IQNA

Analisis; Pepatah Melayu;

Bangsa besar menghargai Pahlawannya + klip

16:38 - June 27, 2024
Berita ID: 3104663
IQNA - Setiap bangsa ada ciri-ciri tersendiri, pandangan ini rasional dalam realitinya, tetapi kebangsaan bukan perkara asas penilaian kredibiliti kemanusiaan, kerana ia hanya sifat keragaman seperti halnya kepelbagaian jenis dan bentuk batu atau keragaman lain seperti warna-warni kain dan bunga, yang jadi perkara asas nilai legaliti dan kredibiliti kemanusiaan terletak pada perilaku dan idea-idea yang dibina oleh nilai-nilai kemanusiaan yang diberi definisi sebagai yang hidup berketuhanan, bukan yang diberi definisi haiwan yang bertutur.

Secara kewujudan semula jadi kebangsaan atau yang setaraf dengannya seperti kesukuan, kenegaraan, kekotaan orang bandar, kekampungan dan kedusunan adalah satu fakta kepelbagaian yang tercipta mengikut tempatan kependudukan di wilayah bumi dan keturunan biologi yang diberi pengaruh oleh suasana iklim, pemakanan dan kehendak dan watak atau tabiat kebersamaan masyarakat atau sifat bawaan turun-temurun nenek moyang ke anak cucu dan cicit, tentu pembentuk semula fakta kepelbagaian tempat dan suasana ini tiada lain ia adalah sebagai kehendak pencipta alam itu sendiri dan perkara ini sudah lama telah diinformasikan oleh para utusan Tuhan yang mencipta alam semesta ini termasuk manusia dan kehidupannya, Tuhan berfirman;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya semata-mata). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Qs, Al-Hujuraat 49:13).

Pepatah terkenal dari penutur bahasa melayu menyimpulkan satu nilai kemanusiaan yang sudah pasti perkara ini terbit dari bangsa yang berdefinisi sebagai insan yang hidup berketuhanan; "Bangsa yang besar adalah bangsa yang pandai menghargai jasa para pahlawannya".

Pepatah ini perlu terus dihidupkan, kerana ia banyak mengekalkan nilai-nilai murni kemanusiaan yang hidup berketuhanan, untuk menangkis pola hidup manusia haiwan yang hanya pandai berkata-kata seperti burung beo yang dikontrol oleh kecerdasan mesin buatan yang mematikan akal budi kemanusiaannya yang sengaja dipublikasikan oleh kuasa hegemoni elit bangsa-bangsa penjajah yang anti ketuhanan (Penyata negara-negara sekular liberal zionisme termasuk Eropah Barat; British dan Amerika Syarikat) supaya bangsa-bangsa lain di dunia hilang kepercayaan diri untuk mengambil keputusan berdasarkan timbangan kemuliaan nilai-nilai kemanusiaan yang bertakwa kepada Tuhan yang Maha Esa yang Maha berkuasa segala-galanya.

Mungkin yang boleh dipertimbangkan sebagai pelaksana ketara pepatah ini dalam dunia kontemporari adalah bangsa Iran Islamik; Sejak kemenangan Revolusi Islam yang dicetus oleh kalangan umat Islam berbangsa Iran, konsep menghargai jasa para Pahlawan kebangsaan Islamik mereka semakin ketara yang tidak ada satu bangsapun di dunia ini yang boleh disanding seiring atau lebih maju dari bangsa Republik Islam Iran, oleh itu kita sebagai penyaksi boleh mengambil penilaian bahawa bangsa Iran adalah bangsa besar dan berkekuatan - super power, yang telah menghapus Amerika Syarikat sebagai yang dianggap negara super power pada tujuh dekad terakhir ini dengan kuasa memberi sokongan menubuhkan negara penjenayah - Israel di atas bumi Palestin yang sekarang sedang dihajar oleh pasukan pertahanan rakyat Palestin yang disokong oleh bangsa besar Iran Islamik.

Presiden Republik Islam Iran Syahid Raisi digelar sebagai Presiden Muqawamah* kerana menyokong Perjuangan pertahanan kemerdekaan negara rakyat Palestin, tentu setelah kesyahidannya bangsa besar Muqawamah Islam memperingatinya terus hingga hari ini ke 40 harinya, upacara menghargai jasa Pahlawan Khidmat negara Republik Islam Iran dan kemanusiaan pada jam 5 petang waktu Tehran di Musalah Imam Khumaini (ra) bersama tayangan Pidato Sekjen* Hizbullah Lubnan Syed Hassan Nasrallah, dianjurkan dengan publikasi klip berikut;

*Presiden Muqawamah Allahyarham Syuhada Raisi tentu beliau juga digelar sebagai Pahlawan- Penentang berdirinya rejim Apartheid Zionisme Israel Penceroboh dan penjajah bangsa dan tanah air negara Palestin-

*(sékjen) Id akronim bagi sekretaris jenderal. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

*Siri Bangsa besar menghargai Pahlawannya - kajian Sekhah Ali al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.

captcha