IQNA

Hujjat al-Islam Husayni Nishaburi: 

Daripada idea hingga pelaksanaan; proses pembentukan “Majlis al-Quran Dunia Islam”

13:38 - August 31, 2025
Berita ID: 3106936
IQNA - Ketua Pusat Diplomasi al-Quran Pertubuhan Kebudayaan dan Perhubungan Islam berkata: Umat Islam memerlukan satu struktur penyelaras agar semua kapasiti dan pusat al-Quran negara dapat memberikan hasil yang bermanfaat kepada dunia Islam. Salah satu masalah besar dunia Islam ialah musuh-musuh menggunakan faktor perpecahan untuk menyelewengkan tenaga umat. Maka, berdasarkan konsep al-Quran al-Karim, kita boleh menggagalkan konspirasi ini dan membentuk sebuah pusat Parlimen al-Quran Dunia Islam.

Laporan IQNA; Beliau menegaskan, ketika menubuhkan Pertubuhan Kebudayaan dan Perhubungan Islam, Pemimpin Tertinggi menggunakan istilah “markas 《قرارگاه》” dan menyebutnya sebagai “Pusat Kebudayaan Antarabangsa” di luar negara. Sejak itu, pelbagai pusat telah diwujudkan, termasuk pusat agama.

Pusat Antarabangsa al-Quran dan Dakwah Pertubuhan Kebudayaan dan Perhubungan Islam juga mempunyai dua pusat:

- Pusat Dakwah Antarabangsa, yang dibentuk bersama 12 institusi negara yang turut mempunyai peranan dalam dakwah antarabangsa.

- Pusat Diplomasi al-Quran, yang disokong oleh Kementerian Kebudayaan dan Bimbingan Islam (Bahagian al-Quran dan Ahlulbait), Pertubuhan Wakaf, Majlis Tertinggi al-Quran, IQNA, Jami’ah al-Mustafa al-Alamiyyah, Kementerian Luar Negeri, dan lain-lain, kerana kedudukan antarabangsa mereka. 

Tahun lalu, di pusat Diplomasi al-Quran telah dibangkitkan isu pembentukan pusat Parlimen Global al-Quran. Persoalannya ialah sejauh mana parlimen ini dapat direalisasikan dan bila ia akan ditubuhkan.

IQNA: Tahun lalu anda menyebut tentang tekad Pertubuhan Kebudayaan dan Perhubungan Islam untuk mewujudkan pusat Parlimen al-Quran Dunia Islam. Apakah latar belakang idea ini dan mengapa?

Daripada idea hingga pelaksanaan; proses pembentukan “Majlis al-Quran Dunia Islam”

Husayni Nishaburi: Sudah lama para pencinta diplomasi al-Quran memikirkan bagaimana cara membina rangkaian al-Quran yang teratur agar tokoh dan kapasiti al-Quran dapat berinteraksi dalam satu jaringan. Matlamatnya ialah mencapai kesatuan berdasarkan al-Quran untuk menyelesaikan masalah umat. Idea ini diperkukuh apabila Republik Islam Iran dalam mesyuarat antarabangsa di Moscow dengan kehadiran 41 negara mengemukakannya. Tujuan utama ialah membentuk jaringan dalam kerangka Majlis al-Quran Dunia Islam bagi mencari penyelesaian tepat dan kukuh menurut formula al-Quran.

IQNA: Apakah kesan dan pencapaian pembentukan majlis ini?

Husayni Nishaburi: Negara memerlukan struktur penyelaras. Semua kapasiti dan pusat al-Quran dalam negara boleh menghasilkan natijah yang bermanfaat untuk dunia Islam. Jika usaha ini tidak bersepadu, ia tidak dapat menyelesaikan masalah gaya hidup, pendidikan, sosial atau spiritual.

Masalah besar dunia Islam ialah musuh sentiasa menimbulkan perpecahan. Dengan ajaran mendalam al-Quran, konspirasi ini boleh digagalkan. Jika umat Islam bersatu, isu-isu seperti Gaza, Palestin dan Syria tidak akan wujud. Al-Quran sebagai mukjizat kekal adalah kunci penyelesaian bukan hanya untuk dunia Islam tetapi untuk seluruh manusia.

IQNA: Apakah langkah-langkah yang diambil dari segi pandangan tokoh dalam dan luar negara?

Husayni Nishaburi: Perbincangan mendalam telah diadakan dengan sarjana dan tokoh dunia Islam. Semua memuji idea ini dan menganggap kehadiran sebuah pusat parlimen al-Quran adalah keperluan. Kami mengadakan pertemuan dengan JAKIM Malaysia, institusi al-Quran dan agama di Indonesia, Dewan Wakaf Syiah dan Sunni di Iraq, serta Dar al-Quran A’tabat.

Selain itu, sesi pra-mesyuarat dengan ulama dari Lubnan, Bosnia-Herzegovina, Uganda dan lebih 20 negara lain telah diadakan untuk menilai dan merancang pelaksanaan idea ini. Proses perbincangan masih diteruskan sehingga idea ini matang menjadi sebuah institusi berkesan.

IQNA: Apakah keperluan asas bagi pembentukan majlis ini?

Husayni Nishaburi: Setelah pandangan dikumpulkan, draf perlembagaan akan dimuktamadkan dalam forum dalaman, kemudian dibawa ke dunia Islam, khususnya ke Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk diluluskan. Selepas itu, sekretariat ditubuhkan untuk keahlian rasmi dan pembentukan jawatankuasa.

Walaupun proses ini mengambil masa, tiada keraguan tentang pembentukan majlis ini. Kini kita sedang berada pada tahap teknikal pelaksanaan, bukan lagi peringkat idea. Konsensus yang ada akan mempercepatkan perjalanan.

IQNA: Bilakah umat Islam boleh menyaksikan pembentukan rasmi majlis ini?

Husayni Nishaburi: Berdasarkan jadual, perlembagaan Majlis Global al-Quran akan dimuktamadkan sebelum akhir bulan Syahrivar nersamaan dengan bulan pertengan September dan dikemukakan ke OIC untuk diluluskan. Selepas kelulusan, sekretariatnya akan mula berfungsi secara rasmi.

Mesyuarat pertama Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung Majlis al-Quran Dunia Islam dijangka akan diadakan secara rasmi kurang daripada setahun lagi.

4302356

captcha