IQNA

Rujukan Al-Quran kenyataan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam;

Kemenangan kehendak Allah atas perkiraan dan kelengkapan orang-orang kafir

19:27 - January 10, 2025
Berita ID: 3105721
IQNA - Ayat 2 Surah "Al-Hasyr" «الحشر» merujuk kepada langgar janji suku Bani Nazir «قبیله بنی نضیر» berkenaan dengan perjanjian mereka dengan Nabi (SAW) dan merujuk kepada nasib mereka dan segala usaha orang kafir dengan semua perkiraan dan kelengkapan peralatan dan kemudahan material mereka dihadapan kehendak Ilahi hanya tinggal repuh dan tidak boleh diandalkannya.

Pemimpin tertinggi revolusi Islam, merujuk kepada ayat 2 Surah "Al-Hasyr", berkata: "Revolusi Islam muncul dari tengah-tengah kubu keangkuhan yang paling ketara; sebagai akibat dari salah perkiraan Amerika; oleh itu mereka tidak menyangka: 

هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ ۚ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ يَخْرُجُوا ۖ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا ۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ۚ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ

"Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya". (Qs, Al-Hasy-r 59:2).

Seperti Nabi Musa; Pergerakan Musa bermula di tengah-tengah rumah Firaun dan istana Firaun, yang membawa kepada kemusnahan istana Firaun dan rakyat Firaun. Di sini, Iran era Pahlavi adalah kubu kuat kepentingan Amerika; Ia adalah dari tengah-tengah istana ini bahawa revolusi keluar dan mendidih; Dan orang Amerika tidak faham, rayat Amerika telah ditipu, dan orang Amerika tetap tidur, dan orang Amerika tidak sedar; Kesilapan pengiraan Amerika bermakna ini. 

Selepas itu, sehingga hari ini, selama beberapa dekad ini, orang Amerika sering melakukan kesilapan dalam isu Iran. Pendengar kata-kata saya kebanyakannya mereka yang ketakutan dengan dasar Amerika: yang sepatutnya mereka tak perlu takut dan gentar.

Pada kesempatan ini, kita membincangkan tafsiran dan perkara tentang ayat ini.

Semua ahli tafsir percaya bahawa ayat ini adalah tentang Bani Nazir puak Yahudi. Apabila Nabi Islam (SAW) berhijrah ke Madinah, mereka datang menemuinya dan membuat perjanjian dengannya bahawa Nabi (SAW) tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka, dengan syarat mereka tidak akan berganding bahu dengan orang-orang musyrik dan orang-orang kafir yang lain untuk bermusuhan dengan umat Islam.

Apabila orang Islam memenangi Perang Badar «بدر», orang Yahudi berkata bahawa ini adalah Rasul yang sifat-sifatnya disebut dalam Taurat dan ia memberitahu kami; Tetapi apabila perang Uhud «احد» berlaku dan orang Islam dikalahkan, mereka mendapat keberanian dan ketua Bani Nazir, Ka'b Ibn Asyraf «کعب ابن اشرف», pergi ke Mekah dengan empat puluh orang penunggang kuda dan bertemu dengan Abu Sufyan «ابوسفیان» dan orang-orang musyrik Quraisy, mereka memprovokasi untuk bangkit memerangi Rasulullah (SAW) dan orang-orang Islam dan mereka membuat perjanjian di sekeliling Kaabah untuk saling menolong antara satu sama lain dalam berperang dengan Nabi (SAW). 

Sebaliknya, Nabi Islam (SAW) pergi ke kabilah Bani Nazir bersama beberapa orang untuk membicarakan tentang pembayaran diah «دیه» dua orang Islam yang dibunuh secara salah oleh orang Bani Nazir dan menuntut wang daripada mereka.

Tetapi ada orang dari Bani Nazir malah siap untuk melontar sebuah batu di atas kepala Rasulullah (SAW), sebaliknya ada beberapa orang Yahudi berkata bahawa Tuhan akan memberitahunya tanpa berlengah-lengah dan akan menyebabkan pelanggaran perjanjian yang telah kita buat dengannya; Tetapi yang lain tidak mempedulikan kata-kata kumpulan ini dan menghantar seorang yang bernama Amr bin Hijasy «عمرو بن حجاش» ke atas bumbung untuk melemparkan batu ke arah kepala Nabi (SAW). Tiba-tiba Jibril memberitahu keadaan itu kepada Nabi (SAW), Nabi (SAW) pun segera bangun dan meninggalkan tempat itu dan kembali ke Madinah.

Nabi (SAW) menghantar Muhammad bin Muslimah «محمد بن مسلمه» kepada kabilah Bani Nazir untuk memberitahu mereka bahawa keputusan yang mereka buat menyebabkan perjanjian itu terputus dan mereka harus segera meninggalkan kampung Zahira « قریه زاهره» di kawasan Madinah. Mereka tidak menerima dan menentang kaum Muslimin dan sabda Nabi (SAW) dan menutup pintu-pintu benteng mereka.

Oleh itu, Rasulullah (SAW) mengerahkan kaum Muslimin dan menyerang benteng-benteng mereka yang kuat. Hati orang-orang Yahudi yang gelap itu sangat takut sehingga mereka kehilangan pemikiran pertahanan mereka dan menyerah kepada kehendak Nabi (SAW), dan Nabi (SAW) juga mengurung niat berperang dengan mereka. Mereka berkata ke mana kami harus pergi dari Madinah? Nabi berkata: Pergilah ke Syam «شام», mereka pergi ke Syam kecuali sekumpulan kecil yang bertahan tidak pergi malah memusnahkan beberapa bahagian istana dan benteng mereka dan melarikan diri untuk bergabung dengan Yahudi Khyber «یهود خیبر».

