IQNA

Festival Antarabangsa “Ayat-Ayat Merah” yang pertama bakal diadakan

14:04 - December 01, 2025
Berita ID: 3107362
IQNA - Festival Antarabangsa “Ayat-Ayat Merah” yang julung kali dianjurkan, dengan sokongan dan kerjasama Majlis Pembangunan Budaya al-Quran serta Majlis Tertinggi Revolusi Kebudayaan, bertujuan menampilkan hubungan antara seni dan ajaran al-Quran dalam menghadapi arus kesombongan global dan Zionisme. Festival ini juga berusaha mentakrifkan semula misi jihad seni bagi para penggiat budaya dan seni, dengan mengambil inspirasi daripada pemandangan-pemandangan perjuangan di rantau ini.

Laporan IQNA; Muhammad Mahdi Azizzadeh «محمدمهدی عزیززاده»; Pengarah Eksekutif Festival Antarabangsa “Ayat-Ayat Merah”, dalam wawancara dengan IQNA menyatakan bahawa festival ini dirancang dengan tujuan menjelaskan asas-asas Qurani mengenai muqawamah (rintangan aktif - «مقاومة»). Beliau berkata:
“Matlamat utama kami dalam acara seni ini adalah menghidupkan kembali keyakinan dan pengetahuan Qurani berkaitan perlawanan serta memaparkannya dalam bentuk-bentuk seni yang menarik.

Dunia Islam hari ini berada dalam sebuah pertembungan tamadun — satu pertarungan sejarah antara tamadun Islam dan tamadun Barat — yang akar-akarnya dapat ditelusuri dalam ajaran dan nilai-nilai al-Quran. Festival Ayat-Ayat Merah berusaha menampilkan hakikat ini melalui seni serta mentakrif semula peranan para seniman dan pengamal media dalam jihad penjelasan dan misi pencerahan berhadapan dengan propaganda Zionis.”

Beliau menambah bahawa festival ini terinspirasi daripada pemandangan agung perjuangan di rantau ini — pemandangan yang kini disaksikan dalam pertempuran antara kumpulan-kumpulan muqawamah Islam dan rejim Zionis, yang kesemuanya berakar daripada iman yang mendalam serta sandaran Qurani. Para seniman, menurut beliau, harus mampu menggambarkan peristiwa dan keteguhan iman ini dalam karya-karya visual, sastera dan media mereka agar hubungan antara seni, rintangan aktif dan basirah Qurani dapat dipertegaskan. Festival Ayat-Ayat Merah berusaha menyediakan ruang bagi penghasilan karya-karya yang merakamkan arus anti-istikbar / anti hegemoni keangkuhan global dan kebenaran perjuangan dengan sentuhan seni.

Pengarah Eksekutif festival menegaskan bahawa seruan rasmi festival telah diumumkan bermula hari Ahad, dan pelbagai institusi penting di negara ini bergabung bagi penganjurannya. Pusat Pemikiran Qurani Hayat bertindak sebagai pengarah utama projek ini.

Beliau menyebut tema-tema utama festival, antaranya:

  • “Iman, Harapan, Perlawanan”,

  • “Keakraban dengan al-Quran dalam barisan muqawamah khususnya rakyat Gaza yang tertindas”,

  • “Peranan kesatuan dan keteguhan dunia Islam dalam kemenangan barisan muqawamah”,

  • “Peranan kesepaduan sosial dalam kemenangan Iran ke atas Israel dalam perang 12 hari”,

  • “Dunia tanpa Zionisme dan penipuan bernama Holocaust”,

  • “Hubungan isu Palestin dan operasi Taufan al-Aqsa dengan kehancuran Israel dan kemunculan Imam Mahdi (aj)”,

  • “Penyelewengan media Zionis dan Barat dari hakikat.”

Azizzadeh menjelaskan struktur bahagian festival: empat bahagian utama pertandingan ditetapkan dalam edisi pertama ini.
Bahagian pertama ialah seni visual, merangkumi lukisan, fotografi, poster, kartun dan karikatur.
Bahagian kedua ialah sinema, meliputi filem pendek fiksyen, dokumentari, animasi dan klip visual.
Bahagian ketiga ialah sastera, termasuk puisi dan cerpen.
Bahagian keempat pula diperuntukkan bagi inovasi ilmiah dan budaya, di mana idea kreatif dan dokumen dasar berkaitan tema festival akan dinilai.

Beliau turut menjelaskan syarat penyertaan: setiap seniman boleh menghantar maksimum lima karya bagi setiap kategori, dan segala peraturan terperinci telah diterbitkan dalam teks seruan. Alamat laman rasmi festival tertera pada poster dan seruan tersebut, dan semua yang berminat boleh mendaftar serta menghantar karya melalui laman tersebut.

Menurut Pengarah Eksekutif Festival Antarabangsa “Ayat-Ayat Merah”, tempoh penghantaran karya ditetapkan sehingga akhir bulan Bahman, memberi peluang kepada para seniman untuk menyiapkan karya mereka dengan penuh ketelitian dan mutu yang terbaik.

4319838

captcha