IQNA

Rujukan Al-Quran mengenai Imam Husain (as)

19:14 - July 09, 2024
Berita ID: 3104727
IQNA - Dalam beberapa ayatnya, Al-Quran mempunyai penjelasan mengenai keperibadian Husain bin Ali (as) atau sekurang-kurangnya menganggap keperibadian beliau (as) sebagai contoh yang jelas dari ayat tersebut.

Kebangkitan Imam Husain (as) terhadap Yazid adalah peristiwa yang hebat dan legenda sehingga namanya menjadi abadi dalam sejarah. 

Imam Husain (a), yang mencipta hikayat ini, adalah orang yang dilahirkan pada zaman Nabi (SAW) dan dibesarkan dan dididik oleh datuknya, Rasulullah (SAW) dan bapanya Hazrat Imam Ali (as). Oleh itu, walaupun beliau (as) masih kanak-kanak, beliau (as) hadir bersama Rasulullah (SAW) semasa turunnya Al-Quran.

Dalam beberapa ayat Al-Quran mempunyai rujukan yang dianggap menjelaskan keperibadian Husain bin Ali (as) atau sekurang-kurangnya menganggap keperibadian beliau (as) sebagai contoh yang jelas dari ayat-ayat tersebut. 

Imam Husain (as) adalah cucu Rasulullah (SAW) dan merupakan salah seorang yang telah dijadikan contoh dalam ayat Mawadah «مَوَدَّةَ»: 

قُلْ لا أَسْئَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلاَّ الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبى
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra kamu terhadap keluarga dekatku". (Qs, Asy-Syuura 42:23). 

Ulama besar hadith seperti Ahmad Ibn Hanbal «احمد بن حنبل», Ibn Munzir «ابن منذر», Ibn Abi Hatim «ابن ابی حاتم», Tabarani «طبرانی » dan Ibn Mardawiah «ابن مردویه» telah meriwayatkan daripada Ibn Abbas « ابن‌عباس» bahawa: 

"Apabila ayat: «قُلْ لا أَسْئَلُكُمْ»..." diturunkan, para Sahabat berkata: Wahai Nabi Allah, keluarga dekatmu ini (الْقُرْبى ) Siapakah mereka, yang telah diwajibkan atas kami untuk kami berkasih sayang dan berbaik persahabatan kepada mereka? Baginda Nabi (SAW) bersabda: Ali dan Fatimah serta dua anak lelaki mereka; Hasan dan Husain «علی و فاطمه و حسن و حسین»".

Ayat lain ialah ayat Ahlul-Bayt: 

إِنَّما يُريدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكُمْ تَطْهيراً
"Sesungguhnya Allah hanyalah menghendaki menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "Ahlul Bayt" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya dari segala perkara yang keji". (Qs, Al-Ahzaab 33:33).

Daripada hadith-hadith tersebut didapati bahawa Ahlul-Bayt Nabi (SAW) yang dimaksud dalam ayat-ayat Al-Quran dan Riwayat adalah Fatimah, Ali, Hasan dan Husain (as). 

Sebagai contoh, hadith riwayat Ummu Salamah « ام‌سلمه», salah seorang isteri Nabi (SAW), meriwayatkan bahawa Nabi (SAW) berkata kepada Fatimah (as): Bawalah kepadaku suamimu dan anak-anakmu juga. Apabila semuamereka (as) berkumpul, Rasulullah (SAW) mencampakkan kain bentangan ke atas mereka dan kemudian membacakan ayat Ahlul-Bayt untuk mereka (as).

Ayat lain yang menjelaskan kedudukan Imam Husain (as) adalah ayat Mubahalah «مباهله» merujuk kepada keperibadian agung Imam Husain (as). Kisah Mubahlah adalah salah satu kisah yang terkenal pada zaman Nabi (SAW), di mana orang-orang Nasrani Najran menyangkal kebenaran risalah Nabi (SAW) dan kedua-dua pihak memutuskan untuk mengutuk satu sama lain, dengan memohon kepada Tuhan untuk membinasakan siapa yang berdusta. 

Ayat yang mulia mengatakan: 

فَمَنْ حَاجَّكَ فيهِ مِنْ بَعْدِ ما جاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعالَوْا نَدْعُ أَبْناءَنا وَ أَبْناءَكُمْ وَ نِساءَنا وَ نِساءَكُمْ وَ أَنْفُسَنا وَ أَنْفُسَكُمْ ْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكاذِبينَ
"Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". (Qs, A-li'Imraan 3:61).

Menurut periwayatan hadith Syiah dan Sunni yang kerap, ketika Nabi (SAW) pergi ke lokasi Perjanjian, baginda hanya membawa Ali, Fatimah dan dua anak mereka, Hasan dan Husain (as) bersamanya. Oleh itu, maksud "anak-anak kami" dalam ayat ini ialah Hasan dan Husain (as).

tanda nama: Muharram Imam Husain as
captcha