IQNA

Watak orang dalam Al-Quran / 4

Apa yang Adam (as) makan, epal, gandum atau...?!

8:27 - July 27, 2022
Berita ID: 3101293
TEHRAN (IQNA) - Hukuman kerana memakan buah pokok larangan itu ialah diusir dari syurga dan turun ke bumi. Apa yang Adam makan? Gandum, anggur atau epal?!

Laporan IQNA; Setelah Adam dan Hawa tercipta dan menetap di dalam Syurga, Allah menyuruh mereka:

«... وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ»

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim". (QS, Al-Baqarah 2:35).

Tetapi syaitan memperdayakan mereka dan mereka memakan buah dari pohon terlarang itu dan kerana kemaksiatan ini, mereka dihukum untuk diusir dari syurga dan tinggal di bumi.

Selain ayat ini, pokok ini juga disebut dalam dua ayat Al-Quran yang lain (Araaf: 19; Taha: 120).

Tidak disebutkan dalam Al-Quran apa pokok ini dan apa buahnya. Namun, dalam hadis dan tafsir, terdapat dua pendapat utama tentang masalah ini:
1. Persepsi secara zahir: Sekumpulan pengulas atau penafsir telah mempertimbangkan makna nyata pokok itu, dan menurut beberapa tradisi, setiap daripada mereka menganggap pokok yang dilarang itu sebagai kumpulan gandum, anggur, tin, kurma, bergamot, kapur barus, dan jujube atau bidara.

Mungkin timbul persoalan mengapa sesetengah pengulas menganggap pokok itu sebagai gandum, adakah gandum itu pokok? Jawapannya ialah dalam budaya bahasa Al-Quran, "«شجرة» Sajarah" selain bermaksud pokok, juga bermaksud "lalang" dan "tumbuhan", sebagai contoh, disebutkan dalam kisah Nabi Yunus (as) bahawa:

وَأَنْبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِنْ يَقْطِينٍ

"Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok dari labu (Cucurbita sejenis tumbuhan merambat) ." (Qs, As-Saaffaat 37:146).

Oleh itu, tidak timbul masalah dari segi makna bahawa sebahagian hadis menganggap maksud “pokok” adalah gandum.

Dalam budaya bahasa popular masyarakat, epal dianggap sebagai buah terlarang itu.

Kepercayaan ini dipengaruhi oleh budaya dan pemikiran Barat, di mana ada yang menganggap epal sebagai simbol godaan Adam dan dosa pertamanya.

Tiada satu pun tradisi dan tafsiran Islam menganggap buah terlarang itu sebagai epal.

Sudah tentu, dalam beberapa tradisi Imam maksum (as), sebagai jawapan kepada mereka yang bertanya apakah pokok yang terlarang itu, dinyatakan: Pada hari kiamat, segala-galanya berada di tangan orang yang beriman, dan buah syurga tidak seperti buah-buahan dunia, di mana di sana anda hanya boleh mendapatkan buah-buahan istimewa dari pokok di sana, jika orang beriman menghendaki, buah-buahan yang berbeza akan diperolehi dari pokok atau tumbuhan tertentu.

2. Persepsi yang tidak zahir: Dalam Al-Quran, pokok juga digunakan sekali dalam makna yang tidak zahir: «الشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ » "Al-Syajaratal Mal'unah = pokok yang dilaknat":

وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ ۚ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ ۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَانًا كَبِيرًا

"Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau." (Qs, Al-Israa' 17:60).

Beberapa ahli tafsir, berdasarkan beberapa tradisi, juga telah menafsirkan pokok yang dilarang dalam makna yang tidak jelas. Dalam tafsiran-tafsiran ini, pokok yang terlarang ialah "شجرة الحسد" Sajaratul Hasad - Pokok Cemburu - kedengkian-" dan sejenis persaingan atau seumpamanya yang Adam terperangkap ke dalamnya, sudah tentu bukan hasad dengki yang sampai ke peringkat dosa.

Adam (as) menyedari keadaan anak-anaknya di masa hadapan yang jauh dan di antara mereka dia melihat nabi-nabi besar dan wali-wali yang lebih tinggi daripadanya.

Pada masa ini, Adam (as) berharap bahawa kedudukan mereka akan menjadi miliknya, dan "keinginan yang bukan diperuntukkan kepadanya" ini menghalangnya dari syurga, dan ini adalah pokok terlarang itu.

captcha