IQNA

Pemimpin Revolusi menjelaskan dalam pertemuan Nowruz dengan pelbagai segmen rakyat;

Tugas rakyat dan tiga kuasa Republik Islam Iran untuk merealisasikan slogan tahun ini

10:15 - March 23, 2025
Berita ID: 3106130
IQNA - Dalam pertemuan Nowruz Pemimpin tertinggi Revolusi Islam kontemporari dengan pelbagai segmen rakyat Tehran dan sekumpulan pegawai, menyebut sebab perhatian berulang kepada kategori pengeluaran (produksi) dalam slogan beberapa tahun kebelakangan ini sebagai impak asas bagi pengeluaran untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara dan mata pencarian rakyat, dan menjelaskan tugas rakyat dan tugas tiga kuasa cabang Jumhuriah Islam Iran - terutamanya bagi pihak kuasa mujriah/pelaksana negara ini - untuk merealisasikan slogan Tahun Baru 1404 Hijriah Syamsiah iaitu; «سرمایه‌گذاری برای تولید» bhs.Farsi yang bermaksud; "Pelaburan untuk pengeluaran"/investasi untuk produksi.

Laporan IQNA, menurut laman web maklumat Pejabat Pemimpin Tertinggi, pada hari pertama Tahun Baru, dalam pertemuan dengan ribuan orang dari pelbagai lapisan masyarakat, Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam menyebut tradisi Iran untuk memulakan Tahun Baru dengan doa, tawasul/munaajat dan perhimpunan di pusat-pusat suci sebagai tanda pandangan rohani bangsa terhadap Nowruz yang hebat;  ketabahan dan istiqamah sepanjang tahun yang lalu, dan Beliau menjelaskan tentang ketabahan dan istiqamah bangsa Iran pada tahun yang lalu manifestasi kuasa rohani rakyat Iran, beliau mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh rakyat, menjelaskan tugas rakyat dan kerajaan dalam merealisasikan slogan tahun ini, iaitu "pelaburan untuk pengeluaran" untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan mata pencarian rakyat.

Ayatollah Khamenei juga merujuk kepada kebencian umum bangsa ini atas jenayah rejim Zionis yang kejam, dan menganggap bahasa ancaman terhadap negara besar Iran sebagai sia-sia dan kalah, sambil menambah: Negara-negara dan pusat-pusat barisan penentangan, termasuk rakyat Palestin, Lubnan, dan Yaman, terlibat dalam menentang rejim Zionis penceroboh dan jahat dan penentangan ini berasaskan iman dan kepercayaan dalaman (fitrah ketuhanan yang berkeadilan).

Pada awal ucapannya, Pemimpin Revolusi merujuk kepada kegagalan musuh dalam menjauhkan manusia dunia dari kerohanian dan menyebut hari-hari ini sebagai mengingati Amirul Mukminin Ali (AS) - (merujuk peringatan kesyahidan Imam Ali (AS) tarikh 19 dan 21 Ramadhan), sebagai syakhsiah sejarah Islam puncak tertinggi keadilan, ketakwaan, dan pengampunan, Beliau (HF) menambah: "Bangsa Iran dan negara-negara Muslim harus merujuk kepada Nahjul-Balaghah (kitab kumpulan ucapan dan surat Imam Ali (AS)) khususnya bagi para aktivis budaya sepatutnya memberi perhatian; mempelajari dan mengajar buku yang hebat ini, untuk mendapat manfaat daripada aktivis budaya Imam Ali (AS) sebagai sebaik-baik insan selepas baginda Nabi Muhammad (SAW). 

Pemimpin Revolusi menganggap Malam-malam Qadar sebagai peluang yang berharga untuk berdoa dan memohon kepada Tuhan, sambil menambah: "Setiap saat pada malam-malam ini bernilai seumur hidup, dan perhatian serta bertawasul kepada para Imam suci (AS) dan doa orang ramai, terutamanya golongan muda, boleh mengubah nasib mereka dan nasib kehidupan sesebuah negara."

Memetik ayat-ayat Al-Quran tentang doa, Pemimpin Revolusi menganggap jawapan kepada doa dan kesannya dalam dunia dan akhirat adalah pasti, sambil menambah: "Sudah tentu, dengan syarat kita sendiri tidak mencipta halangan kepada jawapan Tuhan terhadap doa-doa kita."

Pemimpin Revolusi memanggil tingkah laku para nabi dalam menghadapi kesukaran "taubat, doa, dan ketabahan," dan menambah: "Tuhan menjadikan jawapan kepada doa Nabi Musa (AS) bergantung pada ketabahan, kesabaran, dan harapan. Akhirnya, Bani Israel, yang sudah muak dengan penganiayaan berterusan Firaun dan telah membayar perbelanjaan yang besar, melihat kehancuran Firaun dengan mata mereka sendiri."

