hati, fikiran, tindakan dan berusaha ianya memberi fungsi kepada orang ramai secara nyata dalam kehidupan.
Hazrat Ayatollah Khamenei menyenaraikan kesinambungan pemerintahan Islam dalam penerangan Imamah dan Wilayat sebagai sebab kesinambungan model kehidupan Islam dan berkata: matlamat perjuangan 250 tahun para Imam suci Ahlulbayt (as), yang juga diikuti oleh beberapa pengikut mereka (as) kemudiannya diteruskan pada zaman sekarang dengan usaha Imam Khumaini (ra) rakyat Iran berhasil mendirikan pemerintahan Islam yang membawa kepada perluasan kehidupan Islam dalam masyarakat.
Dalam menjelaskan garis utama cara hidup Islam, beliau menyebut "Keadilan", "Bertegas atas orang-orang kafir"«اشداء علی الکفار»،, "Saling belas kasihan antara orang-orang Islam"«رحماء بینهم», "Memahami penderitaan dan kesusahan rakyat daripada pemerintah masyarakat" dan "Menyokong, ketaatan dan bantuan rakyat kepada kerajaan Islam" dan beliau (HF) menambah: Ghadir adalah asas untuk merealisasikan garis-garis agung kehidupan Islam ini, dan dari sudut pandangan ini, ia boleh menjadi sumber perpaduan bagi semua Islam, dan ia tidak boleh dianggap sebagai titik perbezaan antara Syiah dan Sunni.
Dalam bahagian kedua ucapannya, Pemimpin Revolusi Islam (HF) menekankan dalam menjelaskan keutamaan Maula Ali bin Abi Thalib (as) sebagai pemimpin orang-orang yang beriman pada Tuhan Yang Maha Esa: mata manusia yang penuh kebijaksanaan dan pemikiran yang mendalam pun tidak dapat memahami keindahan rohani dan darjat Maulla Ali (as), dan paling banyak hanya mampu melukis gambaran umum dalam fikirannya, tetapi dengan merujuk kepada Nahjul-Balaghah, yang merupakan salah satu anugerah Allah yang besar dan tidak eksklusif untuk Syiah sahaja, tetapi untuk aemua orang boleh mempelajari asas, kriteria dan kaedah ini daripada Amir Muminin dan berkenalan dengan keutamaannya.
Beliau (HF) menunjukkan semua keutamaan Hazrat Ali (as) yang kesemuannya berkedudukan di bahagian teratas dan mengutip dari Nahjul-Balaghah: "Bahawa Imam Ali memiliki keyakinan penuh, Iman yang jelas dan bebas dari sedikitpun keputusasaan dan keraguan", "Bersikap sensitif dan perihatin terhadap setiap orang dari setiap agama dan aliran", "Berkeadilan", walaupun sifat-sifat ini bagi kita sulit untuk menggambarkan, oleh itu Beliau (HF) menyenaraikan Keutamaan Imam Ali (as); "tidak tertipu oleh kelembutan yang diperlihatkan oleh musuh dan berwaspada sepenuhnya di hadapan musuh" sebagai salah satu kutamaan Imam Ali bin Abi Talib (as) yang paling menonjol.
Ayatollah Khamenei juga menyebut kepercayaan yang mendalam dalam populariti kerajaan dan hak bersama rakyat dan pemerintah antara keutamaan lain Amir al-Muminin Ali (as): "Kami telah mempelajari populariti lengkap sistem demokrasi Islam daripada tuan kami Ali bin Abi Thalib dan ayat-ayat Al-Quran, tetapi ada yang tersilap mengatakan bahawa Republik Islam, belajar demokrasi dari orang Barat.
Imam Ali (as), mementingkan kata-kata dan nasihat orang manakala ilmu dan kebijaksanaan Imam Ali (as) berhubungan dengan sumber ketuhanan dan menekankan kehadiran dan pengaruh individu - bahkan yang paling lemah sekalipun dari mereka - dalam menentukan nasib masyarakat dan negara adalah dua keutamaan lain Imam Ali (as): Nahjul-Balaghah adalah lombong untuk menemui dan memahami pelbagai aspek keperibadian pemimpin orang-orang beriman ini dan sewajarnya orang, terutamanya orang muda, membaca Nahjul-Balaghah dan biasakan diri dengannya dan pelajari pelajaran unik daripadanya.
Dalam bahagian seterusnya ucapan pemimpin revolusi itu bercakap mengenai pilihan raya presiden yang sangat penting dan berkata: Dalam tiga hari mendatang, negara Iran akan menghadapi ujian penting dalam pilihan raya, yang lebih penting daripada sebelumnya.
