Dalam temu bual dengan IQNA dari Qom, HujjatulIslam Hamidullah Rafiei «حجتالاسلام حمیدالله رفیعی», Pengarah Agama dan Mazhab Pusat Penjawab Keraguan, berkata: "Kepercayaan yang dijanjikan mempunyai makna yang sama dalam agama-agama, yang bermaksud bahawa seorang Berkeperibadian ilahi akan muncul pada akhir zaman untuk mewujudkan keadilan dan kesaksamaan, akan memerintah dunia dalam keselamatan dan kedamaian. Isu ini disebut bukan hanya dalam agama Yahudi dan Islam malah seperti agama Buddha pun, oleh itu, penganut agama-agama ini menunggu kedatangan peribadi yang dijanjikan ini, dan terdapat persamaan antara agama dalam isu kepercayaan yang dijanjikan dan kepercayaan kepada seorang penyelamat."
Persamaan Utama Antara Konsep Hadhrat Masih Mau'ud «موعود»/yang dijanjikan dalam Islam dan Agama Lain
Sebagai tindak balas kepada persoalan apakah persamaan utama antara konsep Juruselamat yang dijanjikan dalam Islam dan agama-agama lain, beliau menyatakan: Di antara Islam dan agama-agama lain, terdapat tiga persamaan asas dalam konsep Juruselamat yang dijanjikan, yang pertama ialah kepercayaan kepada sifat ketuhanan Juruselamat, yang bermaksud bahawa dia telah dipilih oleh Tuhan, kedua; Juruselamat ini akan datang pada akhir zaman; dan yang ke tiga; Penubuhan kerajaan dunia adalah di tangan Juruselamat yang dijanjikan ini, tetapi dalam agama Buddha, yang merupakan agama bukan teistik/ketuhanan yang Esa, mereka percaya bahawa "Maitreya," nama penyelamat yang dijanjikan di sekolah ini, akan mengambil alih kerajaan untuk membawa seluruh dunia kepada "Nirvana," iaitu keamanan dan ketenangan.
Beliau melanjutkan: Dalam Islam, nama penyelamat yang dijanjikan ialah Hazrat Mahdi «المهدی» (AS), iaitu anak keturunan kepada Hazrat Fatimah (as), anak perempuan Rasulullah (SAW), tetapi dalam agama lain, seperti Yahudi, nama penyelamat yang dijanjikan itu ialah Masyih «ماشیح و مسیحیان» dan dalam agama Kristian, nama Al-Masih «مسیح(ع)» Nasrani, dan Nabi Isa (as) yang disalib dan dibunuh, dia dibangkitkan tiga puluh hari kemudian dan dinaikan ke langit oleh Tuhan untuk muncul pada akhir zaman.
Nama penyelamat yang dijanjikan juga dikenali dalam kepercayaan Zoroastrianisme dan dalam Buddhisme, ia dipanggil Buddha kelima atau Maitreya.
Keprihatinan Sunni terhadap isu Mahdis
Sebagai tindak balas kepada persoalan apakah perbezaan yang paling penting dalam fahaman Syiah dan Sunni mengenai isu Mahdism, Rafi'i menyatakan: "Prinsip Mahdism, keghaiban Hazrat Mahdi (as), kemunculan Imam di akhir zaman dan pembentukan kerajaan yang berorientasikan keadilan global, kemunculan Hazrat Nabi Isa (as), dan nabi Isa (as) solat di belakang Imam Mahdi (as) sebagai kepercayaan yang sama antara aliran yang berbeza dalam Islam, sekalipum aliran pemikiran wahhabi dan sekalipum sebahagian pemikir wahhabi dan ahlu sunnah menganggap Mahdisme sebagai kepercayaan mazhab Syiah, yang tentunya akibat dari ketidak cekapan mereka terhadap kepercayaan Islam itu sendiri atau kerana kejahilan mereka tentang nas-nas Islam."
Beliau menambah: Pada tahun 1976, di sebuah majelis perundangan Sunni di Arab Saudi «مجمع فقهی اهلسنت در عربستان», mereka mengeluarkan fatwa mengenai kemutawatiran/kesinambungan hadith-hadith Mahdism dan menekankan bahawa semua hadith Sunni dan Syiah tentang Mahdism dari Nabi Islam (SAW) adalah mutawatir/berkesinambungan dan tidak boleh dinafikan, seorang ulama Wahhabi di universiti Madinah yang diberi nama Syeikh Abdul Muhsin «شیخ عبدالمحسن» secara terperinci, membentangkan ucapan mengenai Mahdism yang pada akhirnya disusun jadi satu artikel bertajuk; "Kepercayaan Ahli Sunnah dan Kesan Terhadap Mahdi yang dinanti «عقیدﺓ اهلالسنه و الاثر فی المهدی منتظر» telah diterbitkan."
4266153