IQNA

Watak orang dalam Al-Quran / 3

Hazrat Adam (as): Tidak berdosa atau berdosa?

9:01 - July 12, 2022
Berita ID: 3101245
TEHRAN (IQNA) - Dalam Islam, dinyatakan bahawa semua nabi adalah tidak bersalah dan kebal dari sebarang jenis dosa dan kesalahan. Jika ya, apakah maksud penderhakaan Adam terhadap perintah Tuhan dan bagaimana ia boleh dibenarkan?

Laporan IQNA; Selepas penciptaan Adam dan Hawa, mereka menetap di syurga dengan kehendak Tuhan. Allah menyuruh mereka makan di sana dari apa sahaja berkat yang kamu kehendaki, tetapi jangan mendekati pohon terlarang itu. Tetapi syaitan menipu mereka dan mereka memakan buah dari pohon terlarang itu dan kerana ketidaktaatan ini, mereka dihukum untuk diusir dari syurga dan tinggal di bumi.
Al-Quran telah mentafsirkan ketidaktaatan Adam (as) sebagai "kemaksiatan":

وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ

"... dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya)." (Qs,Taha 20:121).

Adam (as) adalah Nabi pertama dan menurut kepercayaan Syiah, para Nabi tidak bersalah dari sebarang jenis dosa dan kesalahan.

Jadi apakah maksud kederhakaan atau kemaksiatan Adam dan bagaimana ia boleh dibenarkan? Dalam tafsiran Syiah, lima pandangan telah dikemukakan dalam hal ini:

1. Kesilapan dan tergelincir yang disebut daripada nabi-nabi seperti Adam (as), Yusuf (as), Yunus (as) dan lain-lain, adalah "Meninggalkan perkara utama-«ترك الاولی» tarkul aulaa -" dan tidak dianggap sebagai dosa.

“Kemaksiatan bermaksud "meninggalkan"; tidak semua meninggalkan hanya dihadapan yang wajib sehingga melakukan yang haram, tetapi ia boleh bermakna meninggalkan yang mustahab dan melakukan yang makruh.

Oleh itu, Kemaksiatan Adam (as) bukanlah sejenis kemaksiatan yang haram, tetapi ia adalah perbuatan yang makruh; meninggalkan larangan yang disarankan bukan yang diwajibkan atau diharamkan, tetapi hanya saranan alternatif lebih baik ditinggalkan -lebih utama ditinggalkan-  memakan buah pohon itu.

Dan kerana kedudukan Nabi itu sangat tinggi di sisi Allah, mereka tidak diharapkan pun melakukan perbuatan yang makruh, dan jika mereka melakukan perbuatan tersebut, Allah akan tegas terhadap mereka dan mengazab mereka. Melakukan makruh oleh orang-orang yang berkedudukan tinggi di sisi Allah tentu berbeda jika orang biasa melakukannya, ia tidak berdosa dan tidak ada hukuman.

2. Ada yang percaya bahawa larangan Allah untuk memakan buah pohon itu hanya bertujuan untuk menyedarkan Adam (as) tentang kesan alamiahnya. Seperti arahan doktor kepada pesakit, mengingkari perintah itu, walaupun tiada azab yang abadi, lebih kepada mengakibatkan penderitaan dan kesakitan bagi pesakit. Di dalam Al-Quran juga disebutkan bahawa Allah telah memperingatkan Adam (as) bahawa:

فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَٰذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ

"Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita." (Qs, Taha 20:117).

3. Sebahagian ahli tafsir juga mengatakan bahawa larangan memakan buah terlarang itu bukanlah perintah atau kewajipan, tetapi hanya anjuran; Maksudnya adalah perbuatan mustahab yang dengan meninggalkannya, dia hanya menghilangkan pahala yang lebih.

4. Ada yang mengatakan bahawa kisah Adam (as) dan keingkarannya adalah kisah simbolik dan kiasan yang mana tidak disebutkan tentang diri Adam (as) dan beliau sebenarnya adalah lambang manusia dalam kisah ini.

5. Beberapa ahli tafsir juga telah menyebut hadith-hadith dan mengatakan bahawa kemaksiatan Adam (as) adalah sebelum dakwahnya dan tidak bercanggah dengan kenabian baginda.

captcha