IQNA

Kematian Mulia orang merdeka sejarah; Dari Socrates hingga Hussain bin Ali (as)

8:36 - July 31, 2022
Berita ID: 3101311
TEHRAN (IQNA) - Memilih kematian bahagia mulia daripada kehidupan sengsara hina adalah titik persamaan antara Socrates dan Hussein, dengan jarak seribuan tahun perbezaan masa, yang menunjukkan kesatuan sumber pengetahuan bersama mereka.

Laporan IQNA; Socrates adalah salah seorang ahli falsafah Yunani kuno yang dilahirkan pada 470 Sebelum kelahiran Nabi Isa (as) / SM dan dibicarakan di mahkamah tahun 399 SM pada usia 70 tahun dan dibunuh dengan meminum cawan beracun.

Socrates secara palsu dituduh tidak mempercayai tuhan-tuhan Yunani dan merosakkan golongan muda.

Seribuan tahun selepas kematian Socrates, watak lain muncul, yang watak dan tindakannya sangat mirip dengan Socrates.

Hussain bin Ali (as) adalah seorang lagi, orang besar merdeka yang dilahirkan di Madinah pada tahun 626 M, dan dia menganggap misinya untuk berhadapan dengan tuhan-tuhan palsu pada zamannya, iaitu pemerintah-pemerintah Bani Umayyah, dan untuk memberitahu serta membimbing orang ramai atau umat.

Beliau, Hussain bin Ali (as) adalah cucu dan pengikut sejati Muhammad (SAW) dari putri Baginda Rasulilllah (SAW), Fatimah Az-Zahra (as).

Kata-kata bijak Yunani kuno:

بَذَلَ مُهجَتَهُ فیکَ لِیَستَنقِذَ عِبادَکَ مِنَ الجَهالَةِ وحَیرَةِ الضَّلالَةِ

“Dia menumpahkan darahnya di jalanMu (Tuhan Yang Maha Esa) untuk menyelamatkan hamba-hambaNya dari kejahilan, kebingungan dan kesesatan;

Dengan membandingkan kata-kata bijak Yunani dan Imam Hussain (as), kita boleh mencapai persamaan pemikiran dan tindakan kedua-dua orang merdeka ini dalam pelbagai isu.

Hussain bin Ali (as) berkata:

المَوتُ خَيرٌ مِن رُكوبِ العارِ
وَالعارُ خَيرٌ مِن دُخولِ النارِ

هَیهَاتَ مِنَّا الذِّلَّة

Kata-kata terkenal dari Imam Hussain (as) yang bermaksud:

Kematian lebih baik daripada menunggang kehinaan
Malu lebih baik daripada masuk api

Menjauhlah kita daripada kehinaan!

Mengutamakan kematian Mulia daripada kehidupan hina.

Telah diketahui bahawa Hussain (as) lebih mengutamakan kematian dengan kebahagiaan daripada hidup hina bersama orang zalim, dan berkata:

فإنّي لا أرى الموت إلاّ سعادة، والحياة مع الظالمين إلاّ بَرَماً ـ أي مللاً ـ
"Saya tidak melihat kematian kecuali sebagai kebahagiaan dan saya tidak melihat kehidupan di kalangan orang yang zalim kecuali sebagai penderitaan dan kerugian".

Socrates juga berkata dalam sesi perbicaraannya ketika hakim bertanya: "Saya tidak mahu memalukan diri saya di hadapan anda untuk mengelakkan bahaya, dan sekarang anda telah memberikan keputusan, saya tidak menyesal tidak menerima penghinaan itu."

Dalam kenyataan lain, Hussain bin Ali mengisytiharkan alasan untuk tidak takut mati seperti berikut:

لیْس َ شَأنی شأن مَن ْ یَخاف ٌ الْمَوْت، ما اهْوَن الْمَوْت عَلَی سَبیل نِیْل ِ الْعِزّ و إحْیاء الْحَق، لَیْس َ الْمَوْت فی سَبیل الْعِزّ إلاّ حَیاة ً خالِدَة، وَ لَیْسَت ْ الْحَیاة ُ مَع َ الذُّل ّ إلاَّ الموت الذی لاحَیاة َ مَعَه، افَبالْمَوْت تُخَوِّفُنی؟ هَیْهات،

"Kedudukan saya bukanlah kedudukan seseorang yang takut mati, betapa mudahnya kematian dalam perjalanan untuk mencapai kehormatan dan mencari keadilan."

Kita dapat melihat semangat yang sama dalam Socrates.

Socrates berkata di mahkamah Athens, ketika hakim menyoal: "Mungkin seseorang akan berkata, Socrates, adakah anda tidak malu bahawa anda hidup di dunia sedemikian rupa sehingga anda mempertaruhkan nyawa anda?

Sebagai tindak balas, Socrates berkata; "saya akan mengatakan bahawa kesilapan berfikir adalah memikiran hidup dan mati yang penting bagi anda, tetapi satu-satunya perkara yang perlu dibimbangkan oleh orang yang bijak ialah sama ada kerjanya betul atau salah, sopan atau tidak sopan."

Sifat kehidupan selepas mati
Satu lagi persamaan yang dapat dilihat dalam kata-kata Socrates dan Hussain ialah perihal kehidupan manusia selepas kematian.

فَمَا المَوتُ إلاّ قَنطَرَةٌ تَعبُرُ بِکُم عَنِ البُؤسِ والضَّرّاءِ إلَی الجِنانِ الواسِعَةِ والنَّعیمِ الدّائِمَةِ، فَأَیُّکُم یَکرَهُ أن یَنتَقِلَ مِن سِجنٍ إلی قَصرٍ؟! وما هُوَ لِأَعدائِکُم إلاّ کَمَن یَنتَقِلُ مِن قَصرٍ إلی سِجنٍ وعَذابٍ.

Hussain bin Ali berkata dalam hal ini: "Kematian tidak lain hanyalah jambatan yang membawa anda dari kemiskinan dan kesusahan kepada syurga yang luas dan rahmat yang kekal. Siapakah di antara kamu yang tidak mahu memasuki istana setelah dari penjara?

Dari sudut pandangannya, kematian adalah jambatan yang menyelamatkan manusia daripada kesusahan hidup di dunia ini dan membawanya kepada kedamaian abadi.

Menurut Socrates, kematian adalah berpindah dari satu rumah ke rumah lain dan menyertai masa lalu.

Dia berkata: "Kematian itu tiada lain selain daripada dua keadaan: sama ada orang yang mati menjadi tiada, maka dia tidak lagi memahami apa-apa; Atau seperti yang mereka katakan, ia adalah perpindahan jiwa dari satu tempat ke tempat lain. Jika bahagian pertama benar, maka ia adalah tidur yang selesa dan tidak ada yang mengganggunya, dan ia adalah rahmat yang indah, tetapi jika kematian berpindah dari satu tempat ke tempat lain, terdapat tempat pertemuan untuk semua orang, dan betapa nikmat apa lagi yang lebih baik daripada ini."

Dengan mengamati persamaan dalam kata-kata Socrates dan Hussain bin Ali tentang kematian, dapat disimpulkan bahawa orang-orang merdeka sejarah, menerima pengetahuan asal mereka dari sumber yang sama dan bergerak ke arah yang sama, walaupun jarak masa dan tempat, tetapi Mereka bertemu pada satu titik sumber yang sama.

captcha