Allamah Tabataba'i «علامه طباطبایی» dalam Tafsir al-Mizan «علامه طباطبایی» tentang ayat ini berkata: "Allah Taala adalah yang pertama kali menghalau orang Yahudi Bani Nazir dari tanah air mereka, padahal kamu orang yang beriman tidak melihat kemungkinan mereka akan pergi keluar dari tanah air mereka, dan kamu melihat mereka memiliki kekuatan luar biasa, dan mereka sendiri tidak pernah menganggapnya mungkin untuk keluar, dan mereka menyangka bahawa istana mereka yang kuat akan menghalang hukuman Tuhan daripada berlaku kepada mereka, dan selama mereka berlindung di dalam istana-istana dan benteng-benteng mereka yang kuat, orang Islam juga tidak boleh menyerang mereka untuk mengalahkan mereka, tetapi Allah datang kepada mereka dari suatu tempat dan kehendak-Nya menembusi dan mengalir dalam diri mereka dengan cara yang tidak mereka sangka, iaitu melalui batin dan hati mereka, maka Allah meletakkan ketakutan dan kegentaran dalam hati mereka, yang mana Dia membunuh mereka dengan tangan-Nya sendiri mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri supaya rumah-rumah mereka tidak jatuh ke tangan orang-orang Islam selepas mereka pergi, dan ini adalah kerana kekuatan kawalan dan penguasaan Tuhan yang Dia melaksanakan kehendak-Nya dalam diri mereka dengan tangan mereka sendiri, dan orang-orang yang beriman juga diperintahkan untuk memusnahkan rumah-rumah mereka, dan Allah menyelamatkan orang-orang beriman kerana berjaya mematuhi perintah dan memenangkan kehendaknya, maka ambillah pengajaran, wahai orang-orang yang berakal, dan lihatlah bagaimana Allah, dengan makar dan kebijaksanaan-Nya, menjadikan orang-orang Yahudi terlantar dan tersesat kerana memusuhi Allah dan Rasul-Nya.

Dalam Tafsir Al-Amtsal «تفسیر نمونه», juga dinyatakan dalam hal ini: "Sebenarnya (Ulil-Absaar) «اولى الابصار» adalah orang yang bersedia untuk mengambil pelajaran, maka Al-Quran memberi amaran kepada mereka untuk mengambil kesempatan daripada kejadian ini." Tidak dinafikan bahawa tujuan mengambil pelajaran adalah untuk membandingkan kejadian serupa yang sama mengikut pertimbangan akal; Seperti membandingkan status orang kafir dan pemutus akad perjanjian yang lain dengan Yahudi Bani Nazir, tetapi kalimat ini tidak ada kena mengena dengan analogi syak/zdan «قیاسات ظنى» yang digunakan oleh sesetengah orang dalam mengeluarkan fatwa agama, dan amat menghairankan bahawa sebahagian fuqaha Sunni menggunakan ayat di atas untuk membuktikan perkara ini, walaupun beberapa ulama lain telah membantahnya.

*Ringkasnya, maksud pengajaran dan kredibiliti dalam ayat ini adalah peralihan yang logik dan pasti dari satu subjek ke subjek yang lain, bukan bertindak berdasarkan andaian. Walau apa pun, nasib bangsa Yahudi ini, dengan kekuatan, kehebatan, kejutan, dan banyak kemudahan dan benteng, adalah nasib pengajaran mereka menghancurkan rumah mereka dengan tangan mereka sendiri, meninggalkan harta mereka untuk orang Islam yang memerlukan dan berselerak di tempat yang berbeza, sedangkan menurut riwayat, mereka telah menetap di bumi Madinah sejak awal kerana nabi yang dijanjikan dari kitab memahami diri mereka dan berada di barisan pertama sebagai pembantunya tetapi malah yang menjadi pertama yang menentang Nabi yang dijanjikan itu.
Oleh itu, kesimpulan yang dapat diambil dari ayat ini:
1. Kemurkaan Allah terhadap orang Yahudi yang melanggar perjanjian adalah bijaksana.
2.Tanda kemuliaan Tuhan ialah pemusnahan orang Yahudi yang melanggar perjanjian dan yang berkomplot jahat.
3. Memberi tahu kepada kita semua bahawa kemenangan itu daripadaNya.
4. Hikayat ahli komplotan Ahli Kitab adalah berasingan daripada kisah mereka yang lain.
5. Jangan anggap kuasa sesiapa atau sesuatu kumpulan itu stabil.
6. Hukuman seseorang yang menyimpang daripada kewajipan dan kontrak sosial ialah meninggalkan negara.
7. Perkiraan dan kelengkapan peralatan orang kafir tidak berkesan dan sia-sia terhadap kehendak Allah.
8. Dalam peperangan dan Jihad dengan orang-orang kafir, semua perhitungan tidak harus berdasarkan peralatan dan kemudahan material.
9. Di mana ada kehendak Tuhan, kawan dan musuh melakukan perkara yang sama.
10. Allah adalah punca sebab yang menimbulkan ketakutan dan memusnahkan benteng dengan sebab musabab itu.
11. Mempelajari sejarah adalah satu cara untuk belajar.
12. Penggunaan sejarah memerlukan wawasan. 

*(Tafsir Nur, Hjatul-Islam dan Muslimin Qaraati).

4259034

captcha