Merujuk kepada kos berterusan barisan kebenaran dalam memerangi barisan yang salah/kebatilan, Ayatollah Khamenei menambah: "Kita mesti melihat peristiwa tahun lalu (1403HS) dengan pemikiran ini: dalam pertarungan antara yang benar dan yang salah/batil, kemenangan pasti dengan barisan yang benar, tetapi di jalan ini, kos mesti dibayar, sama seperti tradisi ilahi ini juga lazim dalam pertahanan suci."

Merujuk kepada kehilangan tokoh-tokoh besar Iran dan Lubnan dalam peristiwa tahun lepas, beliau (HF) menyebut pengakhiran terakhir untuk menanggung peristiwa pahit ini; "ketabahan dan meminta pertolongan daripada Tuhan, kekalahan musuh, terutamanya rejim Zionis penceroboh, jahat, dan penjenayah, beliau (HF) menekankan: Pada tahun yang sukar 1403, kekuatan rohani, kesabaran, keberanian yang nyata - telah didedahkan oleh barisan muqawamah Islamiah Palestin, Lubnan, Yaman, Iraq dan Iran".

Ayatollah Khamenei menganggap perarakan luarbiasa untuk tasyik jenazah syahid Raisi, dengan kehadiran unik dan epik dalam solat Jumaat walaupun diancam musuh, kehadiran bermotivasi dalam pilihan raya presiden, dan pengebumian bermakna syahid Haniyeh dan komander lain yang syahid dari serangan rejim Zionis sebagai manifestasi dari semangat penyejarahan, peningkatan kekuatan dan kerohanian bangsa-bangsa ini: terutama bangsa Iran telah mendedahkan kesetiaan bangsa Iran kepada Revolusi Islam dan kepentingan rakyat terhadap Republik Islam dan menolak semua zalim dan kemunafikan dunia, dan memperkenalkan keperkasaan negara Iran kepada dunia.

Beliau (HF) menganggap perlu untuk memahami ciri-ciri dan identiti bangsa di dalam negara juga, sambil menambah: Dikelilingi oleh masalah ekonomi dan mata pencarian boleh menekan dan mengecewakan mana-mana rakyat, tetapi negara Iran yang kuat dan matang, walaupun menghadapi semua masalah, memasuki lapangan tahun lalu dan mempertahankan sistem Islam.

Pemimpin Revolusi juga menyebut kemalangan lombong Tabas dan kematian lebih daripada 50 pekerja lombong antara peristiwa pahit 1403, dan menambah mengenai kerja dan usaha rakyat dalam bidang pembangunan, kemakmuran, dan kemajuan: "Rakyat dan aktivis ekonomi tidak berputus asa dalam hal ini, dan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, banyak projek kecil dan besar mesti diteruskan dan diperluaskan."

Ayatollah Khamenei memetik sebab perhatian kerap terhadap kategori pengeluaran dalam slogan beberapa tahun kebelakangan ini sebagai kesan asas pengeluaran dalam meningkatkan keadaan ekonomi negara dan mata pencarian rakyat, dan menjelaskan tugas rakyat dan tiga cabang kuasa Jumhuriah Islam - terutamanya kuasa pelaksana negara ini - untuk merealisasikan slogan Tahun Baru, iaitu "Pelaburan untuk Pengeluaran."

Mengkritik mereka yang, apabila mendengar tentang keperluan untuk pelaburan dalam pengeluaran, memikirkan pelaburan asing, beliau berkata: "Apa yang kami maksudkan ialah pelaburan domestik dan mengarahkan kecairan yang tersedia kepada rakyat ke arah pengeluaran, yang malangnya hari ini kebanyakannya dibelanjakan untuk membeli syiling, mata wang, dan tanah, yang akhirnya menimbulkan masalah ekonomi rakyat.

Pemimpin Revolusi menganggap apa-apa jenis pelaburan kecil atau besar dalam pengeluaran adalah berguna dan perlu, dan berkata: Semua orang, sama ada mereka yang mempunyai wang dan sumber terhad untuk mencipta pengeluaran kecil atau aktivis ekonomi yang besar, harus melabur aset mereka dalam pengeluaran".

Ayatollah Khamenei menggelar mewujudkan kerja asas dan memudahkan pelaburan rakyat sebagai tugas paling penting kerajaan dalam proses merealisasikan slogan tahun ini, sambil menambah: Pelaburan memerlukan jaminan keselamatan, dan ketiga-tiga cabang kuasa kerajaan mesti aktif sepenuhnya dan serius dalam hal ini.

Merujuk kepada keterlaluan dalam isu pengawasan, beliau berkata: "Kadang-kadang tidak ada berita tentang pasukan pengawasan "agensi, kerajaan, dan badan kehakiman, dan kadang-kadang mereka begitu ketat sehingga hampir tiada kerja dilakukan."

