IQNA

Watak orang dalam Al-Quran /2

Hawa; Ibu manusia dan seorang wanita sejenis Adam (as)

6:33 - July 04, 2022
Berita ID: 3101222
TEHRAN (IQNA) - Hawa adalah ibu kepada umat manusia, dan Al-Quran mengatakan bahawa hakikat kewujudannya adalah sama dengan Adam. Allah menciptakan Adam (as) dari tanah dan kemudian menciptakan isterinya daripadanya.

Laporan IQNA; Manusia adalah keturunan Adam dan isterinya Hawa. Hawa adalah wanita pertama dan ibu kepada umat manusia. Menurut Al-Quran, Adam (as) mempunyai isteri:

يا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ
"Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga..." (Qs, Al-Baqarah 2:35).

Nama pasangan ini tidak disebut dalam Al-Quran, dan hadis-hadis dan tafsir menyebut namanya sebagai " - حَوّا - Hawa".

Para ahli tafsir menganggap nama "Hawa" berasal daripada perkataan "hidup" -«حَیّ» - (makhluk hidup), kerana dia adalah ibu kepada "wujud yang hidup iaitu manusia".

Al-Quran menganggap penciptaan Adam (as) daripada tanah liat, tetapi tidak membincangkan perincian penciptaan Hawa.

Dikatakan dalam ayat-ayat Al-Quran bahawa Allah mula-mula menciptakan Adam dan kemudian menciptakan isterinya dari (selebih tanah liat yang dicipta Adam darinya):

خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا

"Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa)...". (Qs, Az-Zumar 39:6).

Menurut ayat ini, Tuhan menciptakan manusia daripada "satu jiwa - jiwa kemanusiaan". Kebanyakan ahli tafsir telah memahami bahawa makna " - نَفْسٍ وَاحِدَةٍ- satu jiwa" ialah jiwa kemanusiaan Adam (as), dan makna "-زَوْجَهَا -berpasangannya" ialah Hawa.

Di dalam Surah Nisa disebutkan penciptaan semua manusia dari satu jiwa (Adam), dan dikatakan bahawa Allah menciptakan isteri Adam (as) dari jiwa kemanusiaan Adam, dan daripada merekalah ramai manusia lelaki dan perempuan tersebar di muka bumi:

خَلَقَکُمْ مِنْ نَفْسٍ واحِدَهٍ وَ خَلَقَ مِنْها زَوْجَها وَ بَثَّ مِنْهُما رِجالاً کَثیراً وَ نِساءً

"... Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari jiwa yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada jiwa (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai..." (Qs, An-Nisaa' 4:1).

Oleh itu, intipati lelaki dan wanita dalam penciptaan adalah sama:

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا

"Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) jiwa yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain...". (Qs, Al-A'raaf 7:189).

Selepas penciptaan, Adam dan isterinya, keduanya tinggal di Syurga dengan kehendak Tuhan.

Allah menyuruh mereka makan dan gembira dari apa sahaja nikmat yang ada di sana, tetapi melarang mendekati satu pohon, kerana mendekatinya akan termasuk orang-orang yang zalim:

يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

"Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pohon ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim". (Qs, Al-Baqarah 2:35)

Tetapi syaitan memperdayakan mereka berdua dan mereka memakan buah dari pohon terlarang itu dan kerana itu mereka dihukum untuk diusir dari syurga dan tinggal di bumi.

Dalam agama Yahudi dan Kristian, Hawa dipekenalkan sebagai seorang yang tertipu dan menyesatkan; yang pertama kali ditipu oleh syaitan dan kemudiannya memperdayakan Adam melaluinya; maksudnya Hawa menipu Adam.

Tetapi dalam Al-Quran, Adam dan Hawa kedua-duanya diiktiraf sebagai sama-sama bertanggungjawab, dan Syaitan menggoda dan menipu mereka berdua:

فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ
"Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya ..." (Qs, Al-Baqarah 2:36).

Nama:
Email:
* komen:
captcha