Beliau menganggap diadakan pilihan raya 40 hari selepas kehilangan dan pengebumian presiden yang baik, merakyat, bekerja tak kenal penat dan berminat sebagai jarang berlaku di dunia dan melahirkan harapan bahawa Tuhan akan memuliakan negara Iran dalam pilihan raya ini.
Ayatollah Khamenei menyebut kejayaan pilihan raya bergantung kepada penyertaan maksimum rakyat dan pilihan raya yang betul dan berkata: sebab untuk mendesak penyertaan yang ketara dalam pilihan raya ialah kesan paling penting daripada penyertaan yang tinggi ialah kejayaan Republik Islam itu sendiri.
Menunjuk kepada penerusan permusuhan para pemusuh terhadap Republik Islam dari saat penubuhannya hingga sekarang, Pemimpin Revolusi itu menyenaraikan pilihan raya dan penyertaan yang tinggi antara faktor untuk mengatasi permusuhan pemusuh dan menambah: presiden dan penyertaan rakyat berada dalam intipati Republik Islam, yang mana pemilihan dan perlantikan ketua negara merupakan manifestasi terpentingnya.
Merujuk kepada fakta bahawa apabila kadar penyertaan dalam pilihan raya rendah, bahasa kritikan musuh terhadap Republik Islam meningkat, beliau menegaskan: Apabila kadar penyertaan dalam pilihan raya tinggi, bahasa pemfitnah menjadi lebih pendek dan mereka tidak boleh menyalahkan dan bersorak, jadi satu lagi sebab untuk mendesak penyertaan pilihan raya presiden yang tinggi adalah untuk tidak menggembirakan musuh.
Ayatollah Khamenei menyeru orang ramai untuk mengambil bahagian dan mengelakkan kemalasan, sikap acuh tak acuh dan meremehkan pilihan raya dan berkata: Pilihan raya bukan sahaja untuk bandar, tetapi di semua kampung dan bahagian negara, rakyat harus mengambil bahagian dalam pilihan raya supaya Republik Islam akan menjadi dimuliakan di dunia.
Pemimpin revolusi dalam menyatakan ciri-ciri Aslah, beliau (HF) berkata: Aslah adalah seseorang yang pertama sekali mempunyai hati dan kepercayaan yang benar terhadap prinsip revolusi dan sistem negara Islam dan dengan cara ini, sama seperti presiden syuhada perkhidmatan, Raisi yang disayangi, Allahyarham benar-benar percaya dan ia adalah benar-benar ketara bahawa dia dengan hati bekerja dalam kehidupan orang yang penuh iman.
Beliau (HF) memanggil kecekapan sebagai ciri penting calon presiden Aslah dan berkata: kecekapan bermakna tidak mengetahui siang dan malam, mencari kerja, mempunyai keupayaan untuk bekerja dan menggunakan elemen dan rakan sekerja yang baik.
Hazrat Ayatollah Khamenei menganggap keupayaan dan keghairahan untuk melakukan kerja bersama-sama dengan kepercayaan yang kukuh dalam prinsip-prinsip revolusi sebagai satu lagi penunjuk orang yang soleh Aslah dan menambah: Orang yang soleh dengan sifat-sifat ini dapat menggunakan semua kapasiti yang pelbagai dan banyak yang dimiliki negara untuk kemajuan.
Beliau (HF) tidak menganggap kerajaan-kerajaan terdahulu sama dalam menggunakan kapasiti negara dan berkata: Kerajaan ke-13 (Raisi) adalah antara kerajaan yang menggunakan kapasiti negara dengan baik, dan jika kerajaan ini berterusan, saya akan memberikan kemungkinan yang tinggi bahawa banyak masalah ekonomi akan diselesaikan.
Dalam menyatakan kapasiti penting negara, pemimpin revolusi berkata: bilangan besar penduduk muda dan berpendidikan, kecerdasan dan bakat semula jadi rakyat Iran, lombong yang besar dan pelbagai, lokasi geografi, sempadan air yang panjang, bilangan jiran yang tinggi, wilayah yang besar, pasaran, 80 juta pasaran domestik, kepelbagaian iklim, rangkaian Rel dan jalan raya, kebolehan teknikal belia dalam perumahan, jalan raya, empangan dan industri, zon perdagangan bebas dan warisan budaya dan tamadun adalah antara kapasiti pentinf yang dimiliki negara Republik Islam Iran.
