IQNA

Sokongan MAPIM terhadap pendirian Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam

10:28 - January 20, 2026
Berita ID: 3107550
IQNA - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dalam satu kenyataan menyatakan sokongan terhadap pendirian Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam yang meletakkan tanggungjawab ke atas Donald Trump berhubung kematian dan kemusnahan akibat pergolakan terkini di Iran.

Laporan IQNA, memetik Al-Alam;  Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam satu kenyataan menyokong pendirian Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam yang menganggap Donald Trump bertanggungjawab terhadap kematian, kemusnahan dan usaha ketidakstabilan yang berpunca daripada pergolakan berselerak baru-baru ini di Iran.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia itu dinyatakan: Perkembangan terkini di Iran boleh dinilai dalam kerangka corak campur tangan asing yang telah dikenal pasti, termasuk kejuruteraan dan mepersenjatai orang protes; suatu proses yang di pelbagai wilayah dunia telah membawa kepada penderitaan dan kemudaratan besar terhadap orang awam. 

Apa yang disaksikan dalam pergolakan terkini di Iran ialah penyelewengan protes sivil ke arah keganasan, serangan terhadap orang awam, pasukan keselamatan dan infrastruktur awam; suatu proses yang, jika dipandu atau disokong oleh agensi perisikan asing, akan bertukar menjadi alat peperangan geopolitik.

Pertubuhan Islam ini juga menyatakan kebimbangan serius terhadap kenyataan dan mesej yang dikeluarkan oleh Mike Pompeo dan agensi perisikan rejim Zionis, yang di dalamnya mereka menyokong pergolakan tersebut dan bahkan mendakwa penglibatan secara langsung di lapangan, serta menganggapnya sebagai pelanggaran jelas terhadap kedaulatan negara dan undang-undang antarabangsa.

MAPIM, sambil mengkritik piawaian berkembar pihak-pihak yang mendakwa memperjuangkan demokrasi, menegaskan bahawa seruan untuk mewujudkan ketidakstabilan di negara lain oleh aktor-aktor yang menindas bantahan di dalam sempadan mereka sendiri serta berdiam diri terhadap penjajahan, sekatan dan jenayah perang, merupakan petunjuk penyalahgunaan konsep kebebasan secara instrumental.

Pada akhir kenyataan ini, MAPIM dengan menegaskan prinsip kedaulatan negara, penolakan terhadap campur tangan asing dan keperluan melindungi nyawa orang awam, menyeru masyarakat antarabangsa agar meninggalkan pendekatan yang dikenali sebagai perubahan rejim, mematuhi undang-undang antarabangsa, serta memilih jalan dialog dan pengurangan ketegangan.

4329119

tanda nama: sokongan Revolusi Islam
captcha