Ayatollah Khamenei menyenaraikan "kestabilan undang-undang dan peraturan" dan "memendekkan proses pengeluaran lesen perniagaan" sebagai dua langkah lain yang perlu untuk memenuhi slogan tahun ini, dan berkata: "Kerajaan harus mempercepatkan pemenuhan tugas-tugas ini."

Pemimpin Revolusi menganggap "mencegah import barangan yang serupa dengan barangan keluaran dalam negara" dan "mengumumkan cara untuk pelaburan awam melalui maklumat dari pegawai dan aktivis ekonomi" sebagai dua langkah lain yang perlu, dan berkata: Pegawai negara komited untuk meningkatkan kesejahteraan kehidupan rakyat, tetapi isu ini tidak boleh dicapai hanya melalui langkah-langkah memberi sokongan kewangan dari kerajaan sahaja, tetapi ianya perlu memberi peluang dari akar umbi pencegahan masalah pencarian rakyat; pelaburan satu dari peluang bagi rakyat untuk meningkatkan pendapatan pencarian mereka.

Dalam bahagian lain ucapannya, beliau (HF) membuat beberapa perkara mengenai banyak kenyataan yang dibuat oleh pegawai Amerika.

Ayatollah Khamenei menekankan bahawa Amerika harus tahu bahawa mereka tidak akan sampai ke mana-mana dengan mengancam Iran, berkata: "Mereka dan orang lain harus tahu bahawa jika mereka melakukan sesuatu yang berniat jahat terhadap negara Iran, mereka akan menerima tamparan yang teruk."

Dalam satu lagi, beliau menyebut tafsiran yang diberikan ahli politik Amerika dan Eropah terhadap pusat-pusat penentangan/muqawamah sebagai proksi Iran yang dipaksakan, adalah satu tafsiran yang amat salah dan satu kesilapan besar dan malah sebagai penghinaan kepada kumpulan pusat-pusat ini, sambil menambah: Apakah maksud proksi? Rakyat Yaman dan pusat-pusat penentangan lain di rantau ini mempunyai motivasi iman dan kepercayaan dalaman hati firah suci mereka untuk menentang Zionis, penzalim, dan Republik Islam Iran tidak memerlukan proksi dalam perkara menentang Zionis - musuh kemanusaan itu, dan pendapat kami dan semua barisan muqawamah adalah jelas.

Pemimpin Revolusi menyebut ketabahan dan penentangan terhadap kejahatan dan penindasan rejim Zionis sebagai isu yang berakar umbi di rantau ini, sambil menambah: "Pada permulaan perampasan Palestin, salah satu negara yang berada di barisan hadapan menentang penindasan ialah Yaman, dan pemerintah Yaman pada masa itu menentang perampasan di Palestin dengan mengambil bahagian dalam masyarakat antarabangsa untuk menyatakan penentangan mereka terhadap penceroboh Zionis."

Merujuk kepada penyebaran protes terhadap jenayah rejim Zionis yang kejam yang dibuat oleh negara dan bangsa-bangsa bukan Islam dan demonstrasi popular dan pelajar di Amerika dan negara Eropah, Ayatollah Khamenei berkata: Negarawan Barat tidak mahu melihat realiti ini dan memahami kedudukan negara mereka. Oleh itu, mereka mengambil tindakan seperti memotong dana untuk universiti yang pelajarnya telah berdemonstrasi memihak kepada Palestin, yang, sudah tentu, juga merupakan manifestasi dakwaan mereka tentang aliran bebas maklumat, liberalisme, dan hak asasi manusia.

Menekankan penentangan negara-negara terhadap kejahatan rejim Zionis dan penentangan mereka terhadapnya dalam setiap cara yang mungkin, beliau menambah: "Republik Islam Iran juga berdiri teguh menentang kejahatan ini dan telah dengan jelas mengumumkan pendirian dan kaedah biasa/semula jadi, iaitu menyokong pejuang Palestin dan Lubnan mempertahankan negara mereka."

Pemimpin Revolusi Islam sekali lagi menegaskan sebagai tindak balas kepada ancaman untuk mencerobohi Iran: "Kami tidak pernah memulakan konfrontasi dan konflik dengan ini atau itu, tetapi jika seseorang memulakan konflik dengan niat jahat, mereka harus tahu bahawa mereka akan menerima tamparan yang teruk."

*Tahun baru Hijriah Syamsiah sebagai kalendar yang digunakan di negara-negara kejiranan seperti Iran dan Afghanistan yang awal tahunnya dipanggil "Nowruz" bhs.Farsi «نوروزی» yang tersusun dari dua kata "nu" «نو» yang berarti "baru" dan "ruzi" « روز» - «روزی» berarti "harian" atau "hari" dengan demikian istilah "Nowruz" identik dengan "harian baharu" untuk awal tahun / tahun baru.

captcha