Laporan IQNA; dinukil dari berita 'Ra'yu Al-Yaum', Syeikh Al-Azhar, sebagai tindak balas kepada promosi istilah yang dipanggil dengan "Agama Ibrahimi", berkata: "Menyeru untuk isu seperti itu adalah mimpi yang mengganggu dan merampas kebebasan berpendapat, dan adalah lebih mirip dengan istilah seperti; 'Globalisasi' dan 'berakhirnya sejarah'."
Sheikh Ahmad Tayeb berkata hari ini (Isnin) semasa berucap pada persidangan di Universiti Al-Azhar: "Dakwaan ini seperti tuntutan globalisasi, berakhirnya sejarah, etika global dan seumpamanya."
Tambahnya lagi: “Walaupun pada zahirnya ia adalah undangan kepada kesatuan masyarakat manusia, kesatuannya dan kemusnahan punca konflik, tetapi sebenarnya ia adalah pelawaan untuk merampas harta manusia yang paling berharga, iaitu kebebasan berkeyakinan, kebebasan beriman dan kebebasan memilih."
Al-Tayyib menegaskan: Semua kebebasan ini dijamin oleh agama monoteistik dan teks eksplisit juga menekankannya. Malah, panggilan seperti itu sebagai mimpi yang menggangu dan sangat melemahkan pemahaman yang betul tentang fakta dan sifat-sifat fitrah.
Syeikh Al-Azhar menegaskan: "Melalui kepercayaan kami terhadap risalah-risalah langit, kami percaya bahawa menggiring orang ramai kepada penyatuan Agama yang berbeda-beda, sedang mereka dicipta oleh Tuhan berdasar fitrah Agama yang satu, adalah perkara mustahil"
Beliau meneruskan: "Perbezaan orang dalam warna dan kepercayaan, pemikiran dan bahasa adalah perkara yang berakar umbi, malah berbeza dalam cap jari dan mata mereka. Semua ini adalah fakta sejarah dan saintifik yang sebelum itu ia adalah kebenaran yang Al-Quran telah menyatakan dalam ayat-ayat suciNya bahawa Tuhan mencipta manusia secara berbeza dan jika Dia mahu mencipta mereka berdasarkan satu kepercayaan, warna, bahasa atau persepsi, Dia pasti akan melakukannya."
Perlu disebutkan bahawa istilah "Agama Ibrahim" baru-baru ini telah dipromosikan dalam pelbagai kalangan, yang dikatakan bertujuan untuk mewujudkan perpaduan antara agama Yahudi, Kristian dan Islam serta mengatasi cabaran dan konflik antara manusia.
Istilah ini telah menjadi lebih biasa, terutamanya selepas normalisasi hubungan antara beberapa negara Arab dan rejim Zionis.
Promosi istilah ini sebagai agenda zionisme global yang memuat tipu muslihat yang ketara untuk memadamkan cahaya Agama Islam Baginda Muhammad saw dan memusnahkan semangat pengkajian identiti Agama Tuhan yang sebenar dalam diri umat manusia.
4011745