IQNA

Istighfar dalam al-Quran al-Karim / 1

Kedudukan Istighfar dalam Riwayat

2:53 - November 23, 2025
Berita ID: 3107326
IQNA - Dalam ayat-ayat al-Quran al-Karim dan riwayat-riwayat para Ma‘sumin (a.s.), istighfar dan memohon keampunan daripada Allah sangat ditekankan dan diperkenalkan dengan cara yang jarang ditemui.

Diriwayatkan daripada Rasulullah (s.a.w.) bahawa Baginda bersabda:
“Ibadah yang terbaik ialah memohon keampunan; kerana inilah firman Allah Yang Maha Tinggi dalam Kitab-Nya:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَ اسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ

‘Maka ketahuilah bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan mohonlah keampunan bagi dosamu’ (Qs, Muhammad: 19).”


Dalam riwayat lain, dinyatakan bahawa doa yang terbaik adalah istighfar, dan ibadah yang paling utama ialah menyebut zikir mulia ‘La ilaha illallah’  «لا إله إلّا اللّه».

Dalam ucapan Amirul Mukminin Ali (a.s.), istighfar diperkenalkan sebagai seafdal-afdal tawassul, doa yang paling menyeluruh, senjata paling berkesan bagi para pendosa, dan syafaat yang menyelamatkan.

Amirul Mukminin (a.s.) dalam Hikmah 417 Nahj al-Balaghah berSabda yang bermaksud: “Istighfar adalah kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah.”

Imam al-Sadiq (a.s.) dalam satu riwayat bersabda yang bermaksud:
“Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, lalu hamba itu melakukan dosa, maka Dia segera memberikan balasan sebagai peringatan, dan mengilhamkan istighfar kepadanya. Namun apabila Allah menghendaki keburukan bagi seorang hamba, lalu hamba itu melakukan dosa, maka Dia menganugerahkan nikmat kepadanya sehingga istighfar dilupakan olehnya dan dia terus berada dalam keadaan tersebut. Itulah makna firman Allah ‘Azza wa Jalla:

سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

‘Kami akan menarik mereka secara beransur-ansur dari arah yang mereka tidak ketahui’ (Qs, al-A‘raf: 182); iaitu dengan memberikan nikmat ketika mereka melakukan dosa.”

3495191

captcha