IQNA

Watak orang dalam Al-Quran / 8

Idris (as); Seorang nabi yang menjadi sumber ilmu teknologi

6:17 - September 13, 2022
Berita ID: 3101512
TEHRAN (IQNA) - Orang pertama yang membuat kaligrafi dan orang pertama yang menulis dengan pena ialah seorang nabi bernama Idris (as). Beliau yang merupakan seorang ulama, guru dan pemikir terkenal sebagai pencipta banyak ilmu kerana ilmu yang diterima daripada Tuhan.

Laporan IQNA; Nabi Idris (as) adalah salah satu daripada 25 nabi yang nama-nama nya Allah swt sebut dalam Al-Quran. Ia sampai kepada Hazrat Adam (as) melalui lima orang perantara dan nama bapanya disebut sebagai "«یرذ بن مهالیل» - Yirz bin Mahalil". Nabi Adam (as) sebagai bapa bapa moyang Nabi Idris (as).

Menurut buku sejarah, anak-anak dan keturunan Qabil tinggal di Babylon, yang musyrik dan penyembah berhala dan terlibat dalam perbuatan lucah. Kerana kebanyakan penduduk Babylon tidak mengikut Nabi Idris (as).Nabi Idris (as) memutuskan untuk berhijrah ke negeri lain bersama orang-orang yang beriman kepadanya.Selepas meninggalkan Babylon, mereka pergi ke Sungai Nil dan tanah Mesir.

Selain mengajar ajaran agama kepada rakyat, Idris mengajari mereka adab dan kaedah perancangan bandar, politik kesopanan dan peraturan sosial di tempat baharu itu.

Idris (as) seoran ahli berfikir dan banyak menunduk berenung sambil berjalan. Nabi Idris (as) adalah pencipta dan pengasas banyak sains dan teori. Tugas utama Nabi Idris (as) adalah mengajar (bersesuaian dengan nama Idris -ادریس - dari kata turunan bahasa Arab; 'darsdurus - dirosah - درس - دراسة - 'دروس yang bermaksud; 'pelajaran' - yang banyak mengajar').

Beliau (as) mengajar astronomi dan aritmetik kepada orang ramai, dia menerbitkan ilmu kebijaksanaan di berbagai belahan dunia, termasuk Yunani, dan orang bijak Yunani telah mendapat manfaat daripada pengetahuannya. Di kalangan orang Yunani, dia dikenali sebagai Tarsmin Warmes, dan orang Arab memanggilnya Hermes dan  - «المثلث بالنعمه»- "segitiga yang diberkati" - yang bermaksud “hikmah, pemerintahan dan nubuatan”, iaitu Allah telah memberikan tiga nikmat besar itu kepada Idris.

Dalam sebuah Hadith, Nabi Islam (SAW) bersabda: "Orang pertama yang menulis dengan pena ialah Idris." Beliau (as) juga merupakan orang pertama yang menenun kain dan menjahit pakaian. Sebelum Beliau (as), orang memakai kulit binatang.

Idris (as) disebut dua kali dalam Al-Quran (Surah Anbiya, ayat 85 dan Surah Maryam, ayat 56), yang diperkenalkan sebagai nabi yang ikhlas, sabar, soleh, dengan status yang tinggi dan memberitahu bahawa dia masuk ke dalam hamba yang diberkati oleh rahmat Allah yang belas kasihan.

وَاِسْمٰعِيْلَ وَاِدْرِيْسَ وَذَا الْكِفْلِۗ كُلٌّ مِّنَ الصّٰبِرِيْنَ ۙ
وَاَدۡخَلۡنٰهُمۡ فِىۡ رَحۡمَتِنَا ؕ اِنَّهُمۡ مِّنَ الصّٰلِحِيۡنَ
"Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar - Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh." (Qs, Al-Anbiyaa' 21: 85-86)

وَاذْكُرْ فِى الْكِتٰبِ اِدْرِيْسَۖ اِنَّهٗ كَانَ صِدِّيْقًا نَّبِيًّا ۙ

"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi." (Qs, Maryam 19:56).

Terdapat perbezaan mengenai pengakhiran hidup atau kerjaya Nabi Idris (as) di muka bumi. Dalam beberapa riwayat disebutkan bahawa Idris beribadah kepada Allah bersama sahabat-sahabatnya yang istimewa iaitu tujuh orang sehingga Allah mengangkat roh Idris ke tempat yang tinggi.

Ada yang mengatakan bahawa Idris dilahirkan di wilayah bernama "Manaf" di Mesir, dan ada yang mengatakan bahawa dia dilahirkan di Babylon. Apabila Idris dewasa, Allah memilihnya sebagai nabi. Beliau (as) dipanggil "Henokh" dalam Taurat.

Nama:
Email:
* komen:
captcha