Beliau (HF) menambah: Orang yang benar-benar berimana di kalangan masyarakat Iran, juga merupakan kapasiti yang sangat penting; Walaupun sebahagian daripada mereka tidak menunjukkan kepatuhan yang betul kepada penampakan zahir Syariah, tetapi mereka ada kepercayaan terhadap Syariah.
Ayatollah Khamenei mengkritik tanggapan beberapa ahli politik negara bahawa tidak dapat dielakkan untuk bergantung kepada kuasa besar di dunia untuk kemajuan dan ilusi bahawa semua laluan untuk kemajuan melalui Amerika, dan berkata: Mereka yang melihat ke arena luar sempadan negara tidak mampu untuk melihat dan mengetahui kapasiti dalaman yang penting dan secara semula jadi ada dalam negara ini oleh itu mereka tidak dapat merancang untuk menggunakannya.
Menegaskan bahawa Republik Islam, dengan rahmat Tuhan, telah maju tanpa bergantungpun kepada orang asing dan walaupun kuasa besar di dunia licik dan menentangi kehendak mulia dan berani rakyat Iran Islami, beliau (HF) berkata: Pada masa hadapan pun, negara Iran tidak akan membenarkan kuasa asing menentukan sejarah bangsa ini.
Pemimpin Revolusi menunjuk kepada ilusi atau salah tafsir sesetengah orang daripada "penekanan pada penggunaan kapasiti domestik" sebagai "memagar seluruh negara dan memutuskan komunikasi dengan dunia", berkata: "Kami sedang mencari komunikasi dengan seluruh dunia dari awal kecuali satu atau dua pengecualian secara kebetulan, dalam kerajaan seperti kerajaan Syahid Raisi, yang berpegang teguh kepada asas, hubungan antarabangsa negara juga diperkukuh dan mencapai kemajuan".
Beliau menyebut menutup mata atau tidak bergantung kepada orang asing sebagai erti keberanian dan kemerdekaan negara dan berkata: Dengan dua komponen ini, negara Iran akan menunjukkan keupayaan, watak dan kekuatannya dan rasa hormatnya akan meningkat di dunia.
Pada akhirnya, Ayatollah Khamenei memberikan dua cadangan penting kepada rakyat dan calon pilihanraya kepresidenan;
Dalam cadangan pertama, merujuk kepada slogan "Iran yang kuat dan bangga", beliau berkata: Iran yang kuat mempunyai ramai peminat; Sudah tentu, kekuatan Iran bukan sahaja berdasarkan kepada memiliki semua jenis peluru berpandu - yang kita ada semua jenis yang berguna dan praktikal - tetapi menjadi kuat juga mempunyai dimensi saintifik, teknikal, ekonomi dan politik, salah satunya adalah kehadirannya dalam arena politik dan ia adalah dalam pilihan raya.
Pemimpin Revolusi itu menekankan: Oleh itu, sesiapa yang berminat dengan Iran yang kuat harus mengambil bahagian dalam pilihan raya, dan sesiapa yang percaya kepada keperluan menyokong Republik Islam Iran harus memberi perhatian tambahan dalam bidang ini.
Dalam nasihat seterusnya kepada calon pilihan raya presiden, beliau meminta mereka berikrar kepada Tuhan bahawa jika mereka mendapat jawatan itu, mereka tidak akan memilih rakan dan ejen mereka daripada mereka yang mempunyai sudut kontra dengan Revolusi Islam sedikitpun.
Hazrat Ayatollah Khamenei menegaskan kepada calon bahawa sesiapa yang mempunyai sudut kontra dengan revolusi, Imam dan sistem Islam tidak akan berguna kepada anda dan tidak akan menjadi rakan kongsi yang baik untuk anda, beliau berkata: Sesiapa yang terikat dengan Amerika dan membayangkan bahawa dia tidak boleh berjalan tanpa bantuan Amerika dia mengambil inisiatif dan juga seorang yang mengabaikan strategi agama dan Syariah bukanlah rakan sekerja dan pengurus yang baik. Oleh itu, pilihlah rakan sekerja yang beragama, bersyariah, revolusi dan kepercayaan penuh terhadap sistem Islam.
Beliau (HF) menambah: Jika anda bekerja dan mengambil bahagian dalam pilihan raya dengan niat murni dan perjanjian dengan Tuhan Yang Maha Kuasa seperti ini, semua tindakan anda akan menjadi baik di hadapan Tuhan dan akan mendapat ganjaran - Pahala.
4223089