Laporan IQNA, memetik Shahab «شهاب»; Hamas mengucapkan tahniah kepada pejuang penentangan, banduan yang dibebaskan dalam Operasi "Taufan Al-Ahrar,"/Badai orang-orang merdeka «طوفان الاحرار» banduan yang menentang penjara, yang cedera dan keluarga para syuhada, yang cedera serta negara-negara Arab dan Islam, dalam satu kenyataan.
Gerakan ini menekankan kepentingan perpaduan, solidariti, dan kerjasama, serta menyeru agar siang dan malam Ramadhan diiringi dengan nilai-nilai murni bulan ini, seperti berpegang teguh pada prinsip, pengorbanan, kesabaran, ketabahan, dan mempertahankan tanah dan tempat suci, khususnya Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.
Kenyataan Hamas berkata: "Kami menekankan bahawa jenayah penjajah dan rancangan agresif mereka terhadap Masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan tempat suci ketiga umat ini, tidak akan pernah berjaya menyerang tempat suci ini, musuh ingin mengubah identitinya, dan menyembunyikan sejarahnya. Masjid Al-Aqsa adalah akan kekal sebagai tempat Islam sepenuhnya, dan para penjajah tidak mempunyai tempat di dalamnya, dan rakyat Palestin akan menyokong Masjid Al-Aqsa dengan darah dan nyawa mereka sehingga ia benar-benar bebas daripada noda penjajah".
Kenyataan Hamas meneruskan: "Kami juga memberi amaran kepada kerajaan rejim pendudukan dan meminta mereka bertanggungjawab sepenuhnya atas akibat daripada melaksanakan arahan tersebut, dan kami menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera untuk menghadapi jenayah penjajah yang terang-terangan ini terhadap Masjid Al-Aqsa supaya rakyat Palestin dapat melaksanakan ritual ibadah kebebasan beragama mereka di Masjid Al-Aqsa."
Hamas juga menyeru masyarakat Islam untuk menganggap bulan ini sebagai peluang untuk menyokong penduduk Gaza dan berdiri bersama mereka dalam semangat empati dan pengorbanan.
Akhirnya, Hamas menyeru penduduk Tebing Barat, Baitulmaqdis, dan wilayah yang diduduki 1948 untuk menyokong tempat suci ini menentang serangan rejim Zionis dan peneroka pada bulan mulia ini dengan menghadiri Masjid Al-Aqsa, melakukan I'tikaf, dan menentang rancangan jahat zionis musuh.
Beliau juga menyeru rakyat Palestin di seluruh dunia untuk menunjukkan solidariti mereka dengan penduduk Gaza, Tebing Barat, dan Baitulmaqdis dengan melancarkan kempen dan aktiviti perpaduan.
Solat Tarawih pertama diadakan di Masjid Al-Aqsa.
Puluhan ribu rakyat Palestin menunaikan solat Tarawih pertama di Masjid Al-Aqsa pada malam pertama bulan suci Ramadhan, semalam. Di sebalik halangan yang dicipta oleh tentera penjajah Israel zionis untuk menghalang penduduk Palestin memasuki kota Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa, para jemaah berjaya mengunjungi tapak suci ini